Sabtu, 8 Disember 2012

Seksaan Kubur Itu Benar

Ini kisah Benar.

Bertahun yang lalu...


Masa aku masih mentah. Masih di bangku sekolah rendah jika tak silap perhitunganku. Aku mempunyai seorang jiran yang sudah lama sakit di kampung. Sudah bertahun sakitnya. Tapi alhamdulillah, umurnya masih lagi panjang ke saat itu.

Kakak tu sudah berkahwin. Dan mempunyai 4 orang anak. Yang bongsu masih bayi. Semenjak kelahiran bayinya yang kecil itu, sakit kakak itu semakin teruk. Badannya yang berisi dulu semakin melidi. Aku hampir tidak kenal. Aku sering bertanya pada emak. Apa punca sakitnya. Emak berkata mungkin ianya buatan orang yang cemburu dengan kebahagiaan kakak itu. Kerana doktor yang mempunyai Ijazah dan bepengalaman berpuluh tahun pun tidak dapat mengenalpasti puncanya. Sudah lumrah. Melayu kita. Pantang melihat orang lebih dari dia.

Kakak ni cukup baik. Dia sangat menghormati orang tua. Wajahnya cukup lembut. Selalu terukir senyuman dibibirnya. Cuma perihal akhiratnya sering diabaikan. Cukuplah aku cuma katakan abaikan saham akhirat. Aku takut mengaibkan sesiapa. Cerita ini untuk pengajaran kita semua.

Satu hari, sudah ditakdirkan. Ajal menjemput kakak itu. Dia telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meninggalkan anak yang masih kecil. Namun anak sulungnya sudah berumahtangga di usia muda. Baru awal 20 an. 

Saat selepas pengkebumian...

Bila Tok Imam dan sanak saudara melangkahkan kaki keluar dari tanah perkuburan, tinggallah si anak sulung arwah ini tadi. Selepas meratap, dia pun beransur pulang mengikut saudara yang lain. Belumpun sempat dia menghabiskan langkah kakinya keluar dari tapak perkuburan, dia terdengar suara yang cukup menakutkan dari dalam kubur. Suara emaknya!


"Kakak, tolong mak kak!!!!......tolong mak kakak!!!!"

MasyaAllah. Anak sulungnya pengsan di situ. Mujurlah hanya saudara terdekat sahaja yang masih berada di dalam kelompok terakhir itu. Aku yang mendengar kisah ini pun bergenang air di kelopak mataku. Sungguh menakutkan!

Cuma itu pesanan aku untuk kamu. Untuk aku juga. Untuk kita semua. Sesungguhnya, seksaan kubur itu benar belaka!...



10 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

peringatan untuk kita...

kabare atok?
bila nak blanje?? :-)

Ca Ezah berkata...

takutnyer... :(

Unknown berkata...

Subhanallah..
kak long tu diberi peluang utk dengar jeritan azab tu...
peringatan utk semua.,..

mekjangok berkata...

sesungguhnya mati itu pasti...hidup hanya la sementara,nyawa hanya lah pinjaman...

Aziela berkata...

TQ atok. Anyway...sibuk sungguh atok lately nie yer.. Ecah2 semua dah merajuk tau.

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : pengajaran untuk atok jugak :)

o/s : haaa...datang melako nanti helo2 atok yo

Unknown berkata...

Ca Ezah : :(

Unknown berkata...

Cikgu Fikri : Subhanallah

Unknown berkata...

mekjangok : Cumo maso yo tak tahu kan.

Unknown berkata...

Aziela Azila : Atok mintak mahap...lately atok memang busy

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih