Isnin, 1 Oktober 2012

Petua Menghilangkan Lingkaran Bawah Mata

Kak Milah


Selamat pagi uols. Sejak dua menjak ni ramai yang bertanya pada kakak macam mana nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata. Mentang-mentanglah dulu mata hakak macam beruang panda. Sekarang ni macam Agnes Konika. Suma nak tahu rahsia kakak kan.

Kalau nak ikutkan jawapan malas hakak, hakak suruh depa calitkan produk sapi rania. Gitoo kan. Menghilangkan 7 petanda lanjut usia katanya. Lanjut usia ke haku? Ops. Okeh,  memandangkan akak rajin, akak akan berkongsikan dengan uols petua menghilangkan lingkaran bawah mata secara semulajadi. Ok bebeh, let start!

1. Pakailah Tea Bag. Atau istilah dalam bahasa melayunya beg teh. Eh, i sound silly when i speak malay. Wupss. Beg teh yang mak uols bancuh buat air teh tu, ko simpan. Nak lagi afdol, ko bancuh teh untuk mak apak ko dulu, pastu beg teh tu uols tus kan. Mendapat berkat orang tua katanya. Bila dah tuskan beg teh tu, uols tepek kat mata yang lebam tu dalam 20 ke 30 minit. Jangan uols tepekkan sampai 8 jam. Kecut mata ko, akak tak mau tanggungjawab.

2. Kalau uols ni jenis liat nak buat air teh, ataupun memang jenis tak minum air teh...minum horlicks ho ho horlicks katanya, so akak cadangkan uols guna tomato ataupun timun. Tak kisah mana-mana. Kalo ko nak letak sebelah mata timun, sebelah lagi tomato pun takpa. Pastu kalau mata ko berbelang jangan cari hakak. Hah, kali ni uols boleh tepek lama-lama sampai timun atau tomato tu kecut. Selalunya hakak tepek waktu malam masa tido tu. Esoknya hirisan timun tu pergi kat mata Uwan hakak. (hakak tido sebelah uwan)

3. Gunalah krim mata. Macam hakak, hakak guna Garnier Eye Roller tu. Kesannya bolehlah dilihat dalam masa seminggu. Tapi nak kesan cepat punya pasal, jangan pulak ko guna Avon Roller yang sapu kat ketiak tu. Mahu panjang sedepa bulu mata ko nanti.

4. Yang keempat, jaga makan. Pemakanan pun mempengaruhi fizikal kita. Macam hakak, jenis vegeterian....sebab tu muka hakak macam kak Rosmah. Mulus dan gebu katanya. Tapi kadang-kadang kalau dah mengidam sangat nak makan sup daging, haku bedal jugak kadang-kadang. Eh tu vegeterian kah??...Mak hakak kata, untuk mengurangkan lingkaran bawah mata tu, kurangkan makan pedas-pedas dan juga kari. Psttt...sebab tu kalo ko tengok mamak2 kat kedai mamak tu mata masing-masing macam kena tumbuk. Terlebih kari.

5. Dan yang terakhir sekali, part yang hakak paling suka buat semestinya adalah.....TIDO. Tu hobi kakak di masa lapang. Kalau orang tanya apa hobi masa lapang, ada yang jawab mengumpul setem, mendengar radio, memancing...tapi bila tanya hakak, akak jawab membuto. So, tido mesti kena cukup. Tidur dengan kadar optimum but not maximum!. Kalau dewasa macam kita ni, seeloknya tido selama 7 ke 8 jam. Selain kulit kita segar dan cantek, lingkaran bawah mata pun akan hilang!

Fikirkan dan selamat beramal!



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaa..almk..sush r klo x mkn podeh.Haha..hantam saja la labu.
ooO..BRU tau knp mamak tu sume cmtu..hak3.

Nisa berkata...

Oh, malasnya nak buat semua-semua tu ;A; Nasib baik tak banyak sangat lingkaran...

teacher bonda berkata...

TB x sempat la tok nk tenyeh2 suma tu kt mata..huhuhu
pasni bg resepi cepat turun berat badan eh..boleh TB share dgn kwn2 yg tgh ligat nk kuruskan badan..hheheheheh

*p/s : TB br terbaca yg TB telah memenangi takhta cucu pilihan atok yg ke-19!!nampak sgt TB dh mula sibuk kan..sampai x terjah2 blog2 kwn2..anyway, tq ATOK!!anak cucu cicit tumpang gembira!!!!!

dya nasir berkata...

tips ug keempat tu dya slalu buat.hihi

ஜ miss klanika ஜ berkata...

amboi atok. serius muka model tu

Unknown berkata...

Novelgurl : Hik hik..atok pun suko makan podeh

Unknown berkata...

Nisa : Huntung la :P

Unknown berkata...

teacher bonda : Hik hik...haiyoo, dah lamo dah tu...huhu

Unknown berkata...

dya bunga :Jago pemakanan ek

Unknown berkata...

ஜ miss klanika ஜ : Kak milah namo eh tu....santek tapi ganas...huhu

dya nasir berkata...

btl ke ni?blog dya xblh komen?

Unknown berkata...

dya bunga : Ok atok dah leh komen...hihi

Tanpa Nama berkata...

hakak ni kelakau la..macam bace majalah ujang taun 94-95 dulu..

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih