Isnin, 3 September 2012

Janji Dicapati

Tu dia. Mencik tau. Patutnya hari Isnin ni giliran Tok Wan yang membebel. Tapi atok mintak kelepasan kat dio atok lak nak membebel arini. Ini sumo di sobabkan masa'elah yang berlaku maso atok pindah di Melako semalam.

Macam ni, hari esok (hari ni) atok dah mulo memulokan cabaran kojo di tompek baru. So, atok pun dah siap bermalam di Ayer Keroh ni sehari sebolum. Atok punggah barang sikit-sikit. Takdo lah barang banyak sangat yang haku ado. Yang ado cumo penyidai baju, periuk nasik, pinggan mangkuk semangkuk, cawan pelastik ngan tilam 'Bono'. Sobab tu 1 trip pun bulih. Papa atok offer nak hantorkan, tapi atok menolak. Atok suruh papa ngan omak atok datang minggu dopan. Cuti lamo sikit duo hari. 

Nak dipendekan cerito, atok ingatkan kat rumah tu dah dipasangkan lampu ngan kipeh. Tup tup atok sampai sonjo tadi (semalam), satu batang lampu pun tak berpasang. Atok cubo tarek napas panjang-panjang, peh tu hombuih. Takut penyakit kentut berdarah datang balik. Atok terus setart enjin bobot pastu teruih p Mydin bosar tu. Boli lampu dinding yang hargo 3.50 hengget tu. Atok boli tigo sebagai alternatif ganti lampu yang tak dipasang.

Sampai rumah tu atok terus lokatkan ke dinding. Dah macam fun fair atok tengok. Macam2 kaler hado. Mencik tau. Ingatkan nak pindah tempat baru ni hado lah berito gembiro sikit. Ni sampai2 yo dah kono uji. Pastu atok ingat nak marahkan abang wiring tu sobab tak menunaikan janji siap sebolum Khamis lepas. Pastu nasib baik dio macho terus call atok koba mintak mahap. Maso tu coti beraya katanya. Atok lak mudah kesian kat orang. Last2 aku yang kesian.

Atok koba kat dio takpolah bondo dah terjadi. Tapi atok mintak dio siapkan secepat mungkin. Atok dah tak tahan tido tak berkipeh. Atok tak kisah kalau tak berlampu, tapi jangan tak berkipeh. Maun berair atas bawah aku tido malam ni. Itulah orang melayu kito kan..kito memang nak tolong melayu kito berjayo dalam bisnes...tapi..selalu sangat janji dicapati...

8 ulasan:

little daisy berkata...

Slamat Hari Raya Atok! ^_^ alahai sian nyer la tido kepanasan eh. Sabar tok, tu ujian tempat baru. Ader hikmah nyer nanti... hehehe

faiz berkata...

Selamat berhijrah atok...

Aziela berkata...

Bab construction, bab wiring, bab teknikal memang akak dah serik nak tolong Melayu sobab diorang x pornah tolong kito pun.

KuNanGKuNanG berkata...

ciannye atok..harap2 pasni abg tu cpt2 la pasang kipas ngan lampu..klu x, atok tdo je la dalam kete...ada aircond lg kan..he3

dya nasir berkata...

kalau dya pun tak tahan xberkipas..huhuhu

Unknown berkata...

hehe....sedih dgr dugaan perpindahan Atok ni huhuhu....tak pe la Atok tak lama lagi selesa la tu...skrg kan tgh dalam fasa mengenali hati-budi masing-masing #eh???

Tanpa Nama berkata...

hahhaa..jnji dicapati..ontahlah..bnyk tol skrg nie kes psl org melayu je y teruk2..mlu lak rse..huh!

Tanpa Nama berkata...

goyard outlet
kd13
goyard bags
supreme clothing
supreme clothing

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih