Isnin, 9 Julai 2012

Apa itu White Balance?

suhami ahmad

Salam kengkawan,


Ok episod kali ini am nak ajar korang tentang basic dslr yang selanjutnya, white balance. Apa itu white balance? Kalau kita translatekan dalam bahasa melayu ia akan menjadi keseimbangan putih. Wakaka, macam kelakor lak bunyi nya kan.

White Balance (WB) ni adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realisitk. Dalam keadaan ini objek putih pada sesuatu objek akan dibaca sebagai warna putih (betul-betul putih) di dalam gambar. Paham tak?

Untuk lebih kefahaman cuba try and error dengan White Balance setting di dalam dslr kita. Setting yang berlainan akan menghasilkan suhu warna yang berbeza-beza. Cuba perhatikan gambar rajah yang am lampirkan di bawah.


Nampak tak perbezaan gambar tu? Kalau kita gunakan auto WB gambar akan jadi macam yang pertama atas kiri tu. Dan begitulah jika kita menggunakan setting seperti daylight, shady, cloudly, flurescent, incandecent tungsten dan lain-lain. Kalau cuaca redup, gunakanlah setting shady dan sebagainya ikut kesesuaian mood yang kita nak gambar tu hasilkan. Pemilihan WB yang tepat sangat penting supaya skin tone potrait ataupun gambar yang kita nak ambil tu tak lari.

Macam am prefer guna kelvin. Kat atas tu takda contoh gambar yang gunakan setting WB kelvin kan. Baiklah, cuba tengok perbandingan gambar seterusnya.



Kalau kita setting kan kelvin bawah dari 5000, tone ataupun mood gambar yang dihasilkan sejuk @ cool. Sesuai jika kita gunakan masa hari panas terik ataupun apabila cahaya sekitar terlampau kuning. Kalau nak hasilkan gambar yang nampak kekuningan dan mewah, setting kan WB Kelvin pada suhu atas dari 5000. Senang kan?

WB ni penting untuk menghasilkan gambar yang sempurna. Gambar yang sempurna adalah gambar yang dihasilkan sebijik macam apa yang mata kita nampak. Tak salah jika nak bermain tone, tapi kena ikut kesesuaian.

So, menda ni kena banyak bereksperimentasi. Selamat mencuba!




Di olah semula dari : Apa itu White Balance

12 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

makin bagus Atok aku ni..

erk, ni baru 1st class ke atoknya? cucu JemsBon nak jadi murid berdedikasi ni. :-)

MizzTina berkata...

baik atok wlupun sy xbrape paham..kena pahamkan gak.. mekasey!!

Eiqa Almond berkata...

Pandai am benda2x gini ekk..
good2x..

dee berkata...

tak paham cikguuuuuuu! :p

lilypelangi berkata...

nice info! jadi sifu sy ley tak ? hee :D

Ca Ezah berkata...

terima kasih cikgu... :)

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Hihi...meh2 dok depan

Unknown berkata...

MizzTina : Ngeeeee....cecamo Ecah

Unknown berkata...

Eiqa Almond : Hihi, sekadar berkongsi mana yang tahu

Unknown berkata...

dee : Ayark..pitamm

Unknown berkata...

lilypelangi : Voley...nanti atok ajau mana yg tahu

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : Cecamo Ecah

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih