Isnin, 28 Mei 2012

Politeknik bagus ke tidak?

Assalammualaikum Tok Wan,
Nama saya Nurfarah Amirah. Tok Wan, baru-baru ni saya dapat tawaran sambung belajar di Politeknik. Sekarang ni saya tak berapa nak yakin untuk menyambung pelajaran kat politeknik. Saya dapat tawaran sambung pelajaran di politeknik premier Ungu Omar dengan kelayakan 4A SPM dalam kos Teknologi Maklumat Rangkaian. Untuk makluman Tok Wan juga, teman-teman saya mengatakan Politeknik ramai pelajar lelaki dan saya takut saya adalah golongan minoriti yang akan tersisih. Lagipun saya dimaklumkan juga golongan perempuan macam kami susah untuk mendapat kerja jika menyambung pelajaran di Politeknik. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Guru satu hari nanti. Tolonglah saya bagi pandangan Tok Wan. Terima kasih.


Waalaikumsalam Amirah,
Amirah jangan marah kalau Uwan direct sound kat Amirah. Untuk pengetahuan Amirah, apo yang teman-teman Amirah katakan ittew sesat-sesat belaka. Mana mungkin golongan perempuan di Politeknik tersisih dan sukar untuk mendapat pekerjaan selepas habis belajar nanti? Cuba tunjukkan kat Uwan dalam akta berapa subseksyen berapa perkara itu dinyatakan. Gittew. Feeling hakim katanya.

Amirah, dolu masa Uwan lepas SPM Uwan masuk ke Politeknik dulu. Dolu Uwan pun pernah mengalami nasib ataupun fikiran yang sama macam Amirah. Dulu pun Uwan fikirkan pelajar Politeknik ni adalah untuk pelajar kelas kedua yang tidak dapat sambung belajar ke Universiti. Kalau macam tulah Amirah fikirkan, Amirah silap. Ni yang Uwan nak amarah ni.

Jika dibandingkan diploma politeknik dengan diploma universiti, Uwan berani katakan harga diploma politeknik lagi mahal  tapi yurannya sangat murah dan berpatutan!. Berbeza dengan IPTA/IPTS lain selain UiTM. Sobab apa Uwan katakan cenggitu? Sobabnya diploma politeknik ada praktikal dan kebanyakan sukatan pelajarannya dalam bentuk amali bukan bacaan semata-mata.

Mana datangnya golongan perempuan kat Politeknik adalah golongan minoriti dan susah nak dapat kerja? Uwan berani gigit jari kalau ada yang terima nasib camtu. Macam kawan Uwan, lepas je tamat politeknik, dia terus mohon Ijazah di Universiti tempatan. Now dia dah jadi lecture! Tak semestinya Amirah ambil lulusan engineering, Amirah kena jadi jurutera. Dan tak semestinya Amirah amik kos komputer, kena jadi Bill Gates...eh....Banyak lagi option yang Amirah boleh pilih lepas ni sesuai dengan hobi dan minat Amirah.
Masa di Politeknik jugaklah Uwan menemui potensi peribadi Uwan. Kalau dolu masa sekolah menengah Uwan lah paling Autisme a.k.a takda personaliti langsung. Lemau. Pendiam. Ayam berak kapur. Now, setelah uwan masuk politeknik, personaliti Uwan terus menjadi positif. Periang. Peramah. Gila-gila. Bertanggungjawab. Dedikasi....*matiler puji diri sendiri.

Soal susah nak dapat kerja tu, itu suma ajaran sesat. Masa Uwan interview di Jabatan kerajaan zaman moda-moda dolu dolu, hampir 60% pernah belajar di Politeknik. So, tang mananya susah nak dapat kerja tu? Cuma pegang satu perkara ni je. Kalau result Amirah gempak, pegang jawatan dalam persatuan or what so ever, dan punyai personaliti...Uwan gigit jari...majikan yang berebut-rebut cari Amirah!...tak caya tanya gegul lepasan Politeknik.....Are you agree with me gurl???....puts your hands up!.........eh

Sekian, wassalamu...




p/s : Apesal banyak gigit jari?

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dimana2 pun boleh janji azam kena kuat..belajar rajin2 dan kena ada matlamat.. InsyaAllah rezeki ada dimana2 ^_^

LadyBird berkata...

setuju dengan tok wan tu... yg penting kene blajor rajin2.. rezeki Alalh ni di mana2.. ade je org yg belajar tinggi2 tp xdpt keje..

Cik Yuyu berkata...

iyalah tok wan. yang penting, kita sendiri kena jadik buruan majikan dong!

Mr.She berkata...

politeknik pun dh setaraf U kan.. ape yg x bagusnye. yg penting, rajin bertani banyak la hsilnye. hehe. kelaut je komen ni :3

nana berkata...

salam . . nama saya shernalyn. . panggil nana pun bule. . nanti susah korang nak sebut. . hak3. . saya nak tanya beberapa soalan nieyh. . saya dapat unikl dan politeknik sultan haji ahmad syah(polisas). .kat unikl saya dapat diploma of engineering technology in quality engineering. kt polisas lak saya dapat kejuruteraan awam . . mana 1 saya nak pergi?. . saya tak tahu na buat keputusan. . then,adew kwan saya cakap kejuruteraan awam nieyh wat kerja kat panas2. . betul kea?.

harap dapat bantu saya. .

azolzz berkata...

nana, kite same lah.. sye dpt uniKL jg tp engineering tech in cmpter and networking.. politeknik dpt kejuruteraan awam jg..
sye bantu lah.. masa sye kt Sekolah teknik sya amek kejuruteraan awam jg.. KA ni takdelah panas2.. tp bidang nye meluas sangat.. kerjaya boleh jd arkitek n kontraktor jg macam seni bina.. UniKl tu agak mahal yuran nye tu lah sye tak pergi. sye ingt nak masuk politek tp nak tukar ke PSIS.. kite ni lbh kurang.. tp sye risau tu dari politeknik dapat sambung ijazah kt IPTA ke..?

azolzz berkata...

nana, kite same lah.. sye dpt uniKL jg tp engineering tech in cmpter and networking.. politeknik dpt kejuruteraan awam jg..
sye bantu lah.. masa sye kt Sekolah teknik sya amek kejuruteraan awam jg.. KA ni takdelah panas2.. tp bidang nye meluas sangat.. kerjaya boleh jd arkitek n kontraktor jg macam seni bina.. UniKl tu agak mahal yuran nye tu lah sye tak pergi. sye ingt nak masuk politek tp nak tukar ke PSIS.. kite ni lbh kurang.. tp sye risau tu dari politeknik dapat sambung ijazah kt IPTA ke..?

Nana berkata...

azolzz :. . Oh yekew. . tenkiu bg tahu. . tapi sye tgOk ramai beranggapan kejuruteraan awam nieyh perempuan tak sesuai n diorang pndg rendah. . tuh yg sye isau. . lagi 1 kat skola dulu sye amek sn tulen, bule kew bawak subjek KA nieyh?. . cOz sye tadew basic. .
betOL jugak akap awk. . sye un ragu2 gak,. .takOd tak dapat smbung degree kann. . :)

Unknown berkata...

umie mia : InsyaAllah rezeki ado di mano-mano

Unknown berkata...

LadyBird : Rezeki kita kan dah ditetapkan sejak dalamn kandungan lagi

Unknown berkata...

Cik Yuyu : Kono jadi yang terbaik kan. Kono bersaing dengan ramai orang

Unknown berkata...

Mr.She : Erk...xdelah ke laut...boto la tu

Unknown berkata...

nana & azolz : Nanti Tok Wan akan perbincangkan lagi topik ni episod akan datang ok

Tanpa Nama berkata...

Bergantung pada rezeki juga,tidak kira diploma atau degree,sebenarnya diploma dari politeknik adalah palinhg bagus ini kerana anda dapt belajr lebih amali dari teori dan anda akn dapat tahu keadaan sebnar dalam alam pekerjaan..sy seorg dip politeknik.selepas sminggu hbis pekse sy dapt twran kerja.Ini adlh rezeki.percaya atau pon tidak seorng jurutera freshie tidak tahu dalm bhagian teknikal.sdngkan sy diploma sahaja dan tahu untk mlakukanya..tidak kira degree atau pon diploma percaya lah..ilmu itu harus di pelajari.degree n diploma hnya sehelai kertas shja.ilmu itu penting.yg penting kita kena berusaha dngan gigih untk mnambah ilmu

Unknown berkata...

Sentapnyaa! Hahaha. Ada lagi mindset yang macam ni rupanyaa. Minoriti? Tu ikut kos jugak. Kalau yg teknikal, memang lelaki lebih ramai. Tapi golongan minoriti tu la yg selalu dapat perhatian lebih dalam kelas sebenarnyaa :p Zaman sekarang, orang nak pekerja yg berkemahiran. Budak poli dah ada kelebihan dah kat situ. Kalau ada sijil tinggi2 pun tapi tak boleh buat kerja, tak guna jugak kan? ;)

Yang ikhlas, BUDAK POLI!

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya hada. Em sy nk tanya? Saya ni pelajar lepasan spm2012. Bulan 10 thun ni, sy mendapat tawaran ke politeknik Dip Sains Kesetiausahaan, UiTM Dip Pentadbiran Awam Dungun dan Temuduga Latihan Kejururawatan SPA. Sy keliru nk buat keputusan. Sy dah decide nk masuk UiTM, keputusan SPA 2/12/13, klu sy dpt spa, sy benti uitm. Yang poli pulak, sy tak amik. Sy dftr poli 23/11/13 ni. Uitm 19/11/13 ni. Mcm mana pendapat tok wan? Sy dh tanya ramai orang, 50% ckp skrg org pandang ilmu, 50% ckp klu lulus spa masuk je. Sbb spa belajar 3thun diploma kejururawatan then diserap terus kerja under gov. Same je. Skrg, keje susah nk dpt. Em sy masih keliru. Tolobg sy :'(

Aqilah Ismail berkata...

Salam. sekarang saya tengah pusing nak pilih either program matrikulasi or poli in kejuruteraan elektronik perubatan. Mohon sangat dapat bg pandangan (:

Unknown berkata...

Kalau masuk matriks kena study betul2 hard sbb kalau pointer x tinggi. Susah nk sambung. Politeknik ni bnyk kemahiran and diutamakan berbanding u lain kalau nk keje nnti. Poli premier beza ngn poli biasa. Jgn malu kalau masuk. Saya dpt matriks ngn poli gak tahun ni tapi pilih poli. Dpt kat PUO

Tanpa Nama berkata...

salam. saya nak tanya, klau dah smbg bljr di poli bulan jun ni boleh ke nak mohon untuk uitm sesi dua bulan 7 ini untk intke bln 11 nnti ? plis tlg sya buntu tak tau nk buat pilihan.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih