Selasa, 20 Mac 2012

Prosedur mengeluarkan wang KWSP

Assalammualaikum dan peace yo!


Woarghhhh.....sokor ke hadrat Illahi ateh limpah kurnia rezekiNya pado kito selamo ini. Semalam merupokan hari paling menggumbirakan atok. Kalau Ecah nak tahu, semalam penyata pendapatan atok keluo. Bilo atok cek kat payslip tu, potongan KWSP dah takdo....dah clear!....Eeeeee   suko sangat...suke! suke! suke!....ok enaff!... annoying....

Sekarang ni gaji bersih atok tu meningkat lah sikit kan. Kiro eh, boleh bernapas dengan senang la kan. Kalau sebolum ni bernapas dalam lumpur kekdahnya, tanggal 15 bulan ke atas musti menu candle light dinner atok terdiri daripado meggi d'amato, telur dadar, ataupun sadin. Itu pun kira untung, kalau tak roti kering je la aku ngap. Tapi kini atok telah bertukar kepada johnny, nasi arab ataupun kehepsi sepanjang malam. *Okey, sila pengsan beramai-ramai...

Ini atok nak share dengan Ecah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pengeluaran KWSP ni.
  1. Surat lantikan pertama
  2. Borang pengeluaran KWSP 9J (AHL)~ (bulih dunlod di website KWSP)
  3. Lampiran A (Notis akuan pelepasan caruman kerajaan berhubung dengan pengeluaran pekerja berpencen ~ (bulih dunlod di website KWSP)
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Penyata Bank yang diakui sah atau buku bank
  6. Surat pemberian taraf berpencen
Untuk pengetahuan Ecah jugak, atok telah diberikan pemberian taraf berpencen pado 1.3.2012 yang lalu. Kiranya atok dah pun disahkan jawatan, dan lebih 30 tahun dalam perkhidmatan. Nak diikutkan memang dah boleh keluarkan KWSP tu, tapi atas nasihat pekerja KWSP atok digalakkan  untuk membuat permohonan pengeluaran apabila caruman KWSP bulan Mac ni masuk. Kalau tak, caruman terakhir tu atok hanyo akan dapek keluiarkan maso dah pencen betul-betul nanti.

Ok, lagi satu proses untuk pengeluaran ni lobih kurang 15 hari waktu bekojo. Tapi selalunya lagi awal dari tu. Dan tak sumo yang kito dapek keluarkan. Caruman majikan akan remain. So, apo laie. Kita enjoyyyyyyy.....erk.

16 ulasan:

little daisy berkata...

wah atok... gembira sakan dapat duwet nih! ^__^ *gud bye roti kering...*

zazaw berkata...

wah bulih la ni aaaa
bolanjo

faiz berkata...

belanje boleh...hehe

Tanpa Nama berkata...

Atok, tatkala makan kehepsi, jangan lupa orang yang tersayang contohnya macam kami nih. Mihmihmihmih. Sila sedekahkan ayam sorg seketul. Huhu~
:p

Hanie Dew berkata...

waaahhh OKB atok skrg ni. banje toookkk...

simple je dokumen nye.. hehhe..aku keje swasta jadi tak layak utk ambik tahu ni. hubby aku dah lepas dah jadi OKB last november. aku tumpang gumbira jugok.hahaha

tahniah ye tok dah tetap dlm perkhidmatan. kite enjoyyyyy..

Woofer Storm berkata...

jgn lupa belnja ye atok.hehheee

Unknown berkata...

little daisy : Say bai bai to roti kering...eh?!

Unknown berkata...

zazaw : Beratur copek...beratur...eh?!

Unknown berkata...

faiz : Meh, beratur...huk huk...

Unknown berkata...

Miziey : 18 ketul pun atok sanggup kasik....doakan atok dapek kwsp 8 juta!

Unknown berkata...

Hanie Dew : Sokor alhamdulillah...tp bolum OKB laie, tengah dalam proses...

Unknown berkata...

Woofer Storm : Nanti atok macam nak buek GA la...

Aziela berkata...

Wah, Tahniah la tok dah sah dalam jawatan.... Sokooorrrr... Err..bukan atok nak turun Melaka ke minggu nie..? Hihihihi....

Unknown berkata...

Aziela : Atok tak jadik turun melako la minggu ni. Akak hangkat atok kawen. Eh.

mangsibersamajabatanku berkata...

lepas nie..bilo duit KWSP kluar (x ado nyo sampai 15 hari...kurang darui 7 hari beso nyo) - boleh la atok pi melancong lagiii!

Unknown berkata...

Chenal : Iyo ko? Kawan atok pun koba tak sampai 15 ari do....eeeee suke suke sukeeee....eh

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih