Khamis, 1 Mac 2012

Al-Fatihah pada mereka yang telah pergi

Assalammualaikum,

Sebelum tu atok nak mintak jasa baik Ecah menyedekahkan Al-Fatihah pada semua umat Islam yang telah pergi terlebih dahulu mengadap penciptaNya. Al-Fatihah...

Julai 2005 ~ Kita sama-sama mendaftar masuk di semester pertama di Politeknik Port Dickson. Walaupun minggu pertama kita semua dilanda kejutan budaya semasa minggu orientasi, tapi minggu berikutnya kita semua ditempatkan di dalam satu kelas. Minggu itulah kita semua bersesi suai kenal. Mula menyesuaikan diri di tempat baru. Kebanyakan dari kita tak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga. Saat itulah kita ibarat keluarga besar. Berbuka puasa sama-sama. Membeli-belah peralatan dapur di bandar Port Dickson dengan bas yang hampir terbarai enjinnya. Aku ingat lagi, masa minggu pertama balik ke kampung. Aku menumpang belakang lori 1 tan dengan korang kerana kekurangan bas yang tidak dapat menampung jumlah pelajar pulang yang ramai. Aku rasa lori ayam kot pasal masih berbau ayam. Tapi ayam dah takdalah. Kita yang jadi ayam atas lori tu. Masing-masing pose titanic dengan rambut mengurai di belakang lori. Tergelak aku sendirian mengenangkan peristiwa lalu.

Januari 2006 ~ Kali ini kita sudah bergelar pelajar senior. Well, mini senior je kot pasal atas kita masih ada lagi ikan jerung super senior. Walaupun sudah bergelar pelajar semester kedua, tapi kita masih dibuli pelajar senior sem 5 dan sem 6. Memang dasar ikan jerung    T_T

Julai 2006 ~ Ada di antara sahabat kita yang kecundang dipertengahan jalan. Ada yang mendapat tawaran pekerjaan dengan kerajaan, ada yang memasang niat untuk menguruskan perniagaan keluarga, ada yang putus asa di tengah jalan. Aku sebenarnya hampir-hampir berputus asa sejak semester pertama lagi kerana aku selalu tekankan, bidang yang aku ambil sekarang memang tidak kena langsung dengan minatku. Aku memang tak minat.   T_T. Tapi kerana korang...kerana lectures...kerana keluarga aku masih di tahap ini. Meneruskan sisa 3 semester lagi. Korang semua sumber kekuatan untuk aku bertahan.

Januari 2007 ~ Kita semua berpisah buat kali pertama. Masing-masing membawa hala tuju untuk menjalani latihan praktikal di tempat yang telah kita pilih sendiri. Aku pilih kilang buat acuan sarung tangan. Ada juga kawan-kawan kita yang pilih di Audit firm, jabatan kerajaan dan lain-lain. Lebih 6 bulan kita semua tak bersua muka sebelum meneruskan pengajian ke semester 5 pula.

Mac 2009 ~Kita berkumpul semula setelah hampir setahun menamatkan kursus diploma. Kita dah tamatkan pengajian. Masih ingat lagi, masa tu fizikal masing-masing banyak berubah. Ada yang gemuk, ada yang semakin kurus melidi (aku lettew), ada yang hitam, ada makin putih berkat mengamalkan jamu mak dara katanya. Masing-masing sibuk bergambar masa konvo. Namun, kita dikejutkan dengan satu berita yang sedih. Petangnya kita telah dikhabarkan salah seorang dari kawan kita telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hanya kurang 12 jam menggengam segulung diploma. Masih lagi memakai baju khas konvokesyen. Set pakaian warna putih, kereta yang dipandunya juga bewarna putih. Tapi akhirnya semua bertukar merah dalam sekelip mata. Suasana pilu di rumah arwah apabila jenazah tiba di rumah selepas pembedahan post mortem. Saat itu ramai dikalangan kita yang meraung dan menitiskan air mata. Tipulah kalau aku katakan aku tak sedih. Hati aku menangis semahu-mahunya. Pemergian arwah Maria benar-benar meninggalkan kesan sehingga ke hari ini kita tak percaya Maria telah pergi menghadap Illahi.

Tanggal 28 Februari 2012 ~ Tiga tahun berlalu. Kita dikejutkan lagi dengan satu berita sedih. Seorang lagi kawan kita telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Arwah Maisarah telah dikesan menghidapi penyakit SLE (Sistem Lupus Eritematisus). Sistem antibodi arwah telah menyerang dirinya sendiri. Yang membuatkan aku terkilan, aku tidak sempat menghadirkan diri ke majlis perkahwinannya yang lalu. Kali terakhir wajah dan suara itu hanya sempat aku tatap 3 tahun yang lepas. Saat hari bahagia kita, konvokesyen. Suara kau masih terngiang-ngiang ditelinga. Seorang yang ceria dan tidak pernah menujukkan kemarahan jika terasa hati. Pandai kau kan Mai sembunyikan perasaan marah. Kau tak lokek. Suka belanja kawan-kawan lain. Aku selalu mengusiknya. Sebab antara ramai-ramai kelas kami, hari lahir kami cuma sehari bezanya. Well, aku tetap abang. Aku nak sangat tengok kau senyum lagi Mai....tapi malangnya, hanya dengan kepingan gambar saja yang membolehkan aku berbuat demikian.

Moga kalian berdua tenang di sana hendakNya....Al-Fatihah
















25 ulasan:

~SaL IjOu~ berkata...

rentetan kisah dari awal hingga saat pemergian tu..rasa sgt sayu..~
Al-Fatihah buat arwah..smoga dicucuri rahmat & aman di sana..A-Fatihah~

blog-tips-kurus berkata...

semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg beriman..

*mesti baju biru tu atok, kan???!
ala2 sengal je tu!

Miziey berkata...

Isk, rasa sebak plak gua baca entri tok nih. Hmmm. Al-Fatihah.

Btw, gua setuju dengan @blog-tips-kurus baju biru tu mesti tok kan? bukan gua tak kenal stail atok begambar. Hihi.

misz_eyza berkata...

semoga mereka berdua ditempatkan di kalangan yang beriman...al fatihah..

sakila's craft berkata...

alfatihah...mmg sedih bila org yg kita sayang pergi buat selama-lamaya...

Cik Rose Cute berkata...

Al-fatihah buat arwah...cedih pulak bacanya huhuhu

Aziela berkata...

Kenapa bila baca entry ini, seakan2 berjangkit dengan kesedihan dan guguran air mata atok? Err, boleh tak atok buat entry tentang SLE. Ada sorang kawan, anaknya baruu saja disahkan dapat SLE, tapi dia sendiri pun masih blur, apa risiko SLE ini... Saya terkejut kawan atok meninggal kerana SLE sebab saya tak tahu yang SLE boleh membawa maut...

LadyBird berkata...

:( stp yg hidup, mesti akan kembali pada-Nya.. smg ditempatkan di kalangan yang terpuji.. ameeennn..

mas saari berkata...

sedihnya! nak nangis baca...
al-fatihah untuk arwah, moga roh mereka dicucuri rahmatNYA..

faiz berkata...

sedih bacenye tok...al-fatihah...tula sahabat kan...akan igt selamanye..semoga roh dikalangan org yg terpilih ke syurgaNYA...

c'axoera ヅ berkata...

moga mereka ditempatkan digolongan mereka yang terbaik disisi Allah..al-fatihah

umie mia berkata...

Al-fatihah.. membe kolej umie dulu pun ada sorang yg telah meniggal dunia kerana sakit

Tulus Sweet berkata...

bilo tiba masa, tak lewat sesaat, tak cepat sesaat. innalillah...

Suhami Ahmad berkata...

~SaL IjOu~ : Sedih kehilangan kawan. Al-Fatihah

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Eh mana tahu ni? T_T

Suhami Ahmad berkata...

Miziey : Mencik! cmne ley tahu ni??

Suhami Ahmad berkata...

sakila's craft : Al-Fatihah...

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rose Cute : Al-fatihah...

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Cadangan yang menarik. Atok akan kongsikan dengan kalian apakah SLE ini

Suhami Ahmad berkata...

LadyBird : Moga2....amin

Suhami Ahmad berkata...

mas saari : Al-fatihah pada mereka yang telah pergi

Suhami Ahmad berkata...

faiz : InsyaAllah....Amin...

Suhami Ahmad berkata...

c'axoera ヅ : Al-Fatihah...

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : Tulah, mati tak kira usia kan...

Suhami Ahmad berkata...

Tulus Sweet : Dah tiba saatnya...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih