Khamis, 16 Februari 2012

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi part 6 (episod akhir)

Kulit album The Langkawi '12......mampoo? artis sony music katanya...
Assalammualaikum dan peace yo!


Baiklah, kali ni atok cubo tamatkan ekspedisi kito yang pertamo untuk tahun 2012 nih. Atok cubo yo pasal atok bukak laptop awal harini. So, ado maso nak menggoreng ayat. Cumo atok risau mato Ecah yo buto lopeh baco entry menjelo atok ni nanti. Vley?? Okey, sobolum kita teruskan episod akhir ni (insyaAllah), meh la kito skodeng2 episod pengembaraan sebolum ini.

Episod 1 : Konduktor Bas
Episod 3 : Aksi Pulau Tuba
Episod 4 : Manja Aspalela

Lopeh yo kami berehat sebentar bersama kit kat di Cable Car, Pak Cik Shahari merangkap suami kepado Acik Awe telah membawa kami makan tengah hari di sebuah restoren yang berhampiran dengan padang matsirat. Atok terlupo nak catat namo restoren tu. Tapi yang pastinya, memang ramai yang datang menyinggah ke situ. Sobab apo? Sobab terdapat lobih dari 50 jenis lauk pauk terhidang kat situ. Dan istimewanya air kat situ free dan boleh refill! Murah rejoki tokey kedai tu kan.

Perjalanan diteruskan ke destinasi berikutnyo, iaitu beras terbakar.

walhal tapak beras terbakar sebelah kiri gambau tu....
Beras terbakar ni terlotak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Mengikut cito orang-orang tuo, pemerintahan Langkawi 200  tahun lalu sampai kurun ke-19 bertompat di Kampung Raja inilah. Selopeh beberapa bulan pembunuhan Mahsuri, pulau ini diserang oleh orang-orang Siam. Datuk Kerma iaitu pemerintah pado maso itu merasakan pulau tersobut akan kalah dan memerintahkan penduduk menanam beras tersebut supaya tidak jatuh ke tangan musuh.

Selanjutnya Pak Shahari nak bawak ke Makam Mahsuri seperti dalam perancangan tentatif tetapi terpakso dibatalkan kerana cucunya si Zulfan dan start melalak. So kami pun terus ke jeti pekan rabu untuk pulang ke pulau. Sebelum tu, atok sempatlah snap beberapa keping gambar helang kat dataran lang.

Wajib bergambau kat sini....
Terus balik ke pulau dayang bunting semula. Sampai dalam pukul ompek potang camtu. So, atok raso masih ado banyak maso lagi, kami pun bercadang untuk pergi ke tanjung pandan tempat semalam di pulau tuba untuk mandi-manda bersuka ria. Kami sewo motor pahtu bawak sendiri ke Pantai Tanjung Pandan yang terlotak di Pulau Tuba ~bersebelahan pulau dayang bunting. Haa...kat sinilah preload beribu sesalan dan awan nano dirakamkan. Moh layan.

Hamekkkkk!......3 suara preload AJL beribu sesalan......aku tengok gambau ni bukan beribu, berjuta sesalan!


Awan Nano..................~bunyik cengkerik~

Keesokan harinya, hari yang terakhir kami telah poie ke Tasik Dayang Bunting menaiki bot. Kalau tak silap atok, harga bot dari pulau dayang bunting ke tasik dayang bunting sekitar rm400. Tapi kami dapat special price pasal Pak Cik Shaari dah kauteam, dapat harga rm200 pergi balik. Kami berkongsilah bertujuh. Pak cik bawak bot tu mesti bekas rempit dolu2. Dia bawak bos sampai atok rasa nak terbang. Nasib baik badan atok yang anak gajah itew membalancekan graviti.

Cubo Ecah perhatikan bentuk gunung kat sana tu....bentuk apo?

kelihatan ramai mat saleh pelancong bermandi manda di tasik dayang bunting. Atok tengok pelancong2 luar ni pakai tong yo mandi. Rabun mato atok jap.
Asalnya, lagenda tasik dayang bunting dikatakan sebuah tompek permandian kegemaran seorang puteri kayangan bernamo Mambang Sari. Dio diberi jolokan Tasik Dayang Bunting. Menurut cerito, seorang putera raja, Mat Teja telah jatuh hati dengannya dan berkawin serta dikurnikan seorang anak kemudiannya meninggal setelah 7 hari akibat penyakit misteri.

Disobabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali ke dunia kayangan. Sehingga ke hari ini, ado yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ado yang turut mengakui kebenaran ini. Contohnya Acik Awe sendiri. Kaum cina ngan india pun percayo. Yang penting setiap kejadian tu berlaku sobab kehendak Allah kan.

Selepas mandi tu, kami pun terus pulang ke pulau dayang bunting untuk bersiap-siap pulang ke Seromban. Balik-balik je Acik Awe dan menantunya Kak Liza sudah hidangkan makanan tengah hari  :')  Sangat terharu. Kami keluar dari pulau pukul 1 tengah hari. Naik feri ke kuala kedah pada pukul 3 petang. Seterusnya singgah ke Pekan Rabu untuk soping ikan masin, jeruk, kuah rojak dan lain lain sebelum naik bas pada pukul 10 malam dan tiba di Seremban jam 6 pagi....

Ini Pekan Rabu yang dibuka pada setiap hari dan tak semestinya hari Rabu

Ini kat Perhentian Sahab Perdana sebelum naik bas. Selamat tinggal Langkawi!!!....tunggu kami Kuala Terengganu! Opss
Sesungguhnya perjalanan kali ini sangat menyeronokkan. Kami belajar bahawa di Malaysia ni masih banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati. Malah lagi hebat dari tempat kat luar sana. Orang-orang Malaysia lebih-lebih lagi melayu, juga masih mengamalkan nilai-nilai murni yang baik. Terutamanya yang tinggal di pulau-pulau dan tidak terdedah dengan arus sosial melampau di luar sana   =)...Cintailah Malaysia
~ T.A.M.A.T~




22 ulasan:

Nurul Iman Rosman berkata...

okay, jeles nye! -,-

mas saari berkata...

suka gambar yang first dan lari2 kat ombak tu!

kalau pergi langkawi ni memang banyak nak cerita kan? seronok baca..

Ahmad Sabree berkata...

woooooO~~~~

conok2...

sabry oppa berkata...

best3!

yad'z berkata...

tempat beras terbakar uh .. saye sesat time masuk kat gerai2 kat situ.. ><

sahromnasrudin berkata...

dekat pekan rabu tue ada satu gerai laksa yg sgt sedap...atuk ada cuba tak?

Munnafendy berkata...

bentuk pmpn mengandung =)

Zakaria's daughter berkata...

alhamdulillah akhirnya tamat ekspedisi ini.

yeay!

LadyBird berkata...

gambar kedua tu cantik... :D

lisa berkata...

seronoknya! gambar kat pantai tu cantik la :)

Suhami Ahmad berkata...

Nurul Iman Rosman : Haaa...jangan jeles2...nanti copek tuo..

Suhami Ahmad berkata...

mas saari: Gambau yang 1st tu dah jadik gambau profile pesbok

Suhami Ahmad berkata...

Ahmad Sabree : Apo laie. mai la sini

Suhami Ahmad berkata...

sabry oppa : Memang best... =)

Suhami Ahmad berkata...

yad'z : Err...atok raso pusing2 situ je kot...

Suhami Ahmad berkata...

sahromnasrudin : Atok ingat nak makan situ, tapi dah tutup

Suhami Ahmad berkata...

Munnafendy : Betul tu =)

Suhami Ahmad berkata...

Zakaria's daughter : Suker lettew...

Suhami Ahmad berkata...

LadyBird : Rumah tradisional :)

Suhami Ahmad berkata...

lisa : Indah kan :)

Chenal berkata...

Aku nak try jugak la pi bercuti d Langkawi. Ado sapo nak join ke?

Suhami Ahmad berkata...

Chenal : Try jangan tak try