Rabu, 15 Februari 2012

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi part 5

Assalammualaikum dan peace yo!

Kito teruskan pengembaraan yang seterusnya, iaitu episod 5. Kalau nak muntah tu, atok mintak mahap. Kalau dapat abiskan minggu ni, atok cubo yo. Ke suka entry pengembaraan atok? Suko lettew...Okeh, moh layan episod terdahulu jiko tak paham perjalanan sebelum nih.

Episod 1 : Konduktor Bas
Episod 3 : Aksi Pulau Tuba
Episod 4 : Manja Aspalela

Lepas yo penat shooting untuk profile pesbok, masing-masing terus tertido kat rumah Acik Awe sampai sonjo. Pahtu celik2 je makanan dah terhidang oleh Kak Liza, menantu Acik Awe. Sangat terharu layanan yang diberikan memang 10 stars! Atok tak sompek nak tangkap gambar lauk-pauk pasal haku dah lapar masa tu kan. Tak pikir nak shoot segala dah. Ujung2 tinggal tulang je kan. Peh yo kami makan tu, kami terus ke jeti ambik angin malam.

Dah yang kedua dari kiri tu dah kenapa muka ko?
Pastu main creative light system. Subjek yang atok praktikkan maso berkursus di AR Studios hujung tahun lopeh.
Muko ngantuk x?
Okey, cukup sudah cerito di Pulau Dayang Bunting. Keesokan harinya kami terus ke Pulau Langkawi. Seharian berjalan kat sanun. Tompek pernamo yang kami singgah adolah di Telaga Ayer Hangat Langkawi. Memang hangat. Bilo atok celupkan kaki kat dalam kolam tu, rasa fresh and white. Wajib poie tompek ni kalau singgah Langkawi.
Menyeluk kaki ke dalam kolam
Menurut lagenda telaga air hangat ni terjadi pado satu maso dulu di mana ada 2 buah keluargo yang bermusuh. Diorang melempar jug (motep lempar jug?) yang mengandungi air mendidid dan tertumpah ke tanah lalu terjadilah air hangat kat tompek tu. Atok tak pasti lak kesahihannya. Ok, pahtu kami teruskan perjalanan ke Pantai Pasir Hitam yang terletok beberapa kilometer dari telaga air hangat ni. Nak ikutkan memang pantai kat situ kaler hitam.
Cer Ecah teka perkataan apa tu?
Atok ado terbaca satu papan tanda kat pantai tu. Menurut lagenda, dulu ado kerajaan darat dan kerajaan laut. Keduo-duo kerajaan ni bermusuhan. Kerajaan laut ni jumlah eh ramai. Sebaliknya kerajaan darat ni jumlah eh 1/10 daripado kerajaan laut kalau tak silap atok. Satu hari tu, kerajaan laut ni menyerang kerajaan darat pado waktu malam. Ahli bijak pandai kerajaan darat telah sepakat untuk membakar kayu bakau di sekeliling pesisir pantai dengan harapan kerajaan laut menganggap kerajaan darat mempunyai askar tentera yang ramai. Pahtu diorang tak jadi serang. So, jadilah kau bakau tadi arang yang tersebar hitam di sekeliling pantai. 

Kemudiannya, atok dan rombongan meneruskan perjalanan ke Cable Car. Wajib naik cable car kalau singgah ke Langkawi. Tapi malangnya bagi atok tak dapek nak naik haritu pasal orang ramai. Kebetulan coti umum. So, atok pendamkan saja niat tu.
atok curi kat gugel
Kereta kabel langkawi ni terlotak di Gunung Mat Chingchang, barat laut pulau langkawi. Tinggi eh 713 meter dari paras laut dan panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunio, mengalahkan kereta kabel di Swirtzerland. Sekiro eh cuaca cerah, kito boleh skodeng kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat daya. Ruginyo tak sompek nak naik.  :(

Oklah Cah, sambung esok laie yo. Again....malam ni atok siap entry ni jam 1 pagi. Esok kono kojo. Okey, papaiiiiiiiiiii





25 ulasan:

LadyBird berkata...

gambar org je.. ingtkan gambar tempat2 menarik tadi.. hihi

Munn Jaafar berkata...

adakah itu yakult? =D

D berkata...

ahh. takde mahap mahapp bagimu atok.
bile bace entry neh , ready kan baldi kat sebelah takot nak temuntah. haha.

p/s : panjang nau pengambaaraaannn atok neh ? upin ipin punye ppungg tadek panjang2 gini. tehe ~
len kali sile bawak diri neh joint pengambaraan. baru leee tak temuntah bace entry neh. haha.

sorry sorry ngarut pepanjang >_<'

mrs eyza berkata...

lorr atok tak naik kabel car ker? rugi la atok...tidak leh menjeleskan saya hihi... (^_^)

Tanpa Nama berkata...

alamak langkawi. tak pernah sampai lagi :( macam best je. hehe

sahromnasrudin berkata...

semua pic tue klu atok besarkan, puas kami melihatnya..jgn atuk kecilkan ya

LidiaSuraya berkata...

ok selasa depan i ke langkawi...
amik mood skit kat sini...

LidiaSuraya berkata...

also followers ke 999.
:)

AnakPakZohar berkata...

same larrrr............. tak penah dapek naek cabel car lau pi langkawi.. T_T

mas saari berkata...

memang syok pi langkawi ni... byk benda nak cerita!!

faiz berkata...

mcm mengarut je lagenda tu..

Unknown berkata...

LadyBird : Gambar orang yang berada di tempat menarik...~ngeee

Unknown berkata...

Munnafendy : Yesza! >_<

Unknown berkata...

Zakaria's daughter : Hamboi hamboi hamboi....derhaka ngan atok lettew...ha, nanti atok nak p ganu pasni...mau joint?

Unknown berkata...

misz_eyza : Mencik mencik! atok nak naik cable car....waaarghhh..

Unknown berkata...

syira rahim : Haaa...memang best!

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Ok, pahni atok besarkan. Tapi kalau tak silap atok bulih klik je gambau tu, nanti dia besau sendiri tak?

Unknown berkata...

LidiaSuraya : Wah, selamat datang ke Langkawi dan selamat menjadi follower atok yang ke 999 =)

Unknown berkata...

yad'z : Nasib kito samo :'(

Unknown berkata...

mas saari : Atok raso, entry 2 minggu pun x cukup

Unknown berkata...

faiz : Hihi, mungkin untuk suko2 kot

D berkata...

oh yeah tengganuuu.
haha. buleh bule juinttt.
tapi tapi nak mintak seponserrr.
lalalala.

Unknown berkata...

Zakaria's daughter : Haaa.....klu nak itot kono duk diam2...x leh boli gulo2 segalo

D berkata...

habes kalau takbuleh beli gule gule ,
beli coklat ferero rocher buleh tok?

class sket.
haha.

Unknown berkata...

Zakaria's daughter : Keto ferari pun atok bulih boli an....mainan punyolah

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih