Isnin, 16 Januari 2012

Isu remaja sekarang

Assalamualaikum Tok Wan,

Saya Musliha berumur 19 tahun. Saya adalah pelajar di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Untuk makluman Tok Wan, Musliha tinggal menyewa dengan dua orang rakan lain di sebuah rumah berhampiran universiti kami. Yang menjadi persoalannya adalah, salah seorang rakan serumah saya sangat sosial. Dia memang tidak pandai menjaga batas pergaulan sesama lelaki walaupun mereka bukannya muhrim. Saya dan rakan serumah yang seorang lagi selalu menasihatinya supaya tidak melayan lelaki secara berlebihan tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kami sayangkan rakan kami itu seperti adik-beradik kami sendiri. Lagipun, saya mengenali ibu bapanya dan kami memang rapat dan selalu berkongsi cerita.

Satu hari, saya dan rakan serumah pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu. Rakan saya yang sosial itu katanya juga akan pulang ke kampung cuma dia akan pulang lewat sikit. Kamipun terus balik tanpa syak wasangka apa-apa. Namun, sebaik saja cuti mingguan dua hari itu berakhir, saya terus pulang awal kerana ingin menyeterika baju untuk seminggu. Namun saya dapati rakan saya yang sosial tu tidak pulang ke kampung. Buktinya, baju kotornya masih belum berbasuh dan kenderaannya juga masih di luar rumah. Cuma dia tiada di rumah mungkin keluar dengan kawan lain.

Apabila saya masuk ke dalam bilik, dada saya tiba-tiba berdebar-debar. Saya merasakan satu kelainan. Akhirnya debaran saya itu terjawab apabila saya terjumpa longgokan tisu di bakul sampah bilik kami. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa walaupun saya tertanya-tanya apa yang dibuatnya dengan tisu kasar untuk mengelap minyak masak di dapur tu? Kenapa tak guna tisu lembutnya? Dan jika betul dia nak lap cermin tingkap or whatsoever, kenapa ada dalam bakul sampah bilik?

Saya tinggalkan persoalan itu, saya terus on kan komputer untuk melihat status facebook saya. Alangkah terkejutnya bila saya klik pada ikon facebook, terpampang mesej lucah rakan saya itu. Dia terlupa nak log out. Saya rasa nak muntah apabila salah satu mesej tersebut mengatakan perkataan ''pecah dara", "masih belum period", "risau benih menjadi". Dan yang membuatkan saya terasa ingin pitam, apabila dia ada menyatakan ingin mengajak lelaki itu ke rumah kami cuti minggu lalu! Kepala saya terasa ingin pitam. Saya terus tutup komputer dan keluar dari rumah.

Apakah yang perlu saya buat Tok Wan? Hanya saya saja yang mengetahui hal tersebut. Apakah patut saya memberitahu kepada kedua orang tuanya? Tapi bagaimana pula nasib dia nanti? Pasti dia berdendam dengan saya selama-lamanya. Atau, perlukah saya cuba berbincang dengannya secara baik dan menasihatinya? Bagaimana pula kalau nasihat saya itu tidak diendah dan dia terus hanyut dalam dunia khayalan remaja? Atau, perlukan saya mendiamkan diri? Tolong saya Tok Wan...


Tok Wan
Waalaikumsalam Musliha,


Pestime dalam sejarah Tok Wan menerima persoalan 350 patah perkataan ittew. Tapi Tok Wan dapat rasakan masalah yang cucu tanggung sekarang. Remaja = bersukaria. Memang tidak dapat dipisahkan. Sebagai orang yang lebih dewasa, Tok Wan ingin menasihatkan Musliha cuba berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman. Contohnya ibu bapa Musliha sendiri. Tok Wan takut, kalau Musliha berkongsi dengan rakan serumah atau rakan sekelas, ini akan mengaibkan kawan yang sosial itu apabila berita itu disebarkan. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin ini kesalahannya yang pertama. Tok Wan percaya, masih terlalu awal untuk kalian terpesong jauh. Masih boleh kembali ke pangkal jalan.

Tok Wan cadangkan, cuba berbincang dengan keluarga Musliha sendiri. Kalau boleh, bawak mereka berjumpa dengan kawan yang sosial itu dan suruh mereka nasihatkan secara baik. Kadang-kadang remaja ni segan dan akan dengar cakap orang tua. Tok Wan tak galakkan Musliha berterus terang dengan keluarganya terlebih dulu. Takut, perkara buruk akan berlaku kelak. Cuba selesaikan ikut alternatif lain dulu.

Cuba tanya pada rakan tu baik-baik. Adakah benar dia menyayangi lelaki itu? Jika benar dia sangat sayangkan lelaki itu, suruh dia nikah gantung. Maknanya bernikah dahulu. Bersanding segala tu boleh dikemudiankan. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas dari melakukan zina kelak. Jika nasihat Musliha itu tidak diendahkan, barulah Musliha maklumkan pada keluarganya perkara sebenar. Tapi semoleknya janganlah mengadu kisah dalam kelambunya. Sebaliknya pandai-pandailah Musliha terangkan pada keluarganya perangai sosial anaknya itu. Kalau dapat nikah cepat, selamat dunia akhirat!

Ataupun ado cucu-cucu yang lain boleh bantu untuk idea yang lebih bernas? sila kemukakan diruangan komen


p/s : Maaf ini entry serius dan kisah benar, Tok Wan tidak boleh bergurau senda sangat. Awal tahun yang mencabar bagi Tok Wan sebab ini melibatkan soal maruah. Cuma Tok Wan perlukan pendapat kalian selain dari atas jika ada pandangan bernas. Sangat perlukan!

Jika ada sebarang masalah, bolehlah emailkan pada Tok Wan di suham_mie@yahoo.com

23 ulasan:

Aziela berkata...

Wah..berat nie. Betul lah tu, slow talk dgn kawan dulu. Kalau tak diendahkan, baru ambil langkah berikutnya. Sekurang2nya, lepaskan tanggungjawab 'nahi mungkar' kita dulu.

Kalaulah rasa berat dan sukar nak inform parents, terpaksa buat cara 'kasar' sikit. Sekiranya berulang lagi, atau dapat diperangkap, boleh gunakan pihak berkuasa yang berkenaan.

Atau nak lebih mudah, pergi ke Jabatan Agama berhampiran, rujuk kepada pakar kaunseling di situ. Segala maklumat ttg pengadu dan masalah adalah confidential. Nasihat mereka lebih profesional dan lebih selamat untuk diri Muslifa...

sahromnasrudin berkata...

masyaAllah...

blog-tips-kurus berkata...

kejadian benar??
kena guna pendekatan berhemah ni...

*tok, ai ade masalah cinta ni. camno nak buek??

Munn Jaafar berkata...

for me...nasihat dulu, slow talk ckp bdua je ngan dia...kalau tak jalan gak baru bincang ngan org lain @ family..yelah, bkn aib tu kena jaga kan..

mas saari berkata...

kena bincang dulu dengan kawan tu, kalau boleh nasihatkan kita nasihatkan dia dulu... kalau tak jalan jugak minta bantuan orang yang lebih dewasa!

kalau dah temui jalan buntu baru beritahu ibu bapa dia..

KaK LimAh Si SupiR berkata...

kaklimah rase, dlm situasi mcm ni, msti kwn musliha tuu p0n tgah risau dan dye msti ingin seseorg utk berkongsi mslh..cume xtau nk berkongsi dgn sape..mgkin musliha blh berbincang slow2 dgn kwn ny

Unknown berkata...

tok wan....nanti saya hantar persoalan..tolong jawabkan ok? hehehe

Ca Ezah berkata...

humm..ca punya pengalaman lak,bekas pakwe kawan ca cari ca.entah mana dia dpt number ca pon ca tak tau.dia frust kawan ca tinggalkan dia, dia pi anta mms gambar kawan ca yang 18sx..ca mmg terkejut.kira dia anta tu nak jadikan bahan ugutan kat kawan ca tu..ca menggigil masa tu.ca terus contact kawan ca tu.dia ngaku dia dah'buat' perkara tu..tp skang dia dah insaf..masalahnya lelaki tu jejak dia, cari dia, ugut dia..ca xterus buang kawan.ca cuma nasihatkan dia..alhamdulillah skang dia berubah jadi lebih baik...

bila nafsu didorong lagi dengan 'peluang'...memang bahaya..

Unknown berkata...

sebaiknya tanya pada kawan yg sosial tu dulu...tanya dgn berhemah..kalo betul..panggil laki tu..suruh bertanggungjawab..jgn pandai wat..pastu nak lari dari plak....kalo dia lari gak..report je polis..senang cter

Aien Not Alien berkata...

kisah benar dan serius...kena tangani dengan sebaiknya...walau tak banyak membantu..kurang2nya dapat membantu... risau saya..

LadyBird berkata...

lady x pernah jumpe kes mcm ni..
xth nak ckp ape..
just doakan agar dia kembali ke pangkal jalan..

Unknown berkata...

Aziela : Atok raso cadangan tu ado bernasnya...klau kito tak mampu buek apo2, kito terus report pado pihak yang berwajib kan.

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Berat sekali kan masalahnya

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Ha, masalah cinta yo...episod akan datang tok wan akan kupas isu ni yo

Unknown berkata...

Munnafendy : Tok wan pun kaedah tu sebaiknya. Kito tanyo baik-baik kan.

Unknown berkata...

mas saari : Sekurang-kurangnya kito kono tegur gak kan even kita ni kadang2 tak sempurna...

Unknown berkata...

KaK LimAh Si SupiR : Tok Wan rasa itu sebaliknya...dio perlukan sesorang untuk berpaut. Jangan biarkan dia hanyut kan

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Apakah persoalannya ittew? Mesti nak tanya bab trigonometri kan. Coi , carut tok wan ler tew

Unknown berkata...

chii : Tapi takut gak kalau nak mengaku kan. Yelah, orang dah berak tengah jalan sapa nak ngaku

Unknown berkata...

Aien Not Alien : Untuk pedoman dan pengajaran kat cucu2 luar sanun

Unknown berkata...

LadyBird : Harap doakan anak remaja sekarang sedar dengan kesalahan yang diorang dah buat

theylee berkata...

additional resources blog link have a peek at this site www.dolabuy.co click this over here now try this

roathoan berkata...

h4o99o5m23 w8z42r1j83 a1m01e8x56 n9a09y3n70 h6u92z9w86 p9n43m5b40

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih