Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tu dia. Ini pertempuran hebat di alaf baru. Err...alaf baru ke? Persaingan sihat antaro nasi arab damsyik dan lazeez arabic restaurant. Persamaan keduo restaurant ni adolah, keduo-duonya restaurant menjual nasi arab. Dan keduo-duonya jugak, terlotak di Senawang, Nismilan.
Kalau cu buat carian gugel "nasi arab seremban", 90% akan tuju pada Nasi Arab Damsyik. Sebabnya ramai blogger yang buek entry pasal Nasi Arab Damsyik. Memang diakui, Nasi Arab Damsyik memang terbaek. Tapi ramai yang tak tahu, selain nasi arab damsyik, ada lagi pilihan alternatif in case kodai tu dah ponoh. Mempersembahkan, tadaaa.....
LAZEEZ ARABIC RESTAURANT!!
Ok, pagi-pagi buta lagi atok dah carut kau pasal kat tajuk pun dah mention lazeez arabic restaurant. Dah tak sepresss. Kalau nak tahu, lazeez ni terlotak di No 271, Jalan Bandar Senawang 15, 70450 Senawang Seremban.Siap bagi alamat lagik. Owner Lazeez, sila belanja atok makan tengah hari selama seminggu!
Ok, atok nak buat perbezaan antara kedua restaurant ni. Atok ponah makan kat Damsyik gak. Alamat Nasi Arab Damsyik terlotak di No. 1, Jalan Bourgainvilla 1, Taman Bourgainvilla, 70450 Senawang, Seremban. Duo2 tompek nih terbaek. Cuma ada terdapat sedikit perbezaan pasal menu kedua tompek ni.
Nasi Arab Damsyik
- Dari segi dekorasi ala-ala arabian, nasi arab damsyik memang terbaek. Dia punya teko pun macam teko aladdin.
- Dia punya teh sodapp! Wajib cuba satu teko.
- Tempat dia ada dua jenis. Satu open (sesuai untuk orang smoking), dan satu lagi dalam umah (ala-ala duduk macam orang Jepun, padahal tema nasi arab nih)
- Dia ada set menu untuk seorang, 3 orang, 5 orang dan 10 orang. Masa atok poie aritu 4 orang, amik set 3 orang. Tu pun dah terbungkang kekenyangan.
- Ada sediakan air suam, so kalau teh tu dah habis tak payah order air lagi. Amik je air suam. Free.
- Hidangan dalam dulang. Ado ayam bakar + daging (optional) + sayur timun hiris + susu masam + sambal. Sambal dan susu masam memang terbaik. Wajib cubo.
- Pilihan menu tak banyak, tapi menu yang sedio ado sidap!
Ado anak ikan
Ini nasi arab damsyik menu ayam , dia ada pilihan daging jugak, kau kena tambah duitlah |
Ni masa nak panggil jin teko keluaq...eh silap! ni lah air teh atok cakap tu. Sidap!!! |
Ok, kita tengok pulak kelebihan Lazeez Arabic Restaurant
Lazeez Arabic Restaurant
- Dekorasi dalaman yang menarik tertarik kau terbabom kababomm. Tapi kat bahagian outdoor, cuma simple je but yet still selesa.
- Dia ada teh dan air manggo juice. Ada pilihan kat situ. Tapi mango juice dia original tak letak gula
- Ado juga set untuk seorang dan 5 orang sajok
- Dalam satu set tu, ado 2 jenis masakan ayam setengah potong, satu potongan daging kambing bakar dan ado sayur timun potong. Sambal di campur sekali dengan ayam cuma tak ado susu masam. Kalau Damsyik tu, daging dan ayam asing-asing. Kalau nak dua-dua lauk tu kena order berasingan.
- Selain nasi arab, restaurant ni pun ado hidangan untuk pencoci molot, roti spanish, dimsum dan segala pencoci kecuali pencoci lantai. Kiranya banyak pilihan lepas kekenyangan. Tapi yang ni tak masuk pakej dulang tu. Harga lain-lain.
- Kesimpulannya, walaupun makan set menu 5 orang tapi 7 orang tak tentu lagi boleh habiskan satu dulang tu. Dalam dulang tu memang meriah dan berbaloi-baloi.
- Banyak pilihan menu dari air, pencoci mulut, dan lauk pauk tu sendiri.
Ado hot stuff
Ha, so mana satu pilihan hati? Nasi Arab Damsyik atau Lazeez Arabic Restaurant? Ke kedua-duanya sekali (macam hukuman mandatori lak ye). Kalau dah cuba nasi ayam damsyik, cuba try pulak lazeez arabic restaurant ni lak. Atok memang rekemen. Pastu, kawan atok ado koba kat Seremban 2 ada gak nasi arab. Namo eh nasi arab aladdin. Nanti kalau atok dah cubo restoren tu, atok buat entry yo. Wokey cayang. Tataaaa...
Peta lokasi
Nasi Arab Damsyik
No. 1, Jalan Bourgainvilla 1, Taman Bourgainvilla, 70450 Senawang, Seremban |
Lazeez Arabic Restaurant
No 271, Jalan Bandar Senawang 15, 70450 Senawang Seremban |
p/s : Atok dalam proses mengigihkan kudrat untuk menggemokkan diri
Gemok camni. Ko mampu?? |
21 ulasan:
pergh...sodap tu atok.hehe
ni dokek rumah kodai baru bukak tu ko tok! acik x dapek nak membayangkan kawasan kodai ni yg acik nampak taman terati tu yo!
mak aih..banyak nya...kalo chii la..kena bawa ramai2 ni...tapi nape la kat senawang je ada kedai ni kan..grrr...
atok nk gemuk? awatnya? nak jadi teddy bear ka :p
wah meriahnye nasi arab... agk eh 7,8 orang leh makan 1 dulang tu.. bley try nih.. atok pun nk gemok ke? jom kite usaha menambah berat badan ^_^
sodapnye tok...xyah gi arab dah dapat makan nasi arab ni.
lombu bawah tu gomuk sbb makan choki2...hahaha
boleh try lazeez ni...damsyik dah try aritu..
wah kekenyangan tgk hidangan kat dulang tu. ffuuu~~
atok atok atok. asyik makan nasi arab. tak pegi negara arab ke.
apa kata try jugak nasi arab alaldin dekat Seremban 2. dekat City Park tu.. Belakang Amanah Raya. Dekorasi cantik... Service pun okay.
Menu simple. ade set mcm kat Damsyik. =D
blanja la saya Atok... pleeeassseeee....
Mohamadazhan.com : Sodap. Sehingga menjilat kaki. eh jari
Diyana : Tompek eh kat belakang balai polis senawang. Kek klinik tawakal tu
chii : Atok nak gemuk sobab orang cakap atok tiang lampu. Grrrr
umie mia : Haah, maso atok poie kat lazeez aritu, 1 dulang tu boleh makan 7 8 orang. Tu pun berpakso an mamam sampai habeh
KuNanGKuNanG : Uniknyo, lopeh makan nasi arab ni x ngantuk do macam kito makan nasik biaso tu. Ha, kalau makan choki2 tu sikit takpo lah
faiz : Try jangan tak try
Hanie_Dew : Cadang eh nak poie arab. Tapi nak buek camno, fulus tak cukup
Syara Mohammad : Itu yang kawan atok koba an tu. Sodap koba eh. Nantilah, atok nak try 1 day yo
Ali Kanchan aka Pirate : Mai mai datang sini
Klu dt nasi arab damsyik xari budak name ajud...die botak dan
Hot
Kami dari team nasi arab lazeez mengucapkan Terima kasih atas komen positif atok. Bersempena PKP, Utk Ramadhan tahun ini, kami ada open order utk delivery.
Utk maklumat lanjut boleh hubungi saya; 017-2516744 atau jenguk fb 'Nurul A'shikin Mohd Diah' ����
moncler jackets
yeezy 350
stephen curry shoes
curry 9
yeezy 700
off white hoodie outlet
fear of god hoodie
travis scott jordan
off-white
kyrie 7
Catat Ulasan