Khamis, 10 November 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Atok kena jadi bidan terjun kepada Cikgu Nasir pasai patutnya hari ini turn dia kena buat entry. Tapi masalahnyo, dio tak ado idea nak mengajar subjek apo hari ni. Plus dio diserang demam kus kus. Tu yang dia pakso atok bercerabih di pagi yang hening ini. Ala, kau pun suka atok bercerabih kan? kan? Baik ngaku cepat!

"Huntung ado atok. Dapat haku goyang kaki lagi minggu nih. Nanti haku belanjer atok choki choki tau!"
Alkisahnya malam tadi atok lepak-lepak kat benteng ampangan. Sesi soal jawab dan berkongsi ilmu dengan sifu fotografi. Banyak lagi selok belok ghope nyer yang atok tak tahu. Dalam dok syiok lepak-lepak garu garu kepala sebab kena rewind dua tiga kali pasai atok slow sikit nak capture knowledge, tiba-tiba muncul seorang budak nih kat meja kami. Budak pompuan lingkungan awal belasan tahun.

Lebih kurang macam nih muka dia, tapi dia bertudung
Atok syak ini mesti budak kemboja yang atok jumpa kat dataran senawang dulu. Budak yang samo jugak maso atok feeling orang-orang golongan atasan makan beger kat MekDi di awal bulan. Walhal ujung bulan seksa menyantap mee meggi cepat di masak sedap di makan. Hamek ko.

Maso mulo-mulo atok jumpa budak kemboja ni, dia muncul kat sebelah atok. Tanjatlah boboy kan. Dio hulurkan tangan pastu nak mintak duit pasai mak dia sakit. Atok percaya la time tu kan. So, atok sedekahkan kat dia sejumlah duit. Masa kejadian kat MekDi tu pula, dia transform pulak jadik budak asrama dari rumah anak yatim piatu mintak derma kat atok gak. Mungkin dio tak perasan atok, tapi atok perasan dia. So, atok tak kasi pun derma tu sebab atok rasa macam budak ni mangsa sindiket. Haritu mak sakit, harini jadik anak yatim piatu pulak. Bimbo di situ.

Dan kebetulan, malam tadi atok pun terserempak dengan budak yang samo. Macam biasa, atok tak kasi pun duit even dia akan kasi penanda buku sebagai balasan. Sebab dalam pikiran atok maso tu, budak ni mangsa sindiket yang tak berhati perut. Lagi atok kasi derma, lagi naik tocang lah sindiket dia tu. Lebih-lebih lagi atok pernah terbaca kes ada sekolah pondok di PD satu masa lalu kerahkan pelajarnya jual barangan berbentuk buku-buku macam tu. Jualan mesti kena capai target. Kalau tak tercapai, tak boleh balik. Sakit ati bila kenangkan.

Sayu ja rasa hati tengok budak ni. Sebak. Tak tahu kenapo. Entah dah makan ke tidak budak tu. Lapar ke. Penat ke. Dari pagi bawak ke malam berjalan cari pelanggan. Air muka dia pun dah menggambarkan kepenatan dan seksa. Tapi atok nak buat macam mana. Atok pun bukannya berkemampuan nak kasi sedebuk harta kat dia. Kalau budak-budak melayu kita sebaya dia mungkin tengak seronok menonton citer Mr Bean kat tv3, mungkin tengah gelak-gelak dengan kengkawan kat kedai mamak, mungkin tengah corner baring atas katil layan pesbook, tapi dia??

Atok bukan nak berlagak malaikat kat sini. Even kalau mat rempit pun tersentuh kalau tengok budak ni berjalan dari satu meja ke meja yang lain semata-mata nak cari nafkah. Mungkin nafkah untuk kenyangkan tekak orang lain! Dah banyak kali atok baca di dada-dada akhbar selalunya budak-budak camni masa permedagangan atau mangsa manusia pemalas!
So, sebenarnya kita ni memang sangat beruntung di lahirkan seperti sekarang. Memang untung. Kalau kita fikirkan diri kita ni susah macam mana pun, seksa macam mana pun, ingat....ada orang yang lobih susah dari kita...lebih seksa hidup dari kita...atok pun rasa terkilan jugak tadi. Bukan terkilan sobab tak menderma, tapi terkilan sekurang-kurangnya atok boleh ajak budak tu duduk bersama dan belanja makan atau minum sekurang-kurangnya. 

Ekor mata atok terus memerhatikan budak tu yang meraih simpati dari satu meja ke meja. Semua orang memberikan isyarat tak mahu. Dia tak putus asa, terus berjalan melangkah penuh seksa. Dan akhirnya bayangnya hilang ditelan kegelapan malam...

24 ulasan:

Aien Not Alien berkata...

dari diberi duit...baik belanja budak tu makan....


kalau duit bukan dapat ke tangan budak tu pun.....kepala sindiket yang sapu...

ch000tz axoera berkata...

heekk...napo laki tu ghupo eyh camtu..??

chii berkata...

chii setuju ngan aien..better banjer dia makan,

kadng2 sakit ati..duit tu..bukan dorang dpt..tp pihak sindiket...grrr

tetiba teringt drama kasih alia time bulan puasa lepas

faiz berkata...

mmg sindiket2 camni polis kena cari...kesian bdak2 ni jadi mangsa..

Aziela berkata...

Kadang2 nak banjer makan, diorang tak mau sebab org sindiket tu tgh perhatikan diorang. Tu yang sakit hati. Akak lately nieh kalau ado yang mcm tu, den interview abis2. Dok kek mano, mano omak abah..sakit? Moh tepon ambulan. Yatim piatu? Meh call polis. Bokocapuih lari bilo akak capai tepon tu.

Mohamadazhan.com berkata...

salam atok

memang kesian kadang2 jumpa keadaan orang macam ni...mmg ada byk sindiket, tapi kita hulurkan sahaja, kalau dia menipu itu urusannya dgn tuhan. Urusan kita membantu sudah ditunaikan, moga mnjadi bekalan akhirat walaupun sedikit =)

Hanie_Dew berkata...

bercerabih tu apa tok?

tu la kesian tgk mereka mereka ni. tapi lagi kita kasi lagi la kaya dan gumbira sindiket tu. lg bukak peluang nak kidnap budak budak jd hamba diorang.

dill berkata...

ramai lagi yang jadi mangsa. sian bebudak ni

dill.

LadyBird berkata...

atok.. lain kali bglah makanan.. kesiannye kat die..

Hanie_Dew berkata...

atok nak doodle mintak kat blogger merahitujambu. nanti atok leh jadi jambu.

KuNanGKuNanG berkata...

kenapa la masih ada lg sendilit camni ye?xde ke pihak2 tertentu yg leh benteras benda ni.kesian kat budak2 tu.diorg xbersalah.teringat plak cerita tb3 KASIH ALIA.

umie mia berkata...

teringat cite kasih alia... umie pun kesian.. taktaulah ada dalang sebaliknye ataupun tidak.. umie skang ni kalo ada orang nadah tangan hulur je.. positifkan hati niat utk membantu..sekiranya dia menipu itu urusan dia dgn Allah... kalo umie fikirkan mungkin sendiket mmg x hulur kt diorang...

Suhami Ahmad berkata...

Aien Not Alien : Betul tu. Kenyang tekak sindiket tu

Suhami Ahmad berkata...

ch000tz axoera:Hey, itulah cikgu nasir

Suhami Ahmad berkata...

chii : Atok tak tengok citer kasih alia tu

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Kadang2 orang tuo pun ado. Kesian tengok

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Dah macam masuk kes edisi siasat tu kak Aziela. Berkecapuih deh larik

Suhami Ahmad berkata...

Mohamadazhan.com : Salam. Atok takut, nanti lagi kita hulur, lagi banyak orang cmni sobab sindiket tu anggap perniagaan ni menguntungkan. Silap2 sedar mara kito kono culik.

Suhami Ahmad berkata...

Hanie_Dew : Bercerabih tu bercerito + mengarut

Suhami Ahmad berkata...

dill : Kan. Tak terkecuali pompuan dan orang tua. Sian tengok

Suhami Ahmad berkata...

LadyBird : Itu yang atok ralat tu.

Suhami Ahmad berkata...

Hanie_Dew : Wah, bulih ke mintak? Hihi

Suhami Ahmad berkata...

KuNanGKuNanG : Itulah. Depa tak pantau. Kesian kan.

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : InsyaAllah. Thanks umie