Rabu, 2 November 2011

Memantopkan lagi kemahiran

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ponek tapi berbaloi. Ayat tu yo yang atok dapat gambarkan maso atok poie kursus asas fotografi sabtu ahad lopeh. Kursus anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor. Walaupun bobot mengadu sakit pinggang belakang sobab perjalanan merentasi 3 negeri amik maso sejam sehala selamo duo hari berturut-turut, tapi atok berjaya pujuk dio kasi rasuah minyak tank full. 




Kampung atok yang bulat tu (nismilan), merentasi melako kemudian baru masuk Johor. 3 negeri tu! Tu yang bobot mengeluh (walhal sempadan yo)
Kursus ni namo eh "Basic Photography 1-2 sharp and detail + cls and strobist". Amat sesuai untuk atok yang masih lagi lomah menguasai bab lighting. Alhamdulillah, bab paling basic triangle atok dah boleh kuasai rasonyo. Cumo bab lighting ni atok lomah sikit. Sobab tu kalau ado kastemer yang suruh shoot malam, atok jampi2 dulu kasik gambar menjadik. Banyak gambar shoot waktu malam jadi gambar avatar.

Hari pertamo, penceramah mendedahkan atok dan coursemate tentang apa itu lighting dan banyak buek teori and calculation bagai. Siap ado shoot model sebelah petang. Hari keduo, kami di bahagikan mengikut kumpulan. So, atok dapek kumpulan 4. Seramai 4 orang yang terduduk daripado atok sendiri, pak man, fahmi dan atiqah. Walaupun kumpulan kami nampak nerd, tapi jangan disangka sungai yang tenang takde biawak. 




Barisan kumpulan biawak...eh! kumpulan 4!!...
(guna split lighting)


Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengaplikasikan teori lighting dan detail yang dipelajari semalamnya. Gedebak gedebuk, akhirnya sesi penggambaran pun abeh. Makanya sesi penilaian ala-ala tak berapa nak Tyra Beng menilai peserta American Next  Top Model. Group atok pertaruhkan empat gambau ni + satu gambau kat atas tu berdasarkan tugasan yang diberi.


Ini model Atiqah menggunokan teknik cross lighting. Belakang terang, dopan light2. Hasilnya ado kawasan  smooth, overexpose, n dark. 
Yang ni model pak man, gunokan kaedah butterfly lighting. Apesal muka suma garang2 ek? Sebab kaedah lighting tu yang buat kan pakman nampak seperti pembunuh upahan.

Ini betul2 model Fida. Yang ni konsep modelling. Kami guno kaedah short lighting. Sebab tu model  dan panorama sajok timbul.

And lastly konsep produk. Yang ni kami guno kaedah product lighting.  Tu yang gambau timbul camtu.


Nak jugekkk. Hamekk!....Budak gedik ni pulak menggunakan konsep lighting "puaka niang rapik"


Selepas teruk dihantam oleh Penceramah dan dibatu apikan lagi oleh peserta lain, (huhu).....akhirnya kumpulan kami talah berjaya menggondol tompek pertamo!! Yehuuu....Kumpulan ompek superb lah. Syukur. Dapek lah hadiah dari pihak kolej komuniti. 


Ni atok nak share ngan korang, kalau takdo bondo nak buek sabtu ahad tu, apa kata kalau cu libatkan diri dengan aktiviti camni? Banyak kursus yang pihak kolej komuniti tawarkan, termasuklah bakeri, andaman, fotografi, masakan, jahitan dan macam-macam kemahiran lagi. Dari ko dok melepak kat Pavilion ke, Central Market ke jual muka yang ensem dan kiut tu (opss), baik ko p cari ilmu tambahkan kemahiran. Yuran pun berbaloi-baloi. Oklah, tataaaa   >_<


p/s : Meh singgah official website photography atok www.lensaabadi.blogspot.com dan kalau suka "like" fb fan page di www.facebook.com/dlensaabadi

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah atok gi kursus fotografi lg.. okla tu untuk tajamkan skill.. best kan kursus kolej komuniti? macam2 kursus ada..

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak join kursus kat kolej komuniti tu atok. tolong kasi tau. nak belajar jahit. nak save bajet jahit baju.

KuNanGKuNanG berkata...

wah atok..mesti dah teror pasni...a'ahkan semua nampak garang semacam je.sbb tu terus dapat tempat pertama.kalau x, maunye kene bunuh fasilitatr tu.hahaha

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Bagus tu tok dah berumur masih nak belajar lagi..nenek tak belajar sekali ko tuk??

dill berkata...

sile tangkap gamba saye!

atok! atok!

dill.

Unknown berkata...

owh..ada eh kursus2 camni..kena bayaran pape tak tok...chii minat ngan andaman...ngeee..nak lukih2 kat muka org..pehtu..tok bleh la klik2 dorang plak kan :D

faiz berkata...

pergi kursus camni free ke tok..org xde bakat mcm den ni bley tak..

Zul fattah berkata...

kat situ.. atok yg paling cun.. haha

Tanpa Nama berkata...

wah hebat ! tahniah utk tok skmpulan.

Unknown berkata...

umie mia : Betul3. Tapi jauh dari kampung atok. Kalau dekat, tiap2 minggu atok nak joint program diorang

Unknown berkata...

Hanie_Dew : Atok dapat tahu pun dari pesbok. Kawan atok yang tag. Musti kena selalu alert dengan kolej komuniti berhampiran. Nak senang, terus mintak no phone lecture incharge

Unknown berkata...

KuNanGKuNanG : Garang kan. Lobih2 laie Pak Man

Unknown berkata...

CT NoArIzAh ArIs : Dah coghai talak 8

Unknown berkata...

dill : Cepat cepat. Pose! Pose! >_<

Unknown berkata...

faiz : Yuran semurah doploh hengget. Yang takdo kemahiran pun boleh ado kemahiran kalau joint aktiviti nih

Unknown berkata...

Zul Fattah : Ye ke. Nanti print screen komen Zul, claim kat atok. Atok belanja roti canai

Unknown berkata...

Novelgurl : MOkasih NG

Unknown berkata...

chii : Yuran semurah doploh hengget ikut kursus. Andaman pun ado kalau tak silap atok. Cer refer kolej komuniti berhampiran

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih