Khamis, 17 November 2011

Kesibukan sudah melanda

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia Ecah. Dia dah mai dah. Sapa yang mai? Ni lah bulan Disember ni. Hujung tahun ni orang sibuk buat anak sobab musim ujan, atok pulak sibuk dengan kojo. Waaaa...nak nangih den. Bilo dikonang konangkan balik, nak yo hangkut kain baju balik kampung motong gotah. Gotah sekarang sekilo 8 hengget. Agak-agak dah 10 kilo, bungkus perkakas dah bulih balik rumah. Pastu bulih terkangkang baca surat khabar. Kan?

Sekarang ni hujung tahun. Ecah paham-pahamlah dengan bidang kerja atok sekarang ni. Banyak bondo nak kono report. Time hujung-hujung bulan tu boleh tahan lagi, ni bila dah masuk hujung tahun, tercabut suma bulu kaki. Suma report nak kena buat.

Kerja cabut bulu beruang. Pastu kena report bape helai bulu dapat tercabut sehari. Ko mampu?

Bila satu keja sampai, baru buat separuh dah sampai kerja yang lain. Pastu buat separuh lak kerja yang lain tu, kerja yang lain punya lain pulak sampai. Pastu buat separuh kerja yang lain punya lain tu separuh, kerja yang lain punya lain punya lain pulak sampai. Berulang sebanyak 8 kali. Hari-hari macam tu. Sobab tu atok dah ready dari awal-awal untuk sebarang kemungkinan.

Sejak bulan 10 aritu atok dah start kumpulkan dokumen-dokumen awal-awal. Sampaikan ada staf yang tanya atok, ibu pejabat dah bagi arahan suruh buat ke? Tak payah nak tunggu depa bagi arahan, atok tahu ibu pejabat ni suka push last minit. Tu yang atok get ready. Pun still tak dapat nak kejar gak.  Balik kojo mesti terlolap kat rumah. Pastu online kejap, update blog ngan main angeri bid terus tido balik. Lotih den hari-hari macam tu.
Kerja ngadap laptop, kat rumah ngadap laptop, main angeri bid ngadap laptop, TIDO  pun mimpi laptop!!


Tak pa aih. Bila atok kenangkan, ramai lagi orang kat luar sanun tak da kerja kan. Kerja cabut bulu beruang pun, beruanglah. Lagi-lagi hujung tahun ni ada durian runtuh mai, atok kembali bersemangat. Separuh gaji pun separuh la. Asalkan lepas bayar ansuran bobot ngan duit makan minum. Kan?

p/s : Masih pelik, ramai orang kat luar sana anggap kerja kerajaan best, goyang kaki sambil makan potato chip. Salah sangkaan Ecah tu. (ni atok akan ulaskan pasal ni lain kali k!) So, kesimpulannya, hargailah masa yang ada dengan sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara . Ok Ecah, see you. Papaiiii.

21 ulasan:

faiz berkata...

bila dah kerja camtula kehidupannya atok..balik kerja lotih terus rasa nak tido..

Diyana berkata...

setuju amik!!! separuh gaji pun lantak lah janji hado!

Unknown berkata...

aduhai,sampai cmtu skali ye tok..tdo pun termimpi2kan kerja..

sama la mcm chii..ni da start bz ngan keje..nak termuntah da dibuatnya

F Hzh berkata...

ayat x tahan bile last tuh,, ingat 5 perkara sebelum 5perkara.. hehehe. baguih la tok, bersemangat jugak den donga yo..

ORLANDO AHMAD berkata...

sedang bertungkus lumus dengan projek

Tanpa Nama berkata...

botul tu tok..ramai anggap keje kerajaan leh goyang kaki.. ujung tahun ni lagi la nak selesaikan semua pembayaran.. kemaskini semula semua baucar.. sat gi tetiba audit nak datang tak ke haru kalo ada kuiri.. tapi harap2 takdelah audit nak dtg huhuhuhuhu

LadyBird berkata...

atok.. xpo.. buek kojo baik2 yo.. selagi kito terdayo.. selagi kito diberi peluang kojo.. ado kojo kosong tak? :P

teacher bonda berkata...

betol tu tok!!TB sokong. mn da keje gomen tu goyang kaki je..tp kalo ada post goyang kaki bergaji, nk gak try keje tu..hehehhe
Paling TB geram time org2 kata cikgu2 keje setengah hari..pergh...setengah pengsan adala..hahahah

rozeeta rashid berkata...

penat pun sempat lagi main angry bird tu. haha.

Rtp Farra Arisha berkata...

atok!! bekerja yang rajin yah. you've to be more comitted to your works! :'D dan selamat beristirehat!

Unknown berkata...

faiz : Kan faiz. Kadang-kadang kito tak tersodar dah tertido

Unknown berkata...

Diyana : Sokor alhamdulillah kan.

Unknown berkata...

chii : Samo-samolah kito berjuang chii

Unknown berkata...

zoe : Chaiyok chaiyok zoe!

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Projek apakah itew

Unknown berkata...

umie mia : Atok pun ghisau gak kalau audit nak datang lagi ujung tahun ni. Orang sibuk kan.

Unknown berkata...

LadyBird : Kojo kosong kat tompek atok takdo. Tapi atok percayo, ramai tak nak masuk tompek bekojo atok

Unknown berkata...

teacher bonda : Mungkin diorang tak ponah raso kot. Atok teringin nak jadik cikgu

Unknown berkata...

rozeeta rashid : Hihi. Atok tak dapek laie kalahkan babi pakai helmet tu

Unknown berkata...

Rtp Farra Arisha : Hihi, mokasih Rtp Farra Arisha atas kato kato perangsang tu.

Unknown berkata...

Hehehe...office suka push last minute eyh? nak buat macamna, kebanyakan mentaliti masyarakat mmg mcm tu huhuhuhu.....so Atok boleh pelan2 cuba ubah huhuhuhu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih