Rabu, 12 Oktober 2011

Tempat-tempat menarik di Pulau Pinang Part 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Lepas ja singgah sebentar di Masjid Terapung Penang, kito terus an perjalanan kito yang selanjutnya iaitu Toy Museum yang terlotak di Tanjung Bungah. Namanya dah pun menggambarkan koleksi-koleksi kartun sejak zaman kito kanak-kanak lagi. Kalau nak tahu Toy Museum ni telah menyimpan lebih 100000 koleksi di dalamnya. Bayaran masuk untuk wargo negaro sebanyak soploh hengget bagi dewaso dan kanak-kanak 8 hengget.


Macam biasa, masing-masing pose cantik dulu depan Toy Museum

Muzium ini tolah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan tergodang di Malaysia. Lobih membanggokan, muzium ini adolah yang pertamo dan tergodang di Asia. Muzium yang dibuka 7 hari seminggu dari jam 9 pagi sampai mato tokey terlolap 9 malam ini diilhamkan oleh pemiliknyo, Loh Lean Cheng yang mendapat ilham selopeh melawat muzium mainan dan model di London. Ok, mari kita tinjau apa di dalam...

Upssss...ini bukan toys...no no no!.....*jari telunjuk goyang-goyang


Ini team dragon ball. Haku penah gila fanatik ngan citer ni satu masa lalu

bersama Lilo n Stich yang comel.....ker menyeramkan?

Superman, Batman, Pokemon, Barbie, Terminator, Alien, Predator, Zombie, star wars, peterporn peterpan, pinichio,  dan lain-lain lagi. Selopeh yo kami berkubang lebih kurang 30 minit kat situ, kami terus bergorak ke Bukit Bendera. Yehuuu!

Eh kenapa ada sign board motor pangkah?
Sebut pasal motor pangkah, kami memang hangin tul ngan ada sorang apek cina ni. Kalau korang p sana baik hati-hati. Kat area dopan rumah kondo (ke flat?) depan berhampiran dengan bukit bendera tu ado kawasan parking. Nantikan kalau nasib kau malang, ado mamat cino ni beriyo adjust tempat parking ko. Naik motor. Pastu dio mintak kat kau 3 hengget. Rasa macam nak kasi side step ja kat pinggul dia bila atok pikirkan balik. Pemaleh tul nak cari duit, senang2 ja mintak kat orang. Kalau 1 keto 3 hengget, 18 keto dah bapo?....Ok2, x mau hangin2, kita teruskan xpdc kita....

Sedikit info berkaitan Bukit Bendero. Bukit Bendero ni terletak pada ketinggian 833m dan 5 celcius lebih sejuk dari paras laut. 6km dari pusat bandar Georgetown dan boleh didaki dengan keretapi bukit tu. Nak masuk kena bayar rm4 sehala. So, kalau naik n turun kenalah bayar rm8 bagi dewasa. Melainkan kau berhajat nak terus tinggal atas tu, bayar rm4 sajok.
Chief Kak Za (baju pink) dan The Crews bersiap sedia untuk baik ke atas. Kelihatan Zaki sedang menguap. Abang arab jeling aku dengan tajam takut aku shoot gambau bini dia.



Sedang menuju puncak. Ada gak yang terpaksa ke puncak sebab nebes. Macam roller coster pun ado gak kadang2 rasa naik menatang ni


Walaupun jantung dah tertinggal kat bawah tadi, tapi bila dan naik atas memang berbaloi baloi. Raso macam kat obersea!




Macam biasa...Nak jugak!!...Eh, suka ati aku la...... (tiber)


Ni muka ceria + nebes...cuba ko tengok akak nampak kaki kat sebelah kanan tu...dia meliuk ke belakang takut muka interframe
Memang wajib kau p Penang naik Bukit Bendera ni. Dalam banyak-banyak lokasi menarik, sinilah paling menarik. Lepas ja pergi lawat Bukit Bendera ni, kami terus ke rumah P.Ramlee, kemudian check in kat B-Suite, makan char kuey teow dan lastly pada hari tu kami berjalan sakan di Night Market Batu Feringgi. Itu suma atok rangkumkan dalam part 6 nanti. Oklah, dah pukul 4 pagi. Esok atok sambung pulak part 6 yo sampai kau muntah nak baca. Chowwww bebeh.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow bestnya part pegi toy museum tu. aku jarang pi muzium tp kalau muzium cenggini suke la kot. ok. masuk dlm list. tak sabar nak tgu bulan doblas nak pi sana jugak.

atok, atok janan tepengaruh ngan mende mlm ni. bahya tok.

fauziahahmad berkata...

anda telah di tag dalam segmen ini....
http://ramaramapunyecerita.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-join-bloglist-lighta.html

Tanpa Nama berkata...

journal ke penang ..hahaaa..best2.

Aziela berkata...

terbaekkk la tok. jgn lupa citer pasal kesedapan dan tidak sedapnya kuay tiaw ekk..

Unknown berkata...

Atok! serious...saya dah tak sabar nak balik rumah ni uhuhuhu....

Penang sangat best! Ska night life kat sana hehehehe...

nasi kandar sedap...

teacher bonda berkata...

kalo atok dpt naik cable car yg dulu punye, lg best & mencabar!!!:)

Jue berkata...

peterporn? LOL!! pndi je la tuka haha

Unknown berkata...

Hanie_Dew : Cuma atok nak remind, toys museum tu kecik je..pusing2 dah

Unknown berkata...

fauziahahmad : Segmen apakah iteww

Unknown berkata...

Novelgurl : Atok sekadar berkongsi pengalaman =)

Unknown berkata...

Aziela : Char Kuey Teow Penang memang terbaekk

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Alaaa, atok tak sempat menjamah nasik kandaq

Unknown berkata...

teacher bonda : Slow je kan cabel car yang dulu

Unknown berkata...

Jue : Upss

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih