Khamis, 13 Oktober 2011

Tempat-tempat menarik di Pulau Pinang Part 6

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kita sambung lagi percutian di Penang. Jangan muntah hijo dulu. Banyak bersabau. Ini entry kedua last. Pasni mesti kau rindu atok nak berceloteh pasal rombongan cik kiah ni lagi. Baiklah, sejurus selepas turun dari Bukit Bendera, kami terus bergegas ke destinasi seterusnya iaitu rumah P. Ramlee. Puas juga atok n geng penggembaraan berpusing-pusing sebelum sampai ke destinasi tu.

Rumah kelahiran P.Ramlee yang terletak di no 4A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran beliau. Rumah di dibino pado tahun 1926. Rumah ni telah dibaiki semulo bersama-sama bapa saudaranya Rejab bin Husin.

Menjadi kewajiban untuk pose maut dulu..
Kat area situ ado duo kawasan. Muzium P Ramlee yang mengumpulkan gambar2 dan koleksi beliau. Dan juga rumah kelahiran arwah. Yang pose tu kat rumah kelahiran asal beliau. Maso kami menjijakkan kaki ke rumah tu, ado seorang pak cik tua ni. Dia mengenalkan dirinya sebagai Y Ramlee. Sepupu kepado mak P Ramlee.

Yang tengah-tengah tu lah Y Ramlee
Kalau kau tiba kat sana, dia akan mula bercerita pasal kisah P Ramlee maso mudo-mudo. Kalau bernasib baik, Y Ramlee ni akan melakonkan semula watak dalam cerita anakku Sazali. Dia punya dialog 100% tepat. Siap ado nyanyi lagu latar sekali. Mendayu-dayu. Non stop bercerita. Nasib baik time atok sampai tu, rumah ni dah nak tutup pasai dah pukul 5. Jika sudi, lepas yo dio bercerito tu, kau sedekahkan lah sedikit sumbangan.

Ini bilik kat rumah P Ramlee
Lepas yo merayau-rayau kat dalam tu, kami pun terus check in kat B-Suite dalam pukul 6 lebih. Studio Room hanya rm90 semalaman. Berbaloi sebab biliknya godang. Kami berkongsi lelaki 5 orang. Pun banyak ruang lagi siap boleh bergimnastik dalam tu. 

Pandangan dari B-Suite bilik 1716...oppss
Kami berehat sebentar bersama kit kat dalam sejam dua sebelum meneruskan xpdc selanjutnya iaitu........memamam char kuey teow. Ada sebuah kedai ni yang sedap. Tapi kami terpakso melintasi Jambatan Pulau Pinang untuk ke tanah besar.



Merentasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu 13.5km
 Kat Tanah besar tu ada sebuah kedai char kuey teow yang amat sedap sekali. Ramai jugak customer yang datang malam tu. Nasib baik ado table kosong untuk 8 orang. Nama tempat tu Char Kuey Teow Is Bukit Mertajam kot. Memang sodap menjilat jari macam iklan kehepsi!

Sebolum

Selopeh
Itu dah cukup menggambarkan kesedapan char kuey teow tersebut. Wajib cuba! Harganya cumo RM4.50 sepinggan godang. Destinasi terakhir sekali pado malam tersebut adalah Batu Feringgi Night Market. Macam-macam ado jual kat situ. Baju, aksesori wanita, cenderamata, balm buah pala, jeruk, lampu tido, perhiasan rumah, angry bird dan macam-macam ado.

Ini barang perhiasan

Takdop sapa nak belikan atok angry bird   =(
Ok, itu sajok review atok pada pagi yang hening nak pukul 2 pagi ni. Esok final episod tempat menarik Pulau Pinang. Esok kita tinjau pulak Rumah Peranakan Mansion dan Jeruk Pak Ali. Tatataaaaaaaaaaaaaaaaaa......


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedap ke lapar..hahaa..

Salwa berkata...

Makan nasi kandar Penang. Sodap!

F Hzh berkata...

best ni, jalan2 ajo kojenye.. hahaha. tapi pegi penang memang tempat carik makan jer..

Jue berkata...

nc kandar!!hoho eh sepupu mak P Ramlee..mesti byk dia cito kan
best pulok bc entry ko ni..jejln kemain
bila la aku free neh

Zul fattah berkata...

fulamak atok.. banyak jugak eh, tempat atok p jalan2.. bila nk mai perlis ni?

Rtp Farra Arisha berkata...

atokkk. i wanna go there too when i come back to malaysia :( sudah lama agaknya tidak berkunjung kesana. penang gets so many historical palces selain dari makanan2nya yg sedap ;)

Tanpa Nama berkata...

waahhhh bestnye atok jenjalan kat rumah p.ramlee. aku rasa mcm betul betul dlm cite upin ipin geng pengembaraan.night market ni kat tanah besar ke.

Unknown berkata...

eh, nak poie penang gak lah..teruja tgk gambr byk2 ni :-)

LadyBird berkata...

bile tgk bilik tidur p ramlee.. rs terus nak tertidur..

Unknown berkata...

Novelgurl : Lapar +_+

Unknown berkata...

Salwa : Alaaa...atok tak sompek makan nasik kandaq

Unknown berkata...

zoe : kAN. tapi malangnyo atok sompek makan char kuey toew sajok

Unknown berkata...

Jue : Iyo...menurut eh memang sepupu mak P Ramlee. Kok dio tipu den, makno eh nipu la den kat ko

Unknown berkata...

Zul Fattah : Nak poie! nak!...bilo zul free??

Unknown berkata...

Rtp Farra Arisha : Mai singgah sini Rtp Farra Arisha . Makanan memang best2. Buliding memang bersejarah

Unknown berkata...

Hanie_Dew : haaa, night market dia besar gile...silap aribulan kaki ko boleh tercabut

Unknown berkata...

paish : Moh moh moh...hihi

Unknown berkata...

LadyBird : Haishhh

PelikBinAjaib berkata...

Banyak lagi tempat menarik di Pulau Pinang yang belum saya pergi.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih