Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tu dia. Dari jauh aku dah nampak orang tepuk tangan. Siap senyum kambing lagi sobab seksaan menmbaco trip ke Penang dah nak habeh. Selama hampir 2 minggu akhirnya nak habeh gak orang tua ni bercerabih. Kan? Kan? Sampai ati ko buat atok cenggini.
Worait bebeh. Kita teruskan perjalanan kita pada hari yang terakhir iaitu singgah di Penang Peranakan Mansion. Kediaman yang dinamakan Rumah Peranakan sebelum ini pernah didiami oleh seorang pelombong dari Hakka iaitu Kapitan Cina Chung Keng Kwee. Beliau jugak dikonali sebagai ketua kongsi Hai San pado kurun ke 19.
|
Ini shoot picture menggunakan kaedah pantulan cermin. Kau mampoo? |
Rumah yang dibina sekitar tahun 1890-an bercirikan budaya Cina ini juga diselitkan dengan warisan Baba dan Nyonya selain mempunyai jubin Inggeris, seni bina Scottish dan seni ukir kayu Cina yang menarik. Rumah yang mempunyai bilik tidur yang dihiasi mewah ini turut memuatkan lobih 1000 jenis barangan antik dari negara China dan England.
|
Bersama famili bahagia berlatar belakangkan gambau nenek moyang |
Bayaran masuk dewaso sepoloh hengget. Kanak-kanak bawah 12 tahun percumo.Dibuko pado setiap hari Isnin sehinggo Jumaat pado jam 9.30am to 5 pm. Jugak hari sabtu pado 9.30am to 3pm. Hari ahad dan coti umum totop.
|
Anak-anak dara peranakan. Suma masih anak dara |
|
Anak-anak teruna peranakan. errr.....yang belakang tu tak convert lagik |
|
Buat muka nak mintak pelempang |
Kami menghabiskan masa hampir 2 jam kat rumah ni. Banyak tompek-tompek menarik yang boleh di shoot. Mana yang kaki shoot tu, wajibulghunnah p tempat ni.
|
Pose cantik |
Selopeh sajok kami melawat Penang Peranakan Mansion, kami terus bergerak ke Kedai Jeruk Pak Ali. Todapek pelbagai jeruk yang dijual, antaronya adolah mempelam, kelubi, cermai, pala, rokam dan buah salak yang mudah terdapek di kawasan Penang. Atok cumo memperuntukan RM25 sajok untuk boli jeruk tu sobab beg dah ponuh.Gambau takdo sobab masing2 leko mensoping.
Dan akhir sekali, kami pun terus memulangkan kereto sewo di perkarangan Airport Bayan Lepas. Tapi sebolum tu makan tengah hari dulu kat tepi jalan. Makan nasi campuq ja pasai nak kejar waktu. Kat airpot tu, lepas ja buat sport check bagai, terus masuk ke ruang menunggu. Masa kat ruang menunggu tulah pelbagai bahana yang terjadi. Kami sampai pukul 1 cmtu. Flight pukui tiga.
|
Menunggu dengan penuh kesabaran |
Bosan punya pasal, sebab fligt lagi 2 jam, kami pun buat aktiviti nakal menshoot gambau orang lalu lalang kat ruang menunggu.
|
Mangso pertamo Mizz Nuna |
|
Omaigot...terjumpa sorang member K-Pop...tapi dia laju menonong pergi....Oh abang K-Pop....errk! |
Syok dan tak hingat dunia punya pasai bershooting, akhirnya ada satu pengumuman penggilan terakhir dari flight KUL****. Masing-masing tergamam. Chief Kak Za merangkap ketua platun dengan penuh dedikasinya terus pergi ke balai pelepasan dan bertanya sesuatu pada pramugari bertugas. Yesza, flight kami dah nak berlepas! Terus masing-masing capai beg berlari-lari manja ke kapa teghobang.
|
Berada di atas awang-awangan. |
Akhirnya kami pun sampai ke LCCT dalam pukul 4. Terus naik bas ke Nilai. Dari Nilai naik komuter ke Seromban. Dan sampai ke Seromban dalam nak maghrib. Sesungguhnya percutian backpack team lone ranger bertemakan pengangkutan awam ini telah berjaya mencapai objektifnya. Syiok sehingga menjilat jari macam iklan kehepsi!
|
Di stesen komuter Nilai menunggu nak ke Somban. Masing-masing tergolak menceritakan pengalaman trip ke Penang. Uncle yang rambut putih tu bukan Colonel Sanders ye. Awas!! |
Akhirnya, episod trip ke Penang pun dah habis. Esoknya p kerja dengan menyeret kaki sajok sebab masih kecapekan. Tu dia. InsyaAllah next trip Melakau bertemakan percutian bajet! Tungguuuuuuu
8 ulasan:
Alaaa...dah abiss..... Syoklaaa entry jenjalan cam nie...
larat ye atok jejalan di penang...hehe
adoai.....syioknya atok!!!!
TB mmg rindukan Penang!!!jelesz tgh atok jenjalan..
akhirnya..habissss..penuh list aku nak pi nanti.makaseh atokkk...
Aziela : Da abes dah...huhu
Mawarni : Hihi...kalo ramai2 yang p memang seronok
teacher bonda : Haa nanti coti sekolah nanti, tb pegi la...
Hanie_Dew : Suka la an. Dah habeh...hik hik
Catat Ulasan