Selasa, 11 Oktober 2011

Jangan Hancurkan Impian Mereka

Aku memakirkan Adam Hitam di depan kedai gambar milik nyonya cina di Rasah. Perkataan "gambar passport - 12 keping RM5.00" menarik minatku untuk bertanya tentang harga cuci gambar saiz yang lain. Aku mesti kena selalu membuat tinjauan. Harga mestilah berbaloi. Aku terus menonong masuk ke kedai.

Nyonya cina sedang sibuk mengedit gambar dalam komputer. Aku berdiri di depannya. Dia mengalihkan pandangannya padaku setelah kira-kira 10 saat aku berdiri terpacak. Kemudian tersenyum menyapa.

"Mau apa dik?,"tanyanya menyimpul senyuman lagi.
"Nak tanya, kalau cuci gambar saiz 4R kat sini berapa keping? 8R? Saya freelance photographer,"kataku untuk melihat tinjauan harga. Nyonya membalas pertanyaanku. Aku mengangguk berpuas hati. Kemudian tanpa membuang masa terus menghulurkan pendrive yang berisi kandungan pertunangan Liza Ghalin tempoh hari.

Setelah mengambil salinan dari pendrive tersebut, aku terus membuat pembayaran. Kata nyonya itu, malam ni pukul 8.30 malam sudah boleh ambil. Aku menggeleng kepala tak setuju.

"Tak mau! Esok tengah hari saya amik ya!,"kataku tersengih-sengih membalas kata-katanya. Malas aku nak ulang-alik Senawang-Rasah malam ni. Aku terus menonong keluar dari kedai. Belum sempat melangkah keluar, sepasang suami isteri masuk pula ke kedai itu. Mereka lingkungan lewat 30 an. Berpakaian biasa. Dan nampak seakan orang susah. Aku tertarik dengan pasangan tersebut. Bukan tertarik nak mengorat ya! Kau jangan main gila! Aku melambat-lambatkan langkahku untuk keluar dari kedai.

"Nyonya! nyonya! Saya mau cuci gambar anak saya ni. Mau letak frame! Boleh tak?!,"kata si ibu agak teruja. Aku memasang telinga. Terus berpusing balik masuk ke kedai. Berlakon meninjau gambar-gambar potrait yang tergantung di kedai. Padahal mataku mencuri melihat gambar yang ditunjukkan oleh kakak tersebut.

"Bulih bulih! Tada hal ma,"balas nyonya. Aku terus mengerling pada gambar yang dipegang oleh kakak tu. Gambar seorang budak kecil lengkap berpakaian jubah memegang segulung sijil. Mungkin anak kakak ni baru lepas graduation tadika. Si ibu terus memberikan gambar bersaiz 4R itu untuk dicuci kepada saiz 8R.

"Bikin cantik-cantik nyonya. Itu gambar sudah kelemot!,"balas si kakak. Suaminya pulak sibuk memilih frame gambar untuk anak kesayangannya.

"Berapa semua?,"kata si ibu.
"Termasuk frame suma total rm25!,"balas nonya. Kakak tadi terdiam. Dia agak keberatan mengeluarkan duit dari dompetnya setelah mendengar harga yang dilontarkan oleh si nyonya tadi. Mereka berpandangan suami isteri.

"Malam ni boleh ambil,"maklum si nyonya. Pasangan suami isteri tadi terus menonong keluar kedai dan meneruskan perjalanannya menaiki motor. Mata aku liar memerhatikan mereka sehingga hilang jauh dari pandangan. Tersentuh hati aku sekejap. Kalaulah si anak melihat situasi yang berlaku itu, aku yakin mesti si anak akan belajar bersungguh-sungguh supaya impian mak ayahnya yang menggunung itu tidak hancur.

p/s : Sedih melihat adik-adik kita sekarang yang terlayan dengan gejala negatif seperti menghisap rokok, melepak, seks bebas dan pergaulan bebas. Bangkitlah dik, tahu tak kau, mak dan ayah kau sangat berharap kau akan menjadi anak yang berguna satu hari nanti.

12 ulasan:

Aziela berkata...

Aduuhh...kenapa rasa peritnyaaa hatiku ini...

Hanie_Dew berkata...

gamabr konvo aku, aku bubuh dalam frame besaaaaar punya aku bagi mak ayah aku. senyum hari hari diorg kata. alhamdulillah dpt menggembirakan mereka setiap hari walaupun aku jauh.

Hanie_Dew berkata...

eh atok! atok dah balik dr becuti ke.

faiz berkata...

tula...impian ibubapa mmg besar..

blog-tips-kurus berkata...

tersentuh..

Novelgurl berkata...

tersntuh part nasiht last tu..tapi y part cite ibu bapa tu bdk 2..x phm sngt..
> <"

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Suhami Ahmad berkata...

Hanie_Dew : Kelllassss ko Jah

Suhami Ahmad berkata...

Hanie_Dew : Atok cuti kejap je..ni dah balik dah

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Sebesar harapan

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Kalau si anak terlihat, kompem dia blaja betul2

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : Nak nak budak tadika...dia tahu suka je