Isnin, 5 September 2011

Iklan Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Atok kembali bersiaran setelah hampir seminggu malas nak menghapdet. Komen2 pun tak berbalas lagi. Kompem ramai cucu aku cabut lari baca blog ni pasni kan. Sah sah aku punya rating jatuh tergolek kan. Pastu mulalah nak post macam-macam. Malas nak berblogging lah. Takdo maso lah. Kering idea lah. Pipi tembam melantak kuih raya sampai malam lah. Kan. Itulah peel ko kan tok. Aku dah paham!




Apa kau merepek ni?


Ok, itu mukadimah je. Belum masuk isi kandungan lagi. Banyak yang atok nak bebel kali ni. Minggu ni dengan suka citanya atok nak umumkan bahawa hanya entry "Diari Atok" sajo yang ke udara sajok, bleh?. Tok Wan, Kak Milah, Auntie Memey suma tu p main jauh-jauh.

Raya tahun ni kau agak2 meriah tak? Bagi atok memang meriah tahap ikan piranha lah. Mano tak eh, rayo kito tahun ni bertembung la pulak dengan hari kemerdekaan. Tapi perasan tak. Ado tak kek radio tu putarkan lagu bertemakan merdeka? Ado? Ado tak kau pasang keto kau bendera Malaysia? Ado?  *jap atok nak tengok bumbung bobot jap, ado tak bendero Malaysio.......ok dah tengok....xdo!....samolah...duo kali limo...+_+




Aku betul2 tak paham, apa yang ko nak sampaikan ni tok...


Iklan pasal merdeka pun takdo an. Asyik iklan pasal rayo yo. Ado tu pulak iklan tu, mulo-mulo jalan penceritaan dah sodih. Atok siap nak nangis ni stand by tisu. Pehtu ujung eh pulak "tunaikan tanggungjawab, bayarlah ptptn". Automatik air mato tu naik ke dateh balik. Tak jadik nangis. Ado tu pulak iklan adik lelaki eh omak eh kasi kat orang lain kasi bolo. Dah bosa tu, si kakak cari si adik. Pastu jumpa. Mak pun suka. Motep? Bagi atok more to jejak kasih. Xdo nilai keharirayaan langsung. Pssstt...pendapat atok la yo. Ikhlas ni tegur.

Tibo-tibo atok rindu kat arwah Yasmin Ahmad. Bagi atok cumo dio jo yang mampu hasilkan iklan raya atau merdeka yang menyentuh perasaan. Atok dapat rasokan dari lubuk hati. Terkesan sampai ke jiwo paling dalam. Itulah hasilnya orang yang ikhlas membuat sesuatu perkaro. Ramai yang selalu kutuk karyanya. Tapi kita tak tahu, apa mesej yang ingin disampaikan disebaliknya. 

Kesimpulannya, kita cumo nampak kuman kat seberang sungai sana, mak gajah depan mata tak nampak. Bila sesuatu tu dah takda lagi kat dunia ni, barulah kito rasa kehilangan an. Macam tulah norma kita sebagai manusio....

8 ulasan:

ORLANDO AHMAD berkata...

ghayo den meriah tok, baju jo dh onam blas pasang...

iKhRam berkata...

suka jugak iklan ptptn tue.. pandai wan maimunah berlakon.. huhuhu

blog-tips-kurus berkata...

Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. :-)

faiz berkata...

iklan raya mmg best tgk..tapi ending eiyh menyakitkan hati..

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Alahai..kelas kau maria!

Unknown berkata...

iKhRam : Sampai meleleh hingus

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Selamat hari raya maaf zahir n batin =)

Unknown berkata...

faiz : Tahu xpo...naik balik air mato ke atas

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih