Khamis, 11 Ogos 2011

Asal-Usul Kuih Mendapat Nama

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tu dia. Atok dah jadi pakar pemakanan sudeh. Nak-nak bolan puasa yang menjual pelbagai spesis kuih. La ni atok nak habaq kat korang suma macam mana 5 jenis kuih-muih ini mendapat nama. Mana yang tak berkenan tu, boleh siap-siap pangkah no almaklumlah kot terliuq tengok ilustrasi di bawah. Mana yang ado sifat seperti Detectif Conan yang ingin tahu tu, silalah tunggu dan baca sat. Tunggu apa lagi cu? Zassss!


Kuih Pelita
Di sebuah kampung ni terkenal dengan tradisi memasang pelita menjelang bulan ramadan. Setiap rumah pasang 18 buah pelita (paling minimum sebagai syarat untuk masuk pertandingan raja pelita tu). Masing-masing berebut nak digelar pemilik pelita paling banyak. Duit habis beli pelita dengan minyak tanah. Bila dah raya tu, duit dah takdak. Kuih raya pun tak tempah lagi. So, depa p hamek pelita depan umah tu terus buat kuih.




Kuih Ketayap
Alkisah dahulu kala, ada seorang remaja yang suka makan inti kelapa. Kalau nak p surau ja, mesti p meratah inti kelapa dulu. Kawan-kawan dia kat sutau dok pelik lihat peel sahabatnya yang sorang ni. Satu hari tu, dia nak suruh kat kawan-kawan dia kat surau tu rasa sebab dah lama depa teringin nak makan inti kelapa jugak. Memandangkan mak budak tu tak simpan plastik kat rumah sempena menghormati kempen no plastic on saturday, budak ni pun terus amik ketayap dia p bungkus inti kelapa tu. Terus jadi kuih ketayap.




Kuih Lopez
Seorang warga asing antarabangsa ni telah singgah ke sebuah kampung di selatan tanah air. Sebenarnya dia nak bercuti mencari ketenangan sebab bantai sibuk 24/7 sebagai artis. So, dia pun tekad nak menjalani kehidupan di kampung di sebuah homestay. Nak dijadikan cerita, artis ni suka sangat dengan kuih ni. Pastu dia bayaq auntie yang merekacipta kuih ni supaya nak rebrand kuih tu meletakkan nama kuih tu sempena namanya. Akhirnya Jennifer Lopez pun dapat merealisasikan impiannya.




Kuih Puteri Mandi
Nama kuih yang ni pulak dapat semasa zaman jepun dulu. Al-kisahnya seorang budak lelaki ni nak menjual kuih buatan emaknya di sebuah pekan. Untuk lalu di pekan tu, dia terpaksa melintas di sebatang sungai yang banyak buaya buas. Masa melintas tu, dia terskodeng puteri tengah mandi. Dalam kepala hotak dia asyik teringat je adengan puteri tu mandi. Sehinggalah dia tiba ke pekan. Dah tiba ke pekan dia hilang ingatan sementara. Bila pelanggan nak cuba beli kuihnya dan tanya kuih apa. Dia koba kuih puteri mandi.







Kuih badak berendam
Ok2 fine! Baik aku tutup laptop sekarang sebelum aku merepek lebih kronik...sekian!

23 ulasan:

umie mia berkata...

wahhhh semua kuih tradisional..best semua...semalam dapat makan kuih ketayap hihihi hari ni nak minta mak buat kuih puteri mandi plak ^_^

liyana berkata...

kuih2 la plak bln2 puase ni..hehe

paish berkata...

elok yo atok tutup laptop tu..agak eh x jd saya mkn badak berendam lopeh dgr asal-usul eh..kih3

sahromnasrudin berkata...

kuih puteri mandi tue dia mandi kat sg rahang ke?? heheheheee

RATU QASEH SAIFUDIN berkata...

haha..pakar..memang pakar..logik jgak explaination atok on kueh ketayap tu..haha..=) <3

blog-tips-kurus berkata...

orang Melayu suka badak:
badak berendam & cucur badak.. :-)

KuNanGKuNanG berkata...

bijak la atok ni...he3

teacher bonda berkata...

badak berendam please atok...hehehehhe

wanacesh berkata...

atuk kuih badak berendam singgit! eh singgit ker hargenya,,hihi

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : Haah kan. atok pun lamo x dapat makan kuih katayap

Suhami Ahmad berkata...

liyana : Haa...atok cakap kalau x suka, pangkah.... >_<

Suhami Ahmad berkata...

paish : Hihi..... :P

Suhami Ahmad berkata...

sahromnasrudin : Kat sungai rajang...erk

Suhami Ahmad berkata...

RATU QASEH SAIFUDIN : +_+

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Sebab tu orang melayu banyak badan macam badak.

Suhami Ahmad berkata...

KuNanGKuNanG : Janganlah cakap camtu. Malu atok

Suhami Ahmad berkata...

teacher bonda ; Nanti atok suruh badak belaan atok berendam ek

Suhami Ahmad berkata...

wanacesh : Selonggok pun 2 hengget nak...

dill berkata...

Allah...macam2...hahaha!

dill.

~SaL IjOu~ berkata...

hahaha..atok..atok, ada2 aje ideanya~ =p

Suhami Ahmad berkata...

dill : Hihi

Suhami Ahmad berkata...

~SaL IjOu~ : Bluekk :P

Planet Kuih kita berkata...

minta kongsi di planetkuihkita.blogspot.com

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih