Tok Wan |
Assalammualaikum Tok Wan. Saya Huzairi bin Abu Latep dari Pasir Puteh Kelate. Saya ada satu pertanyaan pada Tok Wan. Bagaimanakah caranya untuk kita menghilangkan kemaluan? Harap Tok Wan dapat membantu cucu yang pemalu ini. Terima kasih.
Waalaikumussalam Huzairi. Tu dia. Tajuk kau ni macam nak bagi uwan diserang kentut berdarah. Ada dua maksud di situ. Hilangkan kemaluan ataupun hilangkan sifat kemaluan. Kalau kau nak hilangkan kemaluan, kau boleh convert kat Thailand nun. Tapi uwan percaya, maksud kau macam mana nak hilangkan sifat malu, betul tak cu? Ok, berikut merupakan cadangan dari uwan.
1. Tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus perlahan. Ini nak kasi degupan jantung kita tu berasa lebih tenang. Then, uwan percaya sheikh kau akan datang lepas tu. Sifat malu terus lesap. Silap-silap orang lain pulak malu nak bercakap dengan kau sebab kau terlebih personaliti a.k.a gedik. Kadang-kadang kita malu tak bertempat ni sebab kita terlalu rasa gemuruh. So, uwan rasa cuba kau tenangkan diri kau tu dulu.
2. Cuba bayangkan orang yang berhadapan dengan kita tu kenalan rapat kita. Uwan selalu amalkan tips ni. Kadang-kadang kita selalu jumpa orang ramai buat kali pertama kan. Memanglah malu. Apa yang uwan buat adalah, uwan akan cuba kenalpasti mimik wajah orang tu seiras sapa yang pernah kenal. Contohnya, uwan bayangkan wajahnya ada iras bekas anak ikan kawan uwan, so uwan terus anggap yang uwan sedang berhadapan dengan kawan uwan. Rasa malu tu dah kuranglah kan. Ko paham tak ni?
3. Kau banyak mendengar dari bercakap. Orang malu ni kadang-kadang kalau buka mulut bercakap, buruk jugak rupanya. So, untuk mengelakkan muka kau nampak buruk bila bercakap, wan cadangkan kau banyak mendengar apa yang orang tu perkatakan. Jadi pendengar yang setia. Bijak pandai ada mengatakan, diam-diam ubi berisi, banyak bercakap ibarat tin kosong, bising lebey, isi tak dak. So, baik kau jadi ubi dari jadi tin kosong. Tak de sebab lagi kau nak rasa malu just untuk mendengar.
4. Bersembang isu semasa. Uwan percaya kalau dah malu tu, sepatah tanya sepatah jawab. Sampai kadang-kadang aku nak patah-patahkan je tulang-belulang orang yang jawab sepatah tu. Kalau dah terlampau malu, cubalah bawak berbual isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Contohnya tentang isu pelarasan gaji 30% ke. Isu keseragaman elaun cola ke. Opps
5. Jadilah diri sendiri. Dah kalau mak ko lahir-lahir kan ko, memang ko ni jenis tak banyak cakap dan pemalu, so tak boleh buat apa dah. Itulah sifat yang Tuhan ciptakan untuk ko. Kita diciptakan berbeza. Pemalu tu sebenarnya perlu. Malu untuk melakukan maksiat. Malu untuk berpimpinan tangan dengan bukan muhrim. Malu duduk rapat-rapat. Malu tu perisai iman. Jadi, berbanggalah dengan diri kita seadanya.
Sekian, uwan berundur diri...
14 ulasan:
cool lah tips ni! hehe
jap lari dari topik jap...keseragaman elaun cola???? macam menarik... ada ke? huhuhuhuhu
pelik btol tajuknye atok..kalau tip menghilangkan memalukan diri sendiri camner atok..heheh
haha..nice2
pndai atok
lagi satu..selalu baca belog org lain.. ia akan memotivasikan diri kita :-)
hahai..boleh tahan juga tips atok nie..
tok, ai sangat pemalu ni. ai malu nak karoke sebab nanti Dato' CT kecik ati dengar ai nyanyi yg sedap amat..! (",)
amir aizat : Cool ke? hihi
umie mia : Psttt...atok dengar cita lah...hihi
faiz : Haaa...tunggu next episod...hoho
liyana : Heppp...tips uwan la... +_+
sahromnasrudin : Ye betul2...atok stuju...banyak tips ada kan
Amy Syaquena : Mekasih Amy Syaquena. Maluuu atok. Hihi
blog-tips-kurus : Atok kehilangan kata-kata....
Catat Ulasan