Selasa, 12 Julai 2011

Telur Di Hujung Tanduk

Maksud peribahasa : Orang yang berada di dalam keadaan bahaya.




Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Macam ni, kan khamis lepas atok dan famili ado hantar si Nursila Ahmad mendaftar di PSIS kan. Ha, so selepas je habis hantar dia tu, kami terus balik ke Seremban. Di Seremban famili atok transit dulu sehari di rumah kakak ke Somban tu. Esoknya petang jumaat baru gerak sama-sama balik ke kampung. Actually, tak gerak sama-sama pun sobab atok balik dulu. 

Nak dipendekkan cerita, masa mak atok tengah  menebeng dalam kesesakan tu, ada mamat ni bawak motor macam orang tak sayang nyawa. Kejap dia cilok sini, pastu cilok sana. Siap press-press lagi tunjuk hebat. Pastu hilang disebalik kenderaan kat depan tu. Mak atok kata memang laju betul lah mamat ni bawak. Dia mengurut dada.

Lebih kurang 15 minit lepas budak tu cilok-cilok tu, kereto yang bergerak slow tadi langsung tak boleh gerak. Memang lagi jem. Pastu ado ambulans kat dopan tu. Kalian nak tahu apa yang berlaku? Rasanya mesti dah tahu kan. Ha....mamat yang cilok-cilok tadi kemalangan! Bukan setakat kemalangan biaso, tapi luar biaso. Sebab apa atok cakap camtu, sebab dia dah kembali ke rahmatullah. Daging di bersepah-sepah. Dah jadi arwah. Tapi mayat dah ditutup pakai surat khabar. Baru kejap tadi dia cilok. Mak atok terus tutup mata mengucap dan baca Al-Fatihah....

Ingatlah cucu den sume.... kenapa perlu tunjuk hebat di jalan raya? Nak cepat nak pegi mana? Nyawa tu takdo jual kat kedai beskal. Tak dijual di mana-mana. Sayangilah nyawa kita sepenuh jiwa......

p/s : Raya dah dekat...   ='(

14 ulasan:

Qaseh Dalia berkata...

tulah sape suh duk berlagak kat jalan rayo .. gedebe tak kena tempat tu .. apa2pun Al-fatihah .. moga di tempatkan dikalangan org2 yg beriman

~syue syada~ berkata...

aish.. kan bahaya duk cilok2 tu.. tp dah ajal dia..

teacher bonda berkata...

innalillah...

Unknown berkata...

Qaseh dalia adelia : Gedebe tu apo?

Unknown berkata...

~syue syada~ : Dah tertulis ajal dia cmtu kan

Unknown berkata...

teacher bonda : Al fatihah pada arwah

faiz berkata...

ya allah atok seram bacenye atok...meninggal xsempat bertaubat..

Mohamadazhan.com berkata...

allahuakbar...tragis betul...moga kita pergi di tempat yang aman..

amry berkata...

itu laaaa....sapa suh bawak lelaju.....bukan tak der yang ingatkan.....

Unknown berkata...

nampak sgt x sayang nyawa

Unknown berkata...

faiz : Itulah, ajal tak tunggu masa sesaat pun

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Amin ya Robbal alamin...insyaAllah...

Unknown berkata...

amry : Sekali dah terkena dah tak leh buat apa dah

Unknown berkata...

chii : Chii jangan contohi tau

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih