Khamis, 14 Julai 2011

Sajak Bersih 2.0

Salahkah kami?
Kalau kami mengikut kata hati
Bahawa perjuangan itu perlu bagi kami
Untuk memastikan generasi kami mendatang tidak terus ditipu?
Untuk memastikan golongan bawahan seperti kami tidak terus diperalatkan?

Salahkah kami?
Kalau kami mengikut kata hati
Bahawa mereka yang tidak gentar di luar sana
Yang tuanya
Yang muda belianya
Yang cacatnya
Yang golongan atasannya
Yang golongan bawahannya 
Juga mempunyai perasaan seperti kami
Sanggup disembur gas pemedih mata atau bahan-bahan kimia yang lainnya yang kami sendiri tak tahu
Hanya untuk menjernihkan sedikit "demokrasi" itu

Salahkah kami?
Jika cuma ingin berkumpul secara aman
Ingin menunjukkan kepada dunia
Bahawa kami juga mempunyai hak yang sama
Untuk memastikan kuasa kami harus terus terpelihara

Kenapa kau mesti takut?
Kenapa perlunya kekerasan?
Kenapa orang yang patutnya menjaga keamanan sebaliknya
"You hurt your own citizens!?"
Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Kau pun tahu apa maknanya itu bukan?

Siapa yang lakukan kekerasan?
Siapa yang lakukan penindasan?
Siapa yang mencetuskan kekecohan?
Siapa yang memutarbelitkan kebenaran?
Siapa???

SIAPA????
Tepuk dada....tanyalah diri masing-masing....















































this is OUR land!!!

14 ulasan:

Far8 budak baik berkata...

atokkk siapa buat ni..
hahahahahaha
stylahhhhh...
sedih pulak aku bace..
kalau ade musik sedih..
mmg nangis dahh huh

ukhti syikin berkata...

thumb's up.... cantik..... sajak nya mmg cantik............

paish berkata...

padan ade oltromen sabtu lepas..rupenye budak yg gambo bwh tu..

aesh came berkata...

pndai bersajak ye~~ hehe singgah pagi~ salam..

faiz berkata...

atok buat ke sajak ni..mantap la atok..

wanacesh berkata...

cayalah atuk!,,thumbs up,,rupanya atuk pun ada darah a samad said ek,,haha,,

Mohamadazhan.com berkata...

terbaik atok! yang benar tetap akan muncul jua...kesian tgk Pak Samad...tua sgt dah tu...sanggup turun bersama anak muda...hebat!

Suhami Ahmad berkata...

Far8 budak baik : Ni atok yang buat

Suhami Ahmad berkata...

ukhti syikin : Trimas ukhti syikin

Suhami Ahmad berkata...

paish : Erkkk....

Suhami Ahmad berkata...

aesh came : Mokasih aesh came

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Mekasih faiz

Suhami Ahmad berkata...

wanacesh : Cucu sebelah jiran punya adik ipar

Suhami Ahmad berkata...

Mohamadazhan.com : Atok kagun dengan beliau

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih