Khamis, 21 Julai 2011

Bila Dah Tiada Baru Dihargai...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Atok risau ni. Mana perginya pokcik jual kuih dan nasi lemak ni. Masuk hari ni dah dekat seminggu pokcik tu takdo. Ceritanya macam ni, kalau atok poie kojo, atok akan lalu satu jalan ni. Di tepi jalan ni ado sorang pokcik ni berniaga nasi lemak dan menu sarapan pagi. So, kalau atok poie kojo, atok akan selalu nampak pokcik ni. Ok, ayat berulang-ulang disitu.

Kalau atok lalu jalan tu, pokcik tu ada berniaga kat situ. *Stop it atok! Kau nak ulang bape banyak kali??!!
Bila atok lalu je, pokcik tu mesti pandang atok. Pastu senyum. Masa mula-mula tu atok tak kisahlah kan. Mungkin dia memang suka pandang-pandang orang sementara menunggu pelanggan. Atok pun balas lah senyuman dia walaupun atok tak pasti senyuman plastik atok tu dia nampak ke tak melalui helmet kaler itam.

Tapi masuk minggu kedua dan berikutnya, pokcik tu tetap pandang atok. Then senyum. Kadang-kadang saat atok terlewat nak pergi kerja pun dia senyum gak. Manalah sempat aku nak senyum kan. Jam lagi 18 saat nak pukul 8. Mana nak senyum. Mana nak kejar punch card. Mana nak merempit bawak adam hitam laju-laju. Kadang-kadang atok buat bodoh je tak pandang. Sampai ati kau tok.

La ni, minggu ni dah masuk seminggu tak nampak pokcik tu berniaga. Dimanakah pokcik tu? Tak sihatkah dia? Perniagaan tak bagus kah? Rindu dengan kelibat pokcik tu masa waktu pagi nak ke kerja. Sekarang ni atok dah tak boleh tengok lagi senyuman ceria seceria matahari dari pokcik tu lagi...

Atok percaya, kita pun pernah alami benda yang sama kan cuma jalan cerita berlainan. Kesimpulannya, hargailah seseorang itu di saat dia masih ada di hadapan kita sebelum hilang dari pandangan...

12 ulasan:

IMANSHAH berkata...

dia senyum nak suruh kau beli la tu ATOK

Aziela berkata...

Mengapakah ada rasa sedih bercucuran air mata darah dalam hati bila membaca entry ini... Sekiranya pokcik nie masih berjodoh dengan atok..lemparkanlah senyuman tumbuh2an(bukan plastik) pada dia lepas nie...

Unknown berkata...

Atok, you are so sweet to that uncle... I mean, this post is so meaningful. Bila da tiada baru kita sibuk2 mencari kan?

faiz berkata...

tula atok..lain kali boli la sebungkus...

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Mungkin dia berehat samaada sakit atau letih berniaga setiap hari maklumlah warga emas...pas ni atuk jumpa dia ringan2kanlah mulut tu menegur dan bertanya khabar sesekali riangkan hatinya dgn membeli hasil jualannya tentu dia lebih gembira :)

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

pasti rindu pak cik tu kan klu dh terbiasa tgk dia hari2 n beli di tempat dia:)

Unknown berkata...

IMANSHAH : Agaknya kot IMANSHAH...tapi selalunya atok tak sempat nak singgah sebab dah lewat...

Unknown berkata...

Aziela : InsyaAllah....dah kehilangan baru menyesal

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Betul tu Azham...sekarang ni baru sibuk-sibuk nak senyum kat pokcik tu balik

Unknown berkata...

faiz : Hihi...len kali kalau jumpo atok borong semua sekali, bley? hihi

Unknown berkata...

CT NoArIzAh ArIs : InsyaAllah...atok pegang kata-kata CT NoArIzAh ArIs

Unknown berkata...

FIFIEY LYCHEE MARATION : Itulah...pokcik mana kah engkau wahai pokcik?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih