Rabu, 15 Jun 2011

Suami Pilihan Keluarga

Tok Wan
Yuhuuuu....uwan in the house!

Erk. Astaghfirullah uwan, bagi salam dulu uwan. Ok2, uwan mintak mahap. Assalammualaikum dan salam sejahtera cucu-cucu uwan. Minggu ni uwan nak kongsikan perbincangan uwan dengan Mila tempoh hari. Dio ado mesej uwan kat pesbok. Kesian pulak uwan kek dio. So, uwan nak bagi pendapat sikit yo. Mano yo tak tahu ujung pangkal cerito, klik [SINI] dulu, pastu boleh back balik.



Terlebih dahulu, uwan nak mintak mahap kalau uwan publish entry ni tanpa pengetahuan Mila. Tapi tujuan uwan satu yo, mungkin ada gadis kat luar sanun yang senasib dengan Mila. Makanya uwan nak bagi pendapat peribadi uwan ikhlas dari ati. Dongar yo...

Ayah Mila kata bakal suami tu seorang yang beriman dan selalu pergi ke surau ye. Tambahan pulak, mak ayah kepada si bakal suami tu adalah kenalan rapat Mila sendiri kan. Dan ayah Mila nak sangat bermenantukan budak tu kan.

Bagi uwan, Mila cuba bagi peluang kat ayah tu. Maksudnya mungkin si dia tu adalah pilihan yang terbaik untuk Mila. Yang dipilih sendiri oleh orang tua Mila. Uwan tahu, Mila tak pernah jumpa lagi si jejaka tu kan. Kalau mana-mana gadis yang tak pernah kenal dan tak pernah jumpa si jejaka pun berkemungkinan akan menolak lamaran itu seperti Mila lakukan. Tapi uwan rasa, Mila kena letakkan syarat kat ayah tu.

Macam ni, kalau nak bermenantukan jejaka tu, boleh. Tapi dengan syarat. Bawak si jejaka tu berjumpa dengan Mila terlebih dahulu. Berkenal-kenalan. Tahu hati budi. Mungkin cinta tu boleh dipupuk selepas kahwin. Malah, ada sesetengah orang cakap bercinta selepas kahwin tu lebih indah dari sebaliknya. 

Kadang-kadang pilihan kita sendiri ni pun tak semestinya bagus. Yelah, bila dah dilamun cinta, rupa buruk jadi hensem....orang miskin jadi kaya...badan bau tungkik jadi bau lavender...pandangan kita tu buta. Sebab cinta itu buta. Mungkin orang lain saja boleh nampak, kita sendiri tak nampak. Jangan kerana hal kecil tu, hubungan kita dengan keluarga sedikit renggang kerana salah faham.

So, kesimpulannya Mila cuba bagi peluang kat ayah tu. Tapi koba kek dio dengan bersyarat. Bagi Mila peluang kenal hati budi si jejaka tu dulu k. Kalau tak, no no no....hihi...Selamat mencuba   =)


Pesan uwan : Sesiapo ado masalah rumahtanggo, kisah cinto, masalah dalaman, apo2 yolah masalah, bolehlah tinggalkan komen. InsyaAllah uwan sedio membantu. 

6 ulasan:

Misty Melor berkata...

er.. my hubby pilihan saya... hehehe lepas family kenal.. jadi pilihan keluarga juga ler bila keluarga dah suka :D

blog-tips-kurus berkata...

amboiiiiii!!!!
isu perkahwinan ni. maklumlaa, org TUA banyak pengalaman & ramai cucu. Tapi atok TAK mungkin bisa menyelesaikan masalah cucu no.7 itu... (",)

EzayHadry berkata...

Tok wan pandai bagi nasihat..
memang betul gak..kalau pilihan keluarga memang terbaik..inshaAllah..
tapi mak ayah dah faham zaman sekarang tak macam dulu..
Mila bertuah la..kalau jodoh tak kemana..hehe

Unknown berkata...

ukhti syikin : Hihi...untung badan...

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Mengapa terjadi dengan cucu atok ke 7 itu. cer citer

Unknown berkata...

Ezay Hadry : InsyaAllah..kalau dah jodoh tu tetap tak kan ke mana. Walaupun lagi sehari nak kawen, kalau dah tak da jodoh tetap tak kawen gak

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih