Rabu, 15 Jun 2011

Nama Panggilan Atok

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Dari dulu lagi atok nak mencetuskan entry ni. Baru hari ini sempat nak publishKalian tahu tak, atok ado banyak nama panggilan tau. Kalau nak tahu apakah nama itu, macam mano boleh dapek namo itu, moh teruskan membaco...

1 tahun - 5 tahun
Nama panggilan atok ADIK. Gitu, adik-adik sangat kan. Macam mano atok dapek namo tu, opkos lah aku anak bongsu kan. Namun tahta itu telah dirampas oleh Nursila Ahmad masa atok berumur 5 tahun. Sodehh. Walaubagaimanapun, ada jugak kawan-kawan sepermainan panggil 'adik' tu sampailah umur atok 7 - 8 tahun.
Stage minum susu ibu lagi. Erk


6 tahun - sekarang
Memandangkan atok ni anak ke ompek, so atok dengan rasminya telah digelar sebagai ATEH kat rumah. Tu nama panggilan dikalangan adik-beradik termasuk mak ayah atok sampai kini. Kadang-kadang kawan-kawan dekat umah atok tu pun panggil ateh. 
Ini adik-beradik dengan sepupu


10 tahun - sekarang
Maso atok naik darjah ompek, kat sekolah atok tu ada buat name tag yang pin kat baju tu sampai lohong-lohong baju kena pin kan. Nama panggilan atok masa tu SUHAM. Sejarahnya, masa atok dapat name tag tu, pembekal tu cetak huruf "M" dan "I" rapat. So, nampak ejaan SUHAMI tu jadik SUHAM. Bila dah camtu, pemeslah nama atok dikalangan kawan-kawan sebagai Suham. Nama ni dipanggil oleh kawan-kawan sekolah rendah atok dan bawak ke sekolah menengah. Sekarang classmate dulu  panggil nama tu lagik.
Sumpah nerd sangat atok masa tu


18 tahun - sekarang
Atok pernah masuk tingkatan 6 sampai habis. Masa berado di tingkatan 6 ni, nama panggilan atok MIE. Motep ada "E" kat belakang tu since sekarang atok tak tahu. So, selalulah kena bahan kat kawan. "Mie, hari ni mak cik kantin masak mee!" So, kawan-kawan form 6 atok panggil Mie.
Masih lagi nerd...haishhh


20 tahun - sekarang
Rezeki takdo masuk U, so atok sambung ke Politeknik. So, atok tua 2 tahun di situ. Kat Politeknik ni lain pulak gelaran haku. Kebetulan, salah seorang kawan atok ni minat Britney Spears. Dan salah tajuk lagunya SHIMMY ke klu tak silap. Lebih kurang macam tulah. Dah nama haku Suhami dengan Shimmy tu dekat, so diorang panggil atok Shimmy. Ada gak yang panggil sebagai Simi, Cimi, Shimi, Chemy, Ximi...hamek kau...kecik ati aku...Tapi yang penting pronounce dia tatap sama. "Shimmy".
Wah, sudah pandai bergaya sket...Tapi rambut belah tepi  +_+


23 tahun - sekarang
Masa kat UiTM, tiga orang kawan Politeknik  atok pun mengaji kat tempat yang samo. Dah nama kat Politeknik tu "Shimi", bawaklah ke UiTM orang panggil aku SHIMI...Atok singkatkan lah...klu Shimmy tu macam kapir pulak kan.
Rambut pacak-pacak. Spek mata bingkai itam dah takdak

20 tahun - sekarang
Ini ulang tayang balik. Sila masuk mesin masa doremon. Ha, masa atok umur 20 tahun, atok dapat fruit son yang sulung. Dah dapat pangkat jadi PAK TEH. Sobab atok pun adik-beradik panggil ateh. Anak buah panggil Pak Teh la kan. Lagipun aku ni puteh. Opss.
Suwet tak aku baby tu?


Lapor diri kerja pertama
Yang ini atok baru pertama kali kerja secara rasminya. Masa tu ramai sangat orang dari seluruh Malaysia. Orang Nismilan dalam 4 5 orang kot. Masa induksi sebulan tu, nama atok telah diangkat sebagai PENDETA. Hampeh!. Ini gara-gara atok pandai menyusun kata-kata yang berbunga-bunga. Sampai sekarang diorang panggil Pendeta. Ciss!
Ini group induksi maso mulo-mulo kojo


Sekarang
Sekarang ni atok dah kojo. So, budak-budak opis panggil atok sebagai AMI (sebutan army). Tak tahu sobab apo, tapi atok anggap itu nama singkatan lah yo. Tapi ada jugak kawan-kawan politeknik yang rapat panggil atok sebagai Ami tu. Dan bagi mereka yang close and rapat dengan atok, diorang akan panggil gelaran sebagai AM. Dan since atok terjebak dalam kancah blogger boy ni, atok digelar ATOK!!!
Baru snap malam tadi...fresh dari oven...hihi


So, amacam? Pengsan tak ngko? Banyak kan nama atok. Daripada Suhami Ahmad, boleh jadi adik, ateh, suham, mie, shimmy, shimi, pakteh, pendeta, ami, am, atok....Kalian pulak cmna? Meh kongsi dengan atok...

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas nie dah kahwin
abang pulak
hehehe
:P

cik RQS berkata...

erkk...pening sudaa...bnyk betol nama nye..hihi..=)


ps: hihi..@chemay: betol tu betol..=p
atok..xmo marah naa..melawak jaa..=)

liyana berkata...

haha..
nice entry
shimmy si pendeta....
kalau bab nama
cucu ni org pnggil yana dr dulu smpai skang

Park Min Rin berkata...

glemer nau nama atok maso kecik2 yo.. :D nama den unik..dari kcik sampai bosar omma panggil panggilan tu.. bilo kawan datang rumah.. malu den >_<

faiz berkata...

byk sgt namo samaran ni atok..den dari dulu tu jo..

IMANSHAH berkata...

erk..ok lah tu..pasni anak2 panggil ayah lak

Mohamadazhan.com berkata...

kronolgi nama atok yang sangat menarik =)

kakzie berkata...

hahaha...mati2 ingatkan atok@suhaimi dah tua ganyut...sbb tak baca n3 dulu2...bila dh baca n3 ni baru tau atok ni muda belia baya anak macik

Unknown berkata...

hehe..chii pun x sebyk atok..takat 7 je..hehe

atok muda..:p

Unknown berkata...

chemay : Erk. pengsan

Unknown berkata...

MISS QASEH SAIFUDIN : Kan. Kadang2 klu diorang panggil, atok dah boleh agak dari mana kenal diorang berdasarkan nama tu

Unknown berkata...

liyana : Shimmy si pendeta. Gabungan nama yang baik. Alamak!

Unknown berkata...

Park Min Rin : Omma. Osama laden ko. Hihi

Unknown berkata...

faiz : Hihi...untungla faiz..

Unknown berkata...

IMANSHAH : Alamak! +_+

Unknown berkata...

Mohamadazhan hjDesa : Hihi..makin pendek kan. Nanti leh panggil atok "S"

Unknown berkata...

Zie : Hihi...malu atok pipi blushing... @_@

Unknown berkata...

chii : Atok cecah 10 kn.. pengsan nak hafal tu

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha...tok sek kat serting ulu ke dulu?....


hehehe...byk nama gak...mcm mina..makngah je..hihihi....

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Hihi..tak lah. Atok sekolah kat SMK seri perpatih, SK palong limo, ngan Tuanku Muhammad School. Amboih, merah mak ngah!

~Sal Ismail~ berkata...

kite pun byk gelaran gak.Daripada Salihah jadik : Kak ah, peah, soliey, soleh, moh ah, Elly, Salsabila, Sally, Leha, Saloma, Salmah, Sompek, Salehot...amacam..byk x..hehe =p

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih