Selasa, 3 Mei 2011

Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta

1. Dia bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela tanpa dipaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
4. Dia berusaha mengongkong kekasihnya kerana perasaan cemburu yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan seluruh perhatian terhadapnya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12.Dia akan sentiasa merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14.Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
17.Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia  sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal warasnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau berbuat demikian ia bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
23.Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.

20 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

1-23; oooooo... kenapa mesti 'jatuh cinta'? kenapa tak dijunjung cinta suci sejati lemak berkrim itu?

~Nabilah~ berkata...

huyyyoo...mcm parah jer ble laki jtuh cinta nie...hahaha

faiz berkata...

atok tgh jatuh cinta ke..heheh

dyna iskandar berkata...

sape yang jatuh cinta sebenarnya ni?

Cik Muda Sae berkata...

wahhh...bertuahnye badan kalo jumpe lelaki yang macam ni.. tehehehe...ke atok nih...cerita pasal diri sendiri nih...aihhh...~ apo2 yo lah yo, atok yoo..!

Novelgurl berkata...

tanda-tanda atok jatuh cinta
dahsat2.

MISS QASEH SAIFUDIN berkata...

ni cite pasal diri sendiri ke?..
haha..maaf..
melawak jaa..:)

KUREKURE COMEL berkata...

adakah....adakah....atok jatuh cinta ni...hehehe....

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Sebab...sebab kalau junjung...kena junjung sireh junjung....erk

Suhami Ahmad berkata...

~Nabilah~ : Haah. ngeri atok dengar

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Hepp. Bukan atoklah.

Suhami Ahmad berkata...

dyna iskandar : Ini atok amik kat facebook

Suhami Ahmad berkata...

Cik Muda Sae : Bukan atoklah. Atok dah tak dayo nak bercinto lagi ha. huhu

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : BUkan atoklah. Babab kang

Suhami Ahmad berkata...

MISS QASEH SAIFUDIN : Taklah. Atok jumpo kat facebook. Tu yang nak share. hihi

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Tidak mungkinkah. Erkk

♥ LuRveLyAmiera ♥ berkata...

hurmmm..untuk siapa lar ditujukan nie erk..?adekahhhhh..?^_^

chii berkata...

tade pun ciri2 ni dlm diri lelaki2 yang pernah chii kenal..ahaha

Suhami Ahmad berkata...

♥ LuRveLyAmiera ♥ : Untuk sume cucu-cucu atok yang sedang bercinta. Hihi

Suhami Ahmad berkata...

chii : Haaa...itu tandanya dia belum jatuh cinta lah lagi tu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih