Jumaat, 27 Mei 2011

Perhimpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya, Malaysia

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Ini atok sengaja nak menunjuk-nunjuk kat kalian bahawasanya minggu ni atok akan berada di 3 buah tempat berlainan. Di manakah itu wahai tok harimau? Landen? Korea? Japan? Oh nahi nahi nahi kub hi nahi!! Atok cuma berada di Malaysia sajok. Nak p Landen bagai tunggu orang spedo haku dulu, bley??

Hari sabtu atok akan berada di Melaka, ahad di Putrajaya dan isnin di Selangor. Tujuan atok berada di Melaka tu untuk menolong classmate atok pindah rumah sambil-sambil jalan skodeng sekitar Melaka dengan buchuk macham D90! Manakala hari ahad tu di Putrajaya sebab ado perhimpunan sejuta belia 2011 sempena Hari Belia. Banyak aktiviti tuh. Dan keesokan harinya, atok akan berada di Selangor atas urusan bisnes. Erk. Nanti atok citer bisnes apa k. So, atok akan buat entry publish-auto malam ni untuk 3 hari. Pengsan aku.

So, dalam banyak-banyak program tu, atok mau cerita pasal Hari Belia ni. Malaysia telah menyambut perayaan Hari Belia Negara pado tanggal 15 Mei 2011. Tetapi program yang paling ditunggu-tunggu oleh banyak remaja Malaysia adalah Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei 2011. Kau ado??

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini merencanakan usaha untuk mengumpulkan lebih sejuta orang belia di Putrajaya pada 29 Mei 2011. Banyak program yang direncanakan akan diadakan sepanjang tiga hari acara berlangsung. Lokasi tumpuannya program adalah di sepanjang Persiaran Perdana, Putrajaya dimulai dari Dataran Putra, Presint 1 dekat Masjid Putra hingga Presint 20.

Antara acara menarik yang akan berlangsung adalah turnamen memancing, olahraga lasak, turnamen futsal 24 jam, konser-konser (apo ni??), pesta buku, pameran-pameran, konvoi sejuta belia, konvensi dan kolokium belia dan banyak lagi (lihat tabel di bawah).

http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/Lampiran% 204% 20 -%20Jadual% 20Sambutan% 20HBN2011.pdf

Silahkan berkunjung ke Sambutan Hari Belia Negara Malaysia 2011.Untuk apa? Untuk jumpa haku lah! Banyak program yang menarik. Silalah! Kalau ternampak atok jangan lupa tegur-tegur. Atok pakai baju pink renda-renda kaler biru air laut....larekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

8 ulasan:

Papa Mifz berkata...

x berpeluang nak pergi...esok kerja...huhu

faiz berkata...

den pergi hari sabtu kot...mlm tu nak tgk final champions league sebelah najib..hehhe

♥ LuRveLyAmiera ♥ berkata...

nak pergi tapi takde kawan plak nak teman..^_^

Ayie berkata...

teman bawak geng masuk game paintball.. kalau teman nampak atok, teman tembak sebijik okeh..!! HAHAHA

Suhami Ahmad berkata...

Papa Mifz : Lor...xpe, moga2 tahun depan ada lagi ek..hihi

Suhami Ahmad berkata...

faiz : erk, Najib minat bola?

Suhami Ahmad berkata...

♥ LuRveLyAmiera ♥ : Hihi...bonet atok kosong lagik... =P

Suhami Ahmad berkata...

Ayie : Aiyark..pengsan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih