Khamis, 26 Mei 2011

Indah Rupanya Hidup Ini =)

Scene 1 

Dalam perjalanan atok nak ke Proton Service Center, atok ternampak satu kemalangan antara kereta kancil dan motosikal. Kereta kancil tu teruk bahagian depan. Motosikal pulak atok tak tahu campak ke mana. Perempuan cina dan lelaki melayu sedang berkata sesuatu. Atok rasa perempuan cina tu memandu kereta kancil. Lelaki melayu yang berhelmet tu semestinya membonceng motosikal. Perempuan cina nampak tenang je. Lelaki melayu tu pun sama. Mereka berdua bertenang dan perkara paling penting sekali ketepikan kenderaan dulu bagi mengelakkan situasi kesesakan lalu lintas.

Scene 2
Atok sampai ke Proton Service Centre. Sampai-sampai je atok dihidangkan dengan sarapan pagi free dari pihak proton. Kakak tu memberikan senyuman manis. " Sarapan pagi dik,"katanya. Tapi atok menolak dengan senyuman juga kerana hari ni puasa sunat. Kerani penyambut tetamu nampak ceria dengan kerjanya. Walaupun terpaksa melayan karenah pelanggan, tapi dia tak putus-putus menghadiahkan senyuman.

Scene 3
Sementara menunggu bobot diservice, atok terus pulang ke rumah. Nak tukar minyak hitam Adam Hitam pulak. Sambil2 tu nak betulkan break sebab break tak makan sangat. Masa kat kedai Ah Beng, atok nampak lelaki india bercakap sesuatu dengan pekerja kedai Ah Beng berbangsa Cina. Mereka berbual dalam bahasa melayu. Ya, bahasa yang menyatukan kita pelbagai bangsa. Kejap Uncle India tergelak. Kemudian diikuti pekerja Cina. Entah apalah yang diguraukan.

Scene 4
Selepas servis bobot dan tukar minyak hitam Adam Hitam, atok terus balik ke pejabat. Dalam perjalanan nak ke pejabat tu, atok nampak ramai sangat budak sekolah. Yelah, time budak sekolah dah balik. Tiba-tiba mata atok terpaku pada satu keadaan di mana seorang abang sedang memimpin tangan adiknya masa pulang dari sekolah. Situasi yang jarang atok nampak. Adiknya nampak gembira ditemani abangnya. 


Indah rupanya hidup ni........   :'-)



p/s : Blog Nonor, Apo2 Yolah Next Top Icon Pertama telah ditukar ke sini http://inibelognoonor.blogspot.com/

10 ulasan:

cik RQS berkata...

wwaaahhh!...menaerk!..jarang nmpak situasi macam ni..=)

liyana berkata...

hidup ini mmg indah n membahagiakan..
kita jer yg kene pndai controlkn..
n Allah Yg menentukann..
nice entry..

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Scane 4 yg paling sy jarang nampak ... abg memegang erat tgn adik bagus remaja tu sudah ada rasa tanggungjawab kepada keluarganya.

missStrikeOne berkata...

suker scene 4 jugak :)

Unknown berkata...

MISS QASEH SAIFUDIN : Kan. Indah je dunia ni =)

Unknown berkata...

liyana : Atok setuju dengan liyana :)

Unknown berkata...

CT NoArIzAh ArIs : Betul. Atok nampak remaja tu memang bertanggungjawab. Sepanjang jalan dia dok pimpin adik dia

Unknown berkata...

diana amin : Susah nak jumpa kan =)

faiz berkata...

indahkan kalo kita amalkan sifat mahmudah..

Unknown berkata...

faiz : Betul tu faiz =)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih