Rabu, 4 Mei 2011

Hura-hara kenduri kahwin

Persediaan hidangan kenduri
SEBELUM
Tomah : Betul ke ngko boleh masak lauk rendang daging tu Semah oiiii?
Semah : Ko tak kenal aku lagi ke Tomah oiii.....Aku ni bekas student kurinari kat KL dulu tau. Kau ado??

SELEPAS
Tomah : Wah, bagus ngko ye Semah. Nak masak lauk rendang daging, hujung-hujung jadi rendang tak berbuah. Mesti dekan kau setiap semester ye!
Semah : Err....aku lupa nak bagitahu. Dulu aku belajor kurinari tu tak habih!




Persediaan tata rias pengantin (motep guna perkataan tata rias??)
SEBELUM 
Koskova : Kau jangan risau nyah. Mak akan jadikan muka kau ala-ala Angelina Jolie masa kau kawen nanti.
Bakal pengantin : Ye ke? Eeeee  suka! suka!

SELEPAS
Koskova : Nyah, mak nak terus terang dengan kau. Sebenarnya muka kau ni dah tak ghoper Angelina Jolie dah. Tapi dah ghoper Angelina Tan 30 tahun akan datang!
Pengantin : Ye ke? Eeee celaka! celaka!




Jemputan tetamu
SEBELUM
Ayah pengantin : Nanti masa majlis anak aku nanti, aku jemput PM tau! Bahkan Queen Elizabeth sekali aku jemput!!
Jiran : Wa baguslah cenggitu. Nanti aku siap-siap beli dslr Nikon D90 nih nak snap orang penting.

SELEPAS
Jiran : Mana PM nye Seman? Mana Queen Elizabethnya??
Ayah pengantin : Errr....Queen elizabeth ada call aku tadi, dia tak jadik datang sebab ada appoitment dengan Yun Nam Hair Care!!!




Masa bersanding
SEBELUM
Ibu Pengantin : Masa kau bersanding nanti, kena control ayu sehabis baek ala-ala kau lah pompuan melayu terakhir sekali. Jangan tunjuk peel kau sebenar!
Bakal pengantin : Ye mak. Ese paham!

SELEPAS
Bakal pengantin : woii, cepatlah tepung tawar kat aku ni. Tak sesabor nak pi makan udang ni!
Ibu pengantin : Astagfirullah......




Adat mencuci periuk kawah
SEBELUM
Ayah pengantin : Lan, lepas majlis selesai nanti kebiasaannya pengantin kena turun cuci periuk kawah. Tu dah jadi amalan tau!
Lan : Dun worry papa! Eden kasi clear suma pinggan mangkuk periuk belanga.

SELEPAS
Ayah pengantin : Mano lak poie eh Lan ni?
Adik pengantin : Tadi nampak abang Lan ngan kak ipar tergesa-gesa masuk bilik!!!

15 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha..part yg last tu mmg la...
kihkihkih....


selalunyanya mmg cmtu lah ragam pemes kan tok....buat modal kena kutuk je..hihihi

Tanpa Nama berkata...

haha,,queen elizabeth botak ker ~ ngiaa~

aritu pasal cinta nie psl pengantin lak..haha,..dh sah,

Unknown berkata...

ishk..x sabo2 sungguh nak masuk bilik ye..ishk

faiz berkata...

heheh..rakus btol pengantin ni..huhu

Encik MamaT berkata...

adeh.. atok oii.. hang jangan buat mcm tu.. yang part last tu tok oii... gelojoh.... haha

Far8 budak baik berkata...

yg bersanding tu aku suka..
nmpk sgt pengatin tu kuat mkn..
hahaha

sahromnasrudin berkata...

hahahahahha...

awat dia tergesa masuk bilik..pi la basuh periuk dulu hehehehhee

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Tahu xpo. Bilo majlis dah selesai, janji2 manis hilang entah ke mano

Unknown berkata...

Novelgurl : Ha....apa yang sah tu NG? Tak bek timbulkan spekulasi yang menyebabkan atok merah pipi...huhu

Unknown berkata...

chii : Chii jangan ikut contoh tau!

Unknown berkata...

faiz : Itulah. Tak nyompek2...

Unknown berkata...

Encik MamaT : Haha....adei....EM pun jangan tiru!

Unknown berkata...

Far8 budak baik : Suka2 mesti ado muslihat. Ke Far8 budak baik pun kuat makan??

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Pengantin tu tak sesabor

Ayie berkata...

lalalalala... *pengantin tuh tak senonoh.. ^^

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih