Abang Joe |
Assalammualikum dan salam sejahtera adik-adik sekalian. Hari ini Abang Joe nak kongsikan dengan adik-adik hikmah dan kelebihan berdiam diri. Kadang-kadang ada masanya kita perlu bercakap untuk menegakkan kebenaran atau memberi pendapat. Namun ada juga masanya kita perlu berdiam saja. Kerana diam itu lebih baik dari bercakap dengan melanggar tembok. Ok, email kali ini datangnya dari "I-noR"
Sebelum Abang Joe kongsikan artikel berkenaan dengan Hikmah dan Kelebihan Berdiam Diri, mari kita baca “Kisah 2 ekor burung” ini dulu.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza sikapnya. Yang satu suka menyanyi dan yang satunya lagi hanya DIAM saja. Pada satu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua tersebut. Lelaki tersebut berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini…?
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1,000.
Pembeli: Aikkkk…?? Kenapa yang suka menyanyi itu lebih murah dari yang diam??
Penjual: “Diam-diam ubi itu berisi” Ada faham? Believe it or not, burung yang berharga RM1,000 itu ialah pencipta lagu yang dinyanyikan oleh yang RM500 itu.
Apakah pengajaran kita boleh dapat daripada cerita ini??
Ingat yer, jangan anggap orang yang DIAM itu bodoh atau tidak berguna!
Artikel mengenai ‘Hikmah dan Kelebihan Berdiam Diri’ seperti di bawah ini wajar difahami dan diamalkan oleh kita semua.
- HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.
- Kelebihan berdiam diri ;
1. Ia menjadi ibadah yang mendapat pahala tanpa susah payah.
2. Ia umpama perhiasan tanpa berhias.
3. Ia umpama kehebatan tanpa kerajaan.
4. Ia umpama benteng tanpa pagar.
5. Ia umpama kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Ia membolehkan istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Ia menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau DIAM”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa DIAM maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih, yang mana ianya bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.
Sumber : Hassan Adlio
Mulai sekarang, Abang Joe berazam dan bertekad untuk mengurangkan cakap. Abang Joe hanya akan cakap perkara-perkara yang perlu saja. Selebihnya, akan diam. Adik-adik bagaimana?
p/s : Sesiapa yang ingin berkongsi email berunsur nasihat atau pedoman, bolehlah terus mengirim ke alamat ini suham_mie@yahoo.com
Kalau berkenan support la kempen ni :
16 ulasan:
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.
ske ayat di ats tu..
like this entry!
Sooo jgn suka kata org pendiam tu bodoh sapa tau dio laie pandai dari oghang yg byk ckp tu... mak sey cakap biar jadi tin berisi jgn jadi tin kosong.
p/s: Kuih badak berendam org pilah pggl kuih sopang leh gugell gambar kuih tu rasanya semua org pernah mkn cuma nama je yg tak tahu atau berlainan pd sesetengah tempat.
Diam itu maqam nya lebih tggi dari mereka yg berkata nista
HIdayah Allah Kepada Sham Kamikaze
kdg2 ade org tu byk cakap tapi ape yg dia ckp sumenye xberfaedah...baik diam lagi bgus..
atok: thanks sbb share info... lps ni sy nak amalkan berdiam diri ni, nk bercakap bila perlu ja...
sy nak diam , atuk tp member sebelah suruh bising gak huhuhuhuhhh
zazaw pun nak jadi seorang yang pendiam lah kalau mcm ni
ahaha
diam x bereti mengalah..diam tak bererti setuju..melainkan anak2 dara org dulu..yg tu len citer...hehe
kadang2 dengan berdiam diri juga bleh menyelamatkan keadaan dari terus jd teruk
liyana : Thanks! =)
CT NoArIzAh ArIs : Boto2...orang yang banyak bercakap tanpa fakta memang nampak jelas kejelikannya
Ad-Dien : Setuju! =)
faiz : Orang bercakap banyak tanpa isi ibarat anjing menyalak bukit. erk, boleh ke?
Azham Vosovic : Bercakap jika masanya sesuai...yup :)
sahromnasrudin : Kena siap2 bawak selotip. Kasi selotip mulut orang sebelah
zazaw : Jangan diam sangat. Nanti orang pijak.
chii : Betul. Kalau ditimpa musibah, baik berdiam diri sebelum jadi lebih buruk
Catat Ulasan