Sabtu, 2 April 2011

Zizan dan Sarah sehaluan





ZIZAN dan Sarah Ali, kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri.


DUNIA hiburan tanah air tidak pernah statik. Tanpa mengira cabang seni manakah yang menjadi pilihan, setiap mereka yang ingin bergelar artis perlu bijak dalam membuat percaturan. Bagi Mohd. Razizan Abdul Razak, 27, atau lebih dikenali dengan nama pentas, Zizan Raja Lawak, langkah permulaannya untuk bergelar artis bermula dengan penyertaannya dalam program Raja Lawak musim pertama.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Rezeki Zizan tidak pernah putus dengan tawaran sebagai pengacara mahupun lakonan. Bagi anak kelahiran Dungun, Terengganu ini, Zizan ditawarkan untuk muncul dalam filem Jangan Pandang-Pandang terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Selain Zizan, turut mencari ruang dalam industri hiburan ialah anak jati Kuala Lumpur, Sarah Ali yang berusia 21 tahun.

Sebagai pendatang baru, adalah sesuatu yang membanggakan apabila dia yang baru mula berlakon tahun lepas, diberikan peluang oleh penerbit dan pengarah untuk tampil dalam enam buah filem. Walaupun filem-filem lakonannya masih belum ditayangkan namum gadis lincah ini dilihat ada potensi untuk mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Itu sekaligus akan melakar nama Sarah sebaris dengan pelakon-pelakon wanita popular sedia ada apabila kesemua enam filem lakonannya menjengah pawagam kelak. Baru-baru ini, Hits berkesempatan mendampingi dua selebriti tersebut di lokasi penggambaran Jangan Pandang-Pandang yang diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Filem ke-22 arahan Ahmad Idham Nadzzri itu telah memulakan penggambarannya sejak 22 Februari lalu. Bertemu dengan Zizan dan Sarah di hari terakhir penggambaran filem tersebut, nyata banyak cerita yang ingin mereka kongsi bersama pembaca Hits.


"Walaupun sebagai muka baru, kami dapat rasakan ada keserasian dan filem inilah yang mempertemukan kami berdua," kata Zizan dan Sarah.

Sarah bagaikan artis gerila

NAMA Sarah Ali mungkin agak samar dalam industri filem kerana di mata peminat, mereka belum boleh melihat sejauh mana kemampuan lakonan figura kecil molek ini. Bersandarkan pada wajah eksotik, belum tentu lagi dia mampu meraih populariti kerana belum ada satu pun filem lakonannya yang masuk pawagam.
Mungkin namanya hanya dikenali melalui publisiti yang terpampang di dada-dada akhbar dan majalah hiburan tempatan.

Namun begitu, Sarah menjadi rebutan pengarah dan produser filem kerana kesemua enam filem lakonannya, dia muncul sebagai pendukung watak utama. Bagi filem Nur Kasih, Penunggu Istana dan Songlap, kesemuanya dijangka akan masuk panggung pada pertengahan tahun ini. Dua lagi filem yang telah pun siap pembikinannya ialah Sesuatu Yang Tertinggal dan Klip X-3GP.


"Bagi filem Nur Kasih, ia adalah genre drama kekeluargaan manakala Penunggu Istana pula bercorak seram.

"Songlap merupakan filem aksi yang menuntut saya untuk melakonkan watak yang lasak dan kasar.


"Itu tidak menimbulkan masalah dari segi penghayatan kerana karakter sebenar saya seorang yang lasak," ujar Sarah. Tambah Sarah, dia amat teruja kerana tidak menyangka filem-filem lakonannya akan menemui penonton dalam jarak yang begitu rapat tarikhnya.


Zizan sebagai mentor. SARAH gembira apabila dia berpeluang untuk muncul melakonkan watak komedi menerusi filem Jangan Pandang-Pandang. Menurutnya, watak Yaya cukup sukar untuk dilakonkan kerana dia perlu menterjemahkan diri sebagai seorang remaja yang berdikari dan dalam masa yang sama, agak serius.


"Cukup susah bagi saya untuk berlawak dan dalam masa yang sama perlu serius. Ia satu cabaran buat saya.

"Tetapi apabila mengamati karakter Zizan di luar set penggambaran, dia menjadi sumber inspirasi saya.


"Jadi, secara tak langsung, dia banyak membantu saya untuk menjayakan watak Yaya," katanya.


8 ulasan:

Unknown berkata...

Nanti saya masuk paper, atok buat review psl sy plak boley? hehehe

Sham berkata...

eden minat zizan ni beb...boleh tahanla...

faiz berkata...

xkenak sape sarah ni..

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Waaah, dah masuk paper ek....then apalah gunanya lagi review dari atok........larikkkkkkk

Unknown berkata...

Sham : Atok minat2 cmtu yo

Unknown berkata...

faiz : Pssttt...atok pun tak kona! hihi

Tanpa Nama berkata...

ZIzan best ! Sarah Ali ?? oh sarah ali.. siapakh..hu2

Unknown berkata...

Novelgurl : Zizan sempoi kan. Bintang paling lawak tahun 2010. Hehe

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih