Tok Wan |
Waalaikumsalam. Itu dia tuan puan sekalian. Sekali mamat jiwang dah sampai blog haku. Tok Wan sudah tranform kepada doktor cinta pulak ya. Macam-macam aku boleh transform. Tinggal nak jadi nenek kebayan je lagi aku belum transform.
Kepada Faizal. Tok Wan pernah merasai kesakitan yang Faizal alami sekarang. Kau jangan ingat aku tak pernah frust tertonggeng kat kolam bilik air. Pernah tau! Haku lagi teruk dari kau. Tapi.....bab-bab nak bunuh diri tu, Tok Wan ingat Allah lagilah. Tak sampai hati aku nak cabut nyawa sendiri semata-mata kerana cinta palsu manusia tu. Baiklah, Tok Wan teruskan pada huraian hindari kekecewaan dalam percintaan k.
1. Luangkan masa bersama keluarga/sahabat
Di saat frust ini, Faizal kena banyak habiskan masa dengan keluarga atau sahabat handai. Yang kes bunuh diri macam minah bangang kat KB mall tu sebab dia hanya pendamkan masalah dia sendirian. Setan pun masuk jarum suruh bunuh diri. Tu yang nak terjun bangunan tu. Jika Faizal ada keluarga atau sahabat di sisi, sekurang-kurangnya Faizal merasakan bahawa sebenarnya masih ada orang lain lagi yang menyayangi Faizal!
2. Buangkan perkara yang berkaitan dengannya
Tu dia. Kalau ada barang-barang yang si dia kasi kau tu sebagai hadiah atau sebagainya, cepat-cepat kau kasi aku. buangkan dalam tong sampah. Jangan tinggalkan sikit pun benda yang boleh mengingati dia semula. Tak kisahlah, teady bear yang dia kasi ke, baju dia ke, cenderamata dia ke, jam tangan dia ke, spender dia ke...kau buang jauh-jauh.
3. Fikirkan negatif tentangnya
Ini bukan sebab Tok Wan galakkan kau berfikiran negatif. Tapi untuk mempercepatkan kau lupakan si dia tu, kau tanamkan dalam kepala hotak kau ni, aku benci dia! Senaraikan semua perkara yang menjengkelkan tentang dia. Perkara-perkara tak senonoh yang dia lakukan. Naaa...secara automatik, kau akan rasa semakin jauh dan jauh dengannya.
4. Bercuti rehatkan minda
Kalau Faizal banyak duit, Faizal pergilah bercuti. Ajaklah skandal ke, keluarga ke, kawan ke kan. Amik mood semula. pakar ada menyatakan bahawa bercuti ini ibarat kita format semula fikiran kita yang sedang bercelaru ni. So, cuba lupakan si dia dalam tempoh tu dan nekad mulakan hidup baru selepas bercuti.
5. Ingat Allah
Buat apa sedih-sedih pasal awek kau tu? Dia siapa? Ingat balik, apa tujuan kita hidup di dunia ni. Cuba bertafakur kejap. Ambil air semayang. Solat sunat. Mintak ketenangan dariNya. Bacalah Al-Quran seperti sepatutnya. Cuba fikirkan semula. Kerana apa Allah tu merampas si dia dari kamu? Sebab Allah itu ingin berikan kamu peluang untuk mengenaliNya pula dengan lebih rapat. Wallahualam...
21 ulasan:
betul tu...lagi satu kalu nak lupe kan someone senang je...buat2 ilang ingatan..hahaa..
nice tips atok..chii sblm ni pun penah gak share pasal ni :)
lg satu saya cadangkan dia pi surau masjid pi bersihkan kolah kat citu..pasti masa kan terusu
lagi satu,,mkb bnyk3 ! haha
betul2...tapi paling mujarab dekatkan diri dengan Allah dan luangkan masa dengan famili n kawan2. jgn biarkan masa kita bersendirian banyak ngat. mesti pedih frust ni. tapi pikir posiitf. dia mungkin bukan terbaik untuk kita.:)
komen yg ke 5 tu mmg terbaiklah tok wan!,,,tpi manusia ni bila dh sembuh,,dicarinya lagi cinta palsu tu,,kalo nk wat bini xpela gk kn,,
psst: x tahan sebutan minah bangang tu,,haha3,,amboi2 tok wan,,meninggl bunuh diri ni dilaknat tuhan..smoga kita jauh darinya..
thanx atok kongsi tips.cewahh hehehe
tips atok betul...tp lawak la...hehehe....
sengal ye tok..hihihi..
tips yg baik atok...btol ke pompuan yg nak bunuh diri aritu dah mati bunuh diri kali kedua...minum clorox..
Taufan Bin Ribut : (Tok Wan reply) Wah3x....hilang ingatan...idea yang bernas...bahahaha
chii : Ooo, mesti chii pun penah frust ni..hehe
sahromnasrudin : Betul2. Jangan biarkan sunyi sikit pun!
Novelgurl : wow! x leh2...nanti gomok
♥suNa husNa♥ : Tok Wan stuju ngan statement ♥suNa husNa♥
wanacesh : Atok dengar cita dia dah mati tau! minum klorok!
ShaLLeyShaLina : Cecame..huhu...lamo x singgah yo
KUREKURE COMEL : Heyyy. Itu tips Tok Wan k...larikkkkk maratooon!
faiz : Tok Wan ponah yo dongar. Boto ke tu faiz??
entry yang sangat sesuai untuk saya ketika ini... :(
amry : Amry tengah frust ek...
Salam,
waahh.. betul lah. kebetulan apo yg atok koba ni sumo den buek. memang mujarab. kecuali yg bercuti tu.. sbb sey lom dapek amik cuti laie. hihi. syabas bete!
Catat Ulasan