Rabu, 9 Mac 2011

Tips merapatkan hubungan dengan anak remaja

Tok Wan


Assalammualaikum Tok Wan!! Pekabo? Cantik maskara Tok Wan. Bling bling. Hihi. Tok Wan, saya Latifah Manshodot dari Kajang. Saya ada masalah sikit Tok Wan. Hope Tok Wan dapat bantu Tipah sejajar dengan status Tok Wan sebagai kaunselor terpemes di rantau Asia Tenggara. Pemes ke??...
Tok Wan, Tipah ada seorang anak remaja perempuan. Anak dara Tipah tulah satu-satunya anak tunggal yang Tipah ada. Sebelum ni, anak Tipah tu memang seorang anak yang manja dan rapat dengan kami suami isteri. Tapi, baru-baru ni Tipah perasan yang anak Tipah ni selalu menjauhkan diri dari Tipah. Tipah takutlah Tok Wan. Kot-kot anak Tipah jadi bohsia ke kan. Tolonglah Tipah ye Tok Wan, macam mana nak kembalikan keakraban kami seperti dolu-dolu.

Jawapan Tok Wan :

Waalaikumussalam. Tok Wan sihat walafiat. Cantik ker maskara aku tu? Ala...Tok Wan beli kat pasar malam je Pah. Selonggok 3 hengget. Aku borong selonggok! Pemes ke aku ni  Pah? Ko ni saje je perli haku kan. Makan dalam Pah!

Baiklah, berbalik kepada masalah Pah tadi, Tok Wan rasa bukan Pah yo yang terlibat dengan problem ni. Mostly all parents face the same problemo. Cewaah. Aku tercakap bahasa Uganda ke. Pah, Tok Wan pun pernah hadapi perkara yang sama terhadap anak dara Tok Wan dolu-dolu. Ini adalah perkara biasa. Sedar tak sedar anak Pah tu sudah menghampiri alam dewasa. Iaitu peringkat pertengahan antara kanak-kanak dan dewasa. Perubahan hormonlah yang membuatkan anak Pah tu suka mengasingkan diri. Mungkin Pah boleh gunakan salah satu cara Tok Wan advice ni sebagai satu usaha untuk merapatkan hubungan semula. Even tak rapat 100% pun, sekurang-kurang eh Pah dapat kawal anak Pah tu dari jadi bohsia.

1. Kenali siapa kenalan anak Pah.
Ini penting Pah. Kau pernah dengar tak perumpamaan Arab. Kalau kau berkawan dengan orang jual minyak wangi, kau akan dapat bau wanginya. Haa....tak semestinya lepas ni kau nak carikan orang jual minyak wangi kasi kawan dengan anak kau Pah. Bukan tu maksud Tok Wan. Maksud Tok Wan, dongan sapa anak kau berkawan tu penting jugak amik tahu Pah. Kalau anak dara kau tu kawan dengan bohsia, berpotensi besarlah anak kau jadi bohsia. Kalau anak kau kawan dengan ustazah, alhamdulillah macam ustazahlah peel anak kau. Selamat donia akhirat.
We are BFF!


2. Curi masa bersama dengan anak
Time anak kau tengah duk usha pepohon rimbunan keliling rumah tu, apa kata kau dekat-dekat dan ajak berbual. Cuba berkongsi masalah dengan anak kau tu. Mana tahu, kot-kot ada masalah dalam pelajaran sebab tertinggal ke. Masalah dipulaukan kawan-kawan ke. Masalah pakwe ke. Ha! kalau masalah pakwe, ko bergegas ke dapur ambik kayu mop. Kau bedal anak kau sedas. Wah! dah pandai nak cintan cintun bagai.

3. Jadikan anak sebagai kawan
Kalau anak tu dah remaja, Tok Wan rasa tak salah rasanya kalau layan anak tu sebagai kawan. Jangan layan anak tu macam hanak-hanak lagi. Jiwa tengah memberontak tu. Kau layanlah dia macam kawan jiran2/opismate kau yang lain. Nanti, bila si anak sedar bahawa emaknya begitu rapat nanti si anak mesti akan berkongsi suka duka dengan mak tanpa berselindung. Hidup dia pun akan lebih ceria sebab dapat 'kawan' baru. Lagi bagus kalau tiber dia anggap kau bestfriend dia. Lagi terharu Pah!

4. Ajak pergi bergusti bercuti
Tak payah nak pergi bercuti ke Eropah bagai. Dari kau membazirkan duit pi Eropah tu, baik kau pergi Umrah. Takpun cukuplah sekadar bercuti dalam Malaysia. Kalau bercuti kat kampung halaman lagi bagus. Tak banyak belanja. Ha...masa tengah bercuti tu, Pah cubalah mendekati si anak ni tadi. Cuba ajak bergurau senda ke, bertepuk amai amai ke kan. Anak remaja ni susah sikit nak jaga hati dia Pah. Memang cepat sensitip. So, kau kena layan dia tanpa menyinggung sikitpun perasaan dia. Nanti mesti dia sayang kau lebih.
Main tepuk amai-amai


5. Pantau pergerakan anak
Ini paling penting Pah. Walaupun 4 kaedah di atas tadi Tok Wan huraikan lebih kepada cara lembut, tapi yang kelima ni kau kena tegas kadang-kadang. Sporting pun sporting jugak tapi kena ada batasan. Kalau anak kau tiber rajin cakap nak pergi perpustakaan negara nak study subjek alam dan manusia tapi pakai baju pesyen macam zaman prasejarah...cepat-cepat kau cakap NO!. Itu kompem melencong ke lain. Dia nak nangis, nangislah. Jangan kau yang menangis kemudian.

Tu yolah yang sompek Tok Wan fikirkan. Mano yang baik tu amalkan, mano yang macam mengarut tu abaikan. Ingat Pah! Anak kita hari ini, menentukan nasib kita pada masa depan. Tok Wan nak poie musolla dulu yo. Jumpo laie lagi 2 minggu. Zassss!




6 ulasan:

teacher bonda berkata...

info yg bagos nih tok.TB slalu guna teknik ke3 ms treat students TB.so far alhamdullah..masih blh dikawal bdk2 tu dlm kelas.(dlmkelas la.luar sekolah..wa tatau..:))

KUREKURE COMEL berkata...

bagus tok wan...hehehe...

kalau anak tu mintak omaknyo melancong tiap tiap hari..cmno tu..
kihkihkih..

faiz berkata...

tp kalo makayah kalo terlalu berkeras pon bley menyebabkan ank menjauhkan diri...mcm adik2 den..

Unknown berkata...

teacher bonda : Yup Teacher Bonda. TB pun guru anak2 remaja. So, rasonyo leh guno cara ni

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Melancong tiap2 ari? Botak kepalo omak eh tu Mina...

Unknown berkata...

faiz : Kono balen lah faiz. Garang na tak bulih, sporting na tak yo bulih. Ikut keadaan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih