Ahad, 27 Mac 2011

Juara Akademi Al-Quran

Akademi Al-Quran AQ diterbitkan sejak tahun 2006. Akademi Al-Quran sudah melahirkan empat juara iaitu  Abdullah Fahmi Che Nor (juara AQ1), Anuar Hasin(juara AQ2), Fakhrul Radzi Khamaruddin (juara AQ3) dan terkini Ahmad Tirmizi Ali (juara AQ4).
keputusan akhir akademi al-quran 5

Akademi Al-Quran Musim Ke-5 telah menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab.

Akademi Al-Quran Musim Ke-5 AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama.
Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak. Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Pemenang Juara Akademi Al-Quran Musim 5
Alhamdulillah, malam ini tamatlah sudah perjuangan Qari2 dan Qariah2 peserta Akademi Al-Quran musim 5 yang telah berlangsung sejak Januari lalu. Perjuangan 4 orang peserta iaitu  Syah, Husaini, Nasir dan Suhailah sejak dari mula akademi sehingga membawa mereka ke peringkat akhir.peserta keputusan akhir akademi al-quran 5
Siaran secara langsung Akademi Al-Quran 5 di pancarkan dari Pusat Konvokesyen antarabangsa PutraJaya (PICC), 26 Mac 2011 yang bermula jam 8.30 hinggan 10.30 malam hanya di TV9, DiHatiku…
Juara Akademi Al-Quran Musim 5:
juara akademi al-quran 5
Saguhati Juara Akademi Al-Quran Musim 5:
akademi al-quran 5akademi al-quran 5akademi al-quran 5
TAHNIAH kepada semua peserta. Atok tak kesah sapo monang. Bagi atok sumo anak mudo ni pemonang. Hope jadi contoh kek remajo kito sekarang ni  ^__^
Credit pada Taq

4 ulasan:

faiz berkata...

mmg hebat dieorg ni sume..

KUREKURE COMEL berkata...

bagus2.....nmpak riang je muka diorang...hehehe...

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Itulah. Bagus mudo2 dah libatkan diri dalam perkara camni

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Hihi...sempoi kan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih