Khamis, 10 Mac 2011

The Funniest Scary Notice Board Ever!

Auntie Mei Mei


Hello body everybody? How are you today? Hopefully fine lor. This week aa, auntie would like to sharing with you guys about the funniest scary notice on a Noticeary not Board. What the hell is that aa? Haiya you estimate by yourself lor. Ok2, you guys may read the most scary notice ever! Cikidout aa...







Efektif Januari 2007

Kod pakaian
1.      1. Kau dinasihatkan pergi ke kerja dengan memakai pakaian berdasarkan tingkat gaji kau. Jika kami nampak kau pakai kasut Prada dan membawa beg Gucci, kami anggap kau mempunyai kewangan yang baik dan makanya gaji tidak akan dinaikkan.
2.     2.  Jika kau memakai pakaian seperti orang susah, kau kena belajar menguruskan kewangan dengan baik, jadi kau bolehlah membeli baju yang cantik-cantik dan makanya gaji tidak dinaikkan.
3.     3.  Jika kau memakai pakaian yang sesuai, anda berada di kedudukan yang sepatutnya dan makanya gaji tidak dinaikkan.

Hari sakit
Kami tidak akan menerima lagi sijil cuti sakit doctor sebagai bukti kau sakit. Jika kau boleh jumpa doctor, maka kau boleh pergi kerja

Hari cuti
Setiap pekerja akan menerima 104 cuti setahun. Ianya dipanggil cuti Sabtu dan Ahad

Cuti simpati
Ini bukan alasan untuk ponteng kerja. Kau tak boleh buat apa kalau kawan kau nak mati, saudara-mara atau rakan sekerja. Setiap urusan kematian itu boleh dilakukan oleh orang luar yang menghadiri upacara tersebut. Dalam kes terpencil, jika penglibatan pekerja dalam upacara pengebumian itu diwajibkan, maka pengkebumian itu  harus  dilakukan lewat tengahari. Kami berbangga untuk membenarkan kau  pergi masa waktu rehat kau dan akan diberikan rehat sejam awal.

Penggunaan jamban
1.      1. Keseluruhannya, banyak masa dihabiskan dalam jamban.  Sekarang dikuatkuasakan hanya terhad 3 minit di jamban.
2.     2.  Selepas 3 minit, jam penggera akan berbunyi, kertas tisu jamban akan di tarik kembali, pintu jamban akan terbuka, dan gambar kau akan di ambil.
3.      3.Selepas dua kali kesalahan, gambar kau akan diletakkan dalam notis syarikat di bawah kategori “kesalahan kronik”
4.     4.Sesiapa yang ditangkap dalam keadaan senyum, gambar tersebut akan dihukum di bawah polisi syarikat “masalah mental”

Waktu rehat
1.      1. Pekerja kurus akan diberikan masa 30 minit untuk makan tengah hari, kerana mereka perlu makan banyak nanti nampak lebih sihat
2.      2. Pekerja normal diberikan masa 15 minit untuk makan tengah hari, kerana mendapatkan hidangan seimbang utuk kekalkan kesederhanaan itu.
3.     3.  Pekerja gemuk diberikan masa 5 minit untuk tengah hari, kerana masa itu hanya diperlukan untuk minum Slim-Fast

Aunite Mei Mei Say : Omaigottt!!! Is that real??.............YES its real. The notice board is paste by one of the unknown company in this world. Donia.....donia...




6 ulasan:

AngahSayang2314 berkata...

wah bestnyer kalau ada keje macam nie heheeee

teacher bonda berkata...

KEJAMnya....

Unknown berkata...

AngahSayang2314 : Apakah?

Unknown berkata...

teacher bonda : Atok rasa ni kat Jepun atau Korea kot.

Tanpa Nama berkata...

>> part guna toilet 3 minit tu tak bole masuk akal..

Cik Rimau berkata...

kejam pye peraturan.. isy3.. keje kt company ni, sure sakit mental jadinye... hahahahaha

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih