Sabtu, 19 Mac 2011

Fenomena Super Moon

APA ITU SUPERMOON? 

Pada 19 Mac 2011 ini (malam ini!), bulan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit. Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon". 

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.  ( sumber  )

100607111310-large

KAITAN DENGAN BENCANA ALAM
Kita sedia maklum tentang kejadian pasang surut air laut berpunca dari graviti bulan dan kedudukan yang lebih dekat ini dikhuatiri akan menyebabkan air laut meningkat ke tahap yang lebih serius dan mengundang tsunami. Tetapi hanya Allah yang menentukan segala galanya. Kita doakan semoga segalanya berjalan seperti biasa dan tiada bencana meragut nyawa yang berlaku. Video dibawah menunjukkan bencana bencana yang akan berlaku jika fenomena ini berlaku malam ini!



PERLUKAH KITA BERSEDIA
Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku. Jadi perlukah kita bersedia? Ya, kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Untuk malam ini, sila pastikan anda tidak berada dekat dengan kawasan pantai dan laut. Ini cuma persediaan sahaja dan bukan khabar angin yang mengatakan fenomena ini pasti akan berlaku. Hanya Allah yang menentukan sesuatu.

Namun fenomena ini juga mendapat PENAFIAN(sumber) dari sesetengah ahli astronomi bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam. Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.

Penafian Ahli Astronomi
Ahli astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam. Jadik, orang ramai tidak perlu risau akan kejadian ini. Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.
Korang hanya perlu nantikan pengumuman dari badan-badan professional berkaitan untuk memastikan tahap Supermoon ini. Artikel di sini hanyalah sebuah perkongsian hasil dari pembacaan secara umum. Apa yang  dikongsikan bukanlah idea professional.

Bacaan lanjut juga di:

Credit to : Hazrilhafiz , Anjungsazuwi

2 ulasan:

nur amalina athman berkata...

confius dekat sini

Ahli astronomi MENAFIKAN bahawa fenomena Supermoon ini TIDAK akan mempengaruhi mana-mana bencana alam..

jadi..bnda ini akan mempengaruhi bncana alam laa??

Unknown berkata...

Spt yg kita tahu, kalau bulan berada dekat ngan bumi, air laut akan pasang sahaja....TIDAK terjadi tsunami dan bencana lain...Tsunami dan bencana lain terjadi akibat pergeseran plat di dasar bumi @ gempa bumi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih