Jumaat, 4 Mac 2011

Cucu pilihan atok ke - 3

Ini cucu pilihan atok ke-2. Klik sini untuk kenal Pena Jiwa Marhean
Na, masuk minggu ni minggu ketigo segmen "Cucu Pilihan Atok" diperkenalkan. Secara automotiknya atok dah review tigo blogpun. Sobolum ni atok ponah cer cerghiter perihal blog Makcik Rehan, Jiwa Pena Marhaen (kalau nak skodeng, search/klik label ni "cucu pilihan atok")

Sapo deh cucu den yang bertuah minggu ni? Ok, atok bagi hint sikit. Cucu pilihan minggu ni merangkap cucu yang ke-3 adalah seorang wanita. Jeng jeng jeng......Ok, atok tak mau cer ceghiter panjang-panjang sobab korang pun tak suka entry meleretkan...Dengan ini, atok maklumkan bahawa cucu pilihan atok ke-3 telah disandang oleh...


Hoyeyyyyy hoyeyyyyy....tepok tangan kuat-kuat. Tuan empunya blog ni memang rajin singgah blog atok bagi komen. Tapi tak bermaksud selalu singgah dapat title ni wokey. Atok pilih matmina sobab atok suka baco entry yang dia post. Matmina banyak berkongsi kisah peribadinya yang dolu-dolu, terkini dan kadang-kadang dia ada jugak buat entry tentang berunsur nasihat. Tak lupo juga kisah terkini arnab-arnab comelnya tahap gebu. Atok ikuti sejarah arnabnya sejak zaman Wak Ketari dan Mak Limah lagi.

Setiap bait-bait perkataan yang dio taip, atok dapat rasakan kejujuran matmina bercerita. Tak ada sikit pun istilah gediks/poyos. Ikhlas semuanya. Matmina seorang blogger yang mesra rakyat akan tetapi dia bukanlah macam kad minyak mesra rakyat petronas tu atau wakil rakyat yang terlebih mesra rakyat ketika menjelang hari pengundian. Beliau akan berkongsi kisah suka duka hidup tanpa berselindung disebalik topeng kepura-puraan. Menggunakan tema blog warna hitam putih dan sedikit kaler pepel cukup membuatkan jiwa tenang membacanya tanpa widget2 bling-bling ntah hape-hape yang semestinya melombabkan loading.

Mako, dengan rasa rendah dirinya atok ingin menyampaikan replika "Cucu Pilihan Atok ke-3" khas untuk matmina. Walaupun replika tu macam reptalia sikit-sikit, tapi hope matmina terimo dengan seadanya. Nah!




Mohlah ramai-ramai kito singgah blog matmina!

10 ulasan:

faiz berkata...

cucu atok ni single lg x...heheh..jom terjah..

KUREKURE COMEL berkata...

rasa dh merah muka...hehehe...
tq byk2 tok...kihkihkih...

AngahSayang2314 berkata...

wahhhh atokkkkkkk dah ada cucu tak tahu lakkkkk hehehee

Amy Syaquena berkata...

wah tahniah,sekarang juga amy terjah

Pena Marhaen berkata...

tahniah pado cucu atok yg ketigo..!!

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Ha, kalau nak tahu terjahlah blog MATmina...hihi

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Sesame. Teruskan berblog ek.

Suhami Ahmad berkata...

AngahSayang2314 : Atok memang ado cucu ngah, tapi atok nak pilih setiap minggu

Suhami Ahmad berkata...

Amy Syaquena : Terjah mie, jangan tak terjah. hihi

Suhami Ahmad berkata...

Pena Marhaen : Hoyeyyy...hoyeyyy...hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih