Selasa, 1 Mac 2011

Buang Word Verification untuk Komen Blog

Cikgu Nasir
Selamat pagi murid-murid. Amacam pagi ni? dah sarapan lom?.  Pagi ini cikgu nak mengajar kamu semua tentang bagaimana untuk membuang word verification di ruangan komen blog. Murid-murid sudah sedia? Baiklah ke garisan, get set, GO!  (T_T)


Okeh sebelum kita pergi ke pelajaran yang lebih lanjut, cikgu nak kamu tahu apa itu word verification? Ala...word verification tu macam pengesahan perkataan. Cuma nak tahu yang bagi komen ni orang ataupun spam. Selalunya spam ni from anynomous a.k.a tanpa nama. So, kalau tak nak kena spam kau unclick kat anynomous sudeh, tak payah letak word verification bagai.

Kalo isi verification ni dapat makan nuget takpolah jugak
Tahukah pelajar bahawa setiap entry yang dikomen akan menjadikan entry anda itu sebenarnya topik yang hangat dan kababooom? Mungkin si pembaca entry kamu ingin turut memberikan komen pada entry itu. Tapi bermacam-macam step nak kena ikut. Untuk makluman pelajar sekalian, word verification yang terdapat diruangan komen blog amat menjengkelkan. Malah kadar kejengkelannya itu bertambah buruk apabila berukben macam cikgu punye ni slow tahap nak kono pelompang.

Secara tidak langsung, hal ini akan mempengaruhi minat untuk orang memberi komen. Malah lebih teruk, ada yang terus blok blog anda. Anda sudah kehilangan 1 peminat! Maka, amat penting untuk melupuskan word verification ini. Tapi ini pun bergantung pada pelajar juga. Kalau nak letak, letak. Tak nak ikuti step ni. Bagaimana caranya untuk menghapuskan menatang tu? Sila ikuti langkah-langkah di bawah
1. Log in masuk blog memasing. Then windows ini akan terpapar. Klik pada setting.




2. Pastu dia akan keluar macam nih, klik pada comment





3.  Di pautan comment tu, akan ada perkataan Show word verification for comments?, ha...tunggu apa lagi, kau kliklah "no". Pastu pelajar tekan save. Dah siap!
 
Amacam? Minggu berikutnya cikgu akan ajar lagi tentang basic berblog. Errr....cikgu pun baru grad, tak berapa nak pandai sangat bab2 camni. Kita belajar sesama k. Ok, cikgu balik dulu.

17 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
lawat atok pas breakfast....
Skema plak ayat2 atok dalam entry ni...
mana slang nogri?
hehe

faiz berkata...

mmg terbantut kdg2 tu hasrat nk komen kalau ade word verification..

CahayaCintaIlahi berkata...

wah2 atok wat tutorial la
hehe tapi kan memang menyemak so
lebey bek buang word verification ni huhu chaiyok2 atok ;)

KUREKURE COMEL berkata...

betul2...dh la kat opis ni kena block...

menyusahkan mina utk tuggu word tu keluar...huhuhu

Mawar Merah berkata...

haruslah dibuang sbb melambatkan proses mengomen post and menyampahkan aje..dh la MM ni kalau pegi blog org, mmg suke trunkan komen2 membina. Tp slalu la jmp mende2 gini yg melemahkan semangat nk bg komen.

AngahSayang2314 berkata...

benda nie leceh kan???

Unknown berkata...

Ohno!!! : Waalaikumussalam. Ini entry Cikgu Nasir. Dia pun dah skema dah tu.

Unknown berkata...

faiz : Kalau tenet laju ok lagi, kalau slow atok terus pangkah

Unknown berkata...

CahayaCintallahi : Hihi...haish, itu tutorial cikgu nasir
=P

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Opis pun kena blok ek. Samolah kita

Unknown berkata...

Mawar Merah : Mokasih singgah umah atok. 1st datang ek. Haah, mungkin diorang tak tahu nak disable word verification tu kot

Unknown berkata...

AngahSayang2314 : Tahu xpe ngah

HASNORWANI ... berkata...

tq..memg sy mencri cra ni/...hahah..tq tq.nice blog! sy follow erk

Miza Idgihat berkata...

atok cikgu mantop :D ! bagus2 beri nasihat kepada pelajar diluar sana :)

Unknown berkata...

HASNORWANI : Mekacih singgah umah atok...

Unknown berkata...

Cik Chokie : Hihi, ni yang kombang nih

NoorBieLover berkata...

tq cikgu..saya dah buat.coz sblum ni ada org komen kalu xde WV lg bgus..

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih