Isnin, 14 Februari 2011

Valentine's Day

Atok tahu, hari ni 14 febuari kan. Hari apo? Hari berkasih sayang atau bahaso modennya Valentine's Day. Mesti ramai anak muda yang meraikan hari istimewa tu kan? kan? Yelah, setahun sekali mestilah istimewa. Tu yang jadi macam [INI] tu

Atok pun pernah jadi remaja jugak. Pernah bergolak nafsu satu seketika dulu. Atok faham benar perasaan cu atok kat luar tu. Tapi atok masih teruna k! Pada pendapat atok hari berkasih sayang ni adalah menyeluruh. Tak semestinya dengan kekasih semato-mato. Tetapi berkasih dengan keluarga, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, even haiwan sekalipun.

Ok what? kenapo tak boleh menunjukkan kasih sayang kita pada hari istimewa nih? Kenapa nak haram2 bagai hari kekasih 14 Feburari ni??? Abis minum arak tu tak haram? Apasal ada orang minum? Hisap rokok tak haram? Apsal berduyun-duyun menghisap? berjudi? Berzina? Merogol? Kenapa pulak hari nak berkasih sayang yang tu nak diharamkan.

Ha, meh sini sayang duduk rapat ngan atok meh. Atok nak bercerita sikit.

 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh menyedihkan apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertelingkahan dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Atok tak cakap kita kena tolak bulat-bulat kasih-sayang tu. Berkasih-sayang tu bagus. Tapi caranya kenalah betul. Even Nabi Muhammad pun pernah bersabda.
 Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

Kalau nak meraikan valentine's day ni mestilah banyak wang kos yang keluar. Yelah, kau nak hangkut anak dara masuk hotel bukan keluar duit seringgit dua sayang oii. Beratus-ratus.  Bunga ros kau lagi? Belanja makan hotel mewah lagi? Baju kena branded lagi? Minyak wangi? Kondom?? Coli merah? Duit tu yang oii. Kalau menikah tu,  Mas kahwin tak sampai ratusan. Abis cita. Tak tahan sangat, jumpa mak ayah...p nikah!
 Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.
Maka, still nak sambut lagikah? Ingat cu. Hari untuk menunjukkan kasih sayang bukannya pada Valentine'Day sahaja, tetapi tiap-tiap hari adalah hari yang kita boleh berkasih sayang.Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing

Say no to Valentine's Day
Sumber asal atok petik dari artikel [SINI]

12 ulasan:

kindergartenlibrary berkata...

say no to valentine ..
=)

Encik MamaT berkata...

bagus tazkirah tok arini.. sedikit sebanyak membatu mana yang tak tau...

KUREKURE COMEL berkata...

tq tok...bru tau detail...

Marhaenonymous berkata...

elok bona atok ingatkan cucu atok yang dah mulo lupo diri bilo berkapel tok!!ese sokong ponoh..

Unknown berkata...

nelly : Yesza Nelly!

Unknown berkata...

Encik MamaT : Atok pun asalnya tak tahu. Tapi atok google ni n sharing dgn sumo

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Sesamo. samolah ngan atok

Unknown berkata...

Pena Marhaen : Mokasihlah Marhaen. Atok pun nak ingatkan diri atok gak

Al berkata...

sgguh detail skali tok!
klo ade yg x phm lg xtaula

Nadira Nasarauddin berkata...

setuju! say no to valentine day!

Unknown berkata...

Al : Itu search kat google untuk tatapan kita sumo

Unknown berkata...

Nadira Nasarauddin : Stuju! stuju! hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih