Isnin, 24 Mei 2010

Berilah aku peluang!!



Hari ini genaplah sembilan bulan aku dikandung ibu. Tak lama lagi aku bakal dilahirkan ke dunia. Aku tak sabar-sabar melihat apa itu dunia. Mak aku kata dunia itu indah sekali. Mak juga kata, dunia itu penuh dengan orang yang baik-baik. Penuh dengan kasih-sayang. Panorama yang indah. Ada pokok-pokok, ada awan. Ada pelangi. Mak kata pelangi cantik. Ada macam-macam warna. Tapi jarang-jarang muncul. Dunia ada haiwan. Ada burung-burung. Ada kucing. Hehe, mak suka kucing kan?
Dunia ada banyak bangunan pencakar langit. Bangunan ada kuku ye mak? Boleh cakar-cakar langit. Setiap hari setiap detik mak menceritakan keindahan dunia. Mak...anak mu tak sabar-sabar melihat keindahan semua itu. Anakmu ini tak sabar-sabar menghirup udara segar yang acap kali mak khabarkan itu. Dan yang paling tak tahan menunggu lagi ni, anakmu ini tak sabar-sabar menatap wajahmu. Mesti mak cantikkan? Muka mak mesti macam bulan purnama. Indah berseri-seri pada waktu malam. Seperti yang mak ceritakan pada adik dulu. Ish tak sabarnya. Mak cepatlah lahirkan adik.
Alhamdulillah, masanya sudah sampai. Dari dalam kandungan adik dengar mak menjerit menahan sakit. Mak kenapa mak? Patutnya mak gembira semasa kelahiran adik. Kan dulu mak cakap mak pun tak sabar lagi untuk melahirkan adik. Adik terdengar mak menjerit lagi. Mak meraung-raung. Aduh, adik tak tahan lagi mendengar jeritan mak. Adik tak sanggup mendengar lagi. Kalau benarlah kehadiran adik ini menyakitkan mak, adik rela duduk dalam ni. Adik tak mahu mak terseksa kerana adik. Adik tak sanggup!
Akhirnya selepas hampir sejam menahan sakit, akhirnya adik selamat dilahirkan. Adik menangis semahu-mahunya. Kemudian adik melihat mak memandang adik. Air mata mak masih mengalir. Adik teringin saja mengesat air mata mak itu dengan jari kecil adik supaya mak tak menangis lagi. Adik menyesal buat mak menangis.

Mak, dakaplah adik mak. Peluklah adik seperti yang mak katakan masa adik dalam kandungan dulu. Adik kesejukan. Adik perlukan kehangatan kasih sayang mak. Aduhhh!! adik menjeling pada wajah lelaki yang sedang mengendong adik. Mukanya bengis. Dia memegang adik dengan kasar. Oooh, ini mungkin ayah adik kan? Ayah memanglah kasar sebab ayahkan lelaki. Nanti ayah pergi kerja bagi makan kami tiga beranak. Mak pulak memasak dan kemas-kemaskan rumah. Eehh, adik bahagia sangat. Adik ada mak. Adik pun ada ayah. Adik sayang mak dan ayah.
Mak...ayah...nanti kan, bila adik dah besar nanti adik nak belajar pandai-pandai. Adik nak masuk Universiti. Adik nak keje bagus-bagus. Lepas tu kan, adik nak bawak mak dan ayah tinggal dengan adik. Adik nak layan mak ngan ayah macam raja. Adik pun nak bawah mak ayah pergi Mekah. Itu janji adik. Mak...ayah, adik janji adik akan lakukan itu semua.
Ermmm, hausnya. Mak, adik hauslah. Adik dah lama
dalam perut mak. Kan mak janji pada adik dulu, sebaik saja adik dikahirkan mak akan memberi susu pada adik. Adik nak minum. Mak....kenapa mak pandang adik macam tu. Mak, adik minta maaf kalau adik melukakan hati mak. Tak apalah, mungkin mak penat kan baru melahirkan adik. Adik tak mahu susulah. Nanti, bila mak dah sihat barulah mak kasi ya.
Aduuh!!, ayah merentap tangan adik dengan kuat sekali lagi. Adik memandang mak. Muka mak ketakutan. Ayah terus mengendong adik dengan kasar. Tak apalah, ayahkan lelaki. Adik tak tahu ke mana ayah nak letakkan adik. Ha....adik tahu, mesti ayah nak dodoikan adik dalam buaian kan? Mesti atas buaian tu ada beruang-beruang dan mainan berpusing-pusing. Eee seronoknya! Mak ayah, adik bahagia sekali..
Ya Allah, sakitnya!. Mak! Ayah! Kenapa mak ayah campak adik tepi longkang? Kenapa mak ayah pandang adik dengan muka begitu. Apa salah adik! Adik minta maaf kalau adik dah sakitkan hati mak ayah. Aduhhhhhh! mak ayah! sakitnya. Nyamuk! Aduh!
Mak ayah! adik minta ampunnnnnn!!! mak ingin mengambilku tetapi dihalang oleh ayah. Mak menangis lagi. Mata ayah merah macam biji saga. Dia melarang mak menghampiri aku. Sudahnya mak berpaling dari aku terus pergi meninggalkan aku keseorangan. Mak...adik nak tengok wajah mak. Ayah jahat! Ayah sanggup buang adik. Aku meraung sekuat hati. Melihat aku meraung bagaikan orang gila, ayah cepat-cepat menutup mulutku dengan kain tudung mak. Tangan kecilku tak mampu menepis perlakuan ayah. Mak dan ayah pergi meninggalkanku. Suara tangisan aku kelam. Yang terdengar hanya bunyi sahutan anjing menyalak saja.
Mak dah pergi meninggalkan adik. Ayah sempat menyepak perutku kerana aku meronta-ronta. Adik sakita yah. Adik tak sempat minum susu ibu lagi. Adik tak sempat merasa kehangatan pelukan mak lagi. Ya Allah! kenapa jadi begini. Apa salah adik mak. Apa salah adik ayah. Adik nak ikut mak ayah. Adik nak besar. Adik janji, adik tak nakal. Adik janji adik akan jadi orang yang berjaya. Adik akan jaga mak dan ayah elok-elok bila adik dah besar nanti. Tapi....berilah adik peluang. Mak...ayah...
Puas sudah aku merintih keseorangan diri. Nyamuk semakin banyak. Lipas, semut, kerengga sudah mula mengerumuni aku. Adik tak terdaya nak menepisnya lagi mak. Kain yang menutup mulut adik tadi membuatkan adik susah bernafas.
Akhirnya adik mengalah. Adik malas untuk melihat lagi keindahan dunia. Adik tak mahu lagi melihat keindahan bulan menerangi malam. Adik hanya pejamkan mata menahan kesakitan gigitan serangga-serangga tadi. Adik mengetap bibir lagi. Adik sakit mak. Adik tak tahan ayah. Kalaulah begini tindakan yang mak dan ayah lakukan pada adik sebaik saja adik dilahirkan, adik lagi rela duduk dalam perut mak. Adik lagi rela tidak dilahirkan.
Mak...ayah...walauapapun kekejian yang mak ayah buat pada adik, adik tetap doakan pada Allah supaya bukakan hati mak ayah untuk bertaubat. Ya Allah, Kau ampunkanlah kedua dosa ibubapaku. Mak...adik pergi dulu ya. Walaupun kehadiran adik ini sekejap cuma, tapi adik bahagia menatap wajahmu. Terima kasih lahirkan adik kat dunia ni. Mak...ayah...adik penat. Adik tak tahan sakit. Adik minta izin mak ayah maafkanlah dosa adik. Semoga Allah merahmati kehidupan mak ayah. Amin
Akhirnya aku menutup mata buat selama-lamanya setelah tak sampai suku hari merasa menghirup kesegaran udara ciptaan Allah. Mak...ayah...kadang-kadang ada juga terlintas difikiran adik, lebih baik adik dilahirkan oleh anjing yang sedang bersahut-sahutan itu.
mak...ayah....nanti adik tunggu mak ayah kat sana ya......
:'(

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih