Selasa, 15 Februari 2011

Tips tumpukan perhatian dalam kelas

Salam Tok Wan,
Saya Aizat. Berumur 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ni. Tok Wan, saya telah dimaklumkan oleh sahabat saya pasal kewujudan segmen Tok Wan. Segmen Kaunseling Bersama Tok Wan. Sumpah sebelum ni tak pernah hayat saya tahu kewujudan Tok Wan di alam maya ini.

Walaupun kat sekolah saya ada cikgu kaunseling, tapi saya malu. Sebab cikgu tu cute. Tok Wan, masalah saya macam ni. Saya adalah pelajar cemerlang masa PMR. Namun semasa tingkatan 4, saya sudah terbiasa dengan statement kengkawan "tahun honeymoon weiiii". So, saya sudah termelekat dengan sifat kemalasan itu. Malah lebih buruk, kini saya tak tahu macam mana nak belajar seperti dulu lagi.  Saya tak tahu nak tumpukan perhatian dalam kelas macam mana. Saya sudah kehilangan skill itu. Bolehkah Tok Wan mengembalikan skill saya semula? Tolonglah saya Tok Wan, tahun ni saya nak amik SPM. Sekian.



Tok Wan
 Jawapan Tok Wan :
Wah wah wah. Banyak cekadak ko nak suruh aku kembalikan skill ko tu Zat? Apa, kau ingat Tok Wan ni ahli sihir termasyur yang boleh kembali-kembalikan skill orang nih? Tok Wan ni insan lemah Zat. Sekolah pun tak tinggi sebab Tok Wan nyorok kat surau sekolah. Setakat nasihat tu bulih lah Tok Wan kasi berdasarkan pengalaman Tok Wan jadi bohsia dulu-dulu. 

Ha, sapo suruh kau malas? Tok Wan tak suruhkan. Jangan ingat PMR tu dapat sepuluh belas A sekalipun, tak jamin lagi maso dopan tu cerah! Ingat tu Zat. Zaman sekarang ni kalau tak ado sekurang-kurang eh diploma, jangan mimpilah nak hidup sonang. Pogangan hidup tu mesti ado. Tu dia aku dah start membebel.

Macam nilah, bagaimana Tok Wan nak kupaskan skill untuk mengembalikan tumpuan dalam kelas tu, Tok Wan surrenderlah. Skill tak ado diajar dalam buku. Bukan apo, semuo tu bergantung pado minat kito dalam kelas. Tak ado minat, musti kono pupuk minat belajar dulu. Contoh eh, Tok Wan dulu memang cukup anti boto dengan subjek Geografi. Ontah apo namo subjek eh ntah. Namun, berkat Tok Wan menanam sifat minat dan cintakan subjek tu, Tok Wan boleh score tau. Siap dapek markah tertinggi lagik tuh! Kau adoo?

Kono rajin bertanya jugak dengan cikgu. Rapat dengan cikgu. Hormati cikgu. Kalau Aizat buat ketiga-tiga perkara ni, insyaAllah tumpuan tu akan datang sendiri. Aizat mesti suko maso cikgu tu mengajar. Dalam masa yang sama mesti mata tu tertumpu pada pelajaran yang cikgu ajar. Benda tu akan datang sendiri Zat. Percayalah cakap Tok Wan. Hubungan dengan guru tu kono pelihara. Tak kisahlah cikgu kau tu kaki pukul ke, kaki rembat ke kaki bangku ke. Itu cikgu kau. Orang yang sudi mencurahkan ilmunya pada kau Zat. Kalau boleh pandang anak mato cikgu tu kalau dio mengajar. InsyaAllah, ilmu tu terus masuk ke dalam otak tanpa ada hijap pun.

Aizat pun musti kono jaga pemakanan. Tok Wan amalkan makan kismis sejak zaman anak daro lagik. Sebab tu body aku maintan 36 24 36. Amalkan makan kismis boleh menajamkan minda. Tok Wan bukanlah nak membangga diri. Tapi apo yang Tok Wan amalkan, Tok Wan kongsi bersamo. Selain amalkan pemakanan kismis, Tok Wan akan minum susu tiap-tiap malam untuk meningkatkan tumpuan. Tiap-tiap pagi sebolom nak ke sekolah musti kena sarapan. Wajib! Ini sarapan tidak, time belajar teringat cekodok basi mak kau.

Seterusnya Aizat kena jugak;'////////////////= /vyu70 <------kucing Tok Wan tekan keypad laptop.
sambung balik....Aizat kena jugak bersalaman dengan mak ayah sebolum poie sekolah. Amik berkat dulu. Kalau terbiasa cium mak ayah, ciumlah sekali. Tak payah nak buat ayat Neng Yatimah menangis tak pepasal. Cukup sekadar ucap "mak ayah, Aizat ke sekolah dulu ya". Cukup! Maksudnya, mintak izin mak ayah tu redha dengan perbuatan kito. Sonang ilmu tu nak masuk. Kalau boleh, sedekahkan Al-Fatihah kat mak ayah setiap hari tak kirolah mak ayah tu masih hidup atau telah pergi. Murah rezeki kau Zat.

Dan akhir sekali, mesti kono rajin membaca. Rajin membaca menajamkan minda. Apabila minda itu tajam, senang ilmu nak masuk. Tak kisahlah baco buku apo. Tapi kalau bulih yang memberikan manafaatlah. Selain tu, maso nak mulokan sesi pembelajaran tu, cubo baco doa penerang hati. Doa eh camnih



Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Itulah pendapat Tok Wan. Amacam? Kencang tak ulasan aku? Haish, perasan tul orang tua ni. Takpolah Zat, mano yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari diri Tok Wan sendiri. Selamat mempraktik!

4 ulasan:

aida4eva berkata...

paling senang nak tumpu tanpa mengantok, kunyah gula-gula liat :)

Unknown berkata...

huhu...boto2...tok wan stuju!

HANA berkata...

walaweyyyy...tok wan hevaddd..!! mmg den stuju bonar..tok wan..kelasss gitew

Tanpa Nama berkata...

nak tanya ni tok wan..kan tok wan ada cakap minum susu tiap2 malam..tak kesah ea jenama susu tu, everyday ker susu lembu ker nespray ker susu cair ker?xkesah kan?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih