Selasa, 1 Februari 2011

Tips semasa banjir

Atok

Atok tahu sekarang ni memang musim hujan. Kat kampung atok ni pun dah lobih 36 jam hujan tanpa gonti. Jalan sumo kono tutup sobab banjir. Air paip pocah. Jambatan runtuh. Jalan ketoapi habih dek banjir. Memasing duk hibernasi yo kek umah. Nak update blog pun maleh yo. Mulut mengunyah2 ubi ghobuih sambil mato tengok tebito pasal banjir.

 Ha, sempeno segmen "ANGKAsawan" kali ni, atok nak review sket perihal banjir dari awal sampai hujung versi atok. Mano point yang raso sesuai tu amiklah pengajaran, mano yang point macam raso nak baling kasut tu, abaikan yo. Ok2, cikidout...

1. Dapatkan maklumat terkini pasal banjir di kawasan cu.
Ini paling ponting. Dongar kek telibisen atau radio pasal banjir kat kawasan memasing. Kalau bulih dapek an nombor tipun abang polis kawasan daerah memasing. Nak yo tahu perkembangan semaso. Kok air dah naik ko. Kok air makin surut ko. Kok jambatan dah tinggal batang bosi yo ko. Sumo ni ponting amat. Kengkadang banjir dah paras dado kek luar sanun, tapi kito seronok-seronok tengok cito korea kek umah. Bahayo tu. Kang ado pulak kes keluar Kosmo!, 4 sekeluarga tersangkut atas pokok kelapo!


2. Selamat an mano yang termampu.
Kalau dah teruk sangat sampaikan abang polis memberi sokongan moral supaya berpindah ke tempat selamat, silalah ambil mano-mano dokumen yang ponting tu masukkan dalam plastik. Macam surat beranak ko kan. Sijil nikah ko. Duit ko. Masuk an dalam plastik pehtu sopit an kek ketiak 24 jam. Perabot-perabot atau telibisen tu, lotak an tompek tinggi-tinggi sikit. Ikut rejokilah tu. Kok ado rejoki, selamatlah deh tu. Kucing-kucing tu jangan ditinggal an. Sian deh.

3. Tutup suis elektrik dan tong gas.
Maso nak keluar rumah tu, pastikan semuo suis elektrik baik yang suis bosar ko, suis kocik ko, ditutup. Takut yo kan. Kok banjir dah surut sok, aliran elektrik tu dah rosak pasal banjir. Tak pepasal dah kono kejutan elektrik. Pehtu nak elakkan litar pintas ko kan. Selain tu, pili gas tu kono tutup gak. Bukan dongki tak kasi masak. Tapi sebagai langkah keselamatan sobolum meninggal an rumah. Kang takut yo tetibo kababOoOom!

4. Awasi anak-anak .
Budak-budak ni bukan dikiro bonar eh doh. Air kelimbah jamban tu pun jadik tiruk. Dio tak kiro. Yolah, budak-budak apo dio tahu an. Kito yang tahu ni, nasihat an kek anak-anak kito tu jangan main air. Bahayo musim hujan ni. Arus deras. Takut lomeh. Pastu takut gak kok sodap-sodap mandi air banjir tu datang pulak macam-macam penyakit. Koncing tikuslah. Koncing babilah. Koncing manusiolah. Bahayo tu.  Say no tiruk to hanak-hanak!. Biarlah dio nak melalak ko apo, jangan kito yang melalak dikemudian hari.


5. Langkah keselamatan selepas banjir
Pastikan tak ado wayar elektrik yang terendam ke air. Bahayo tu. Letrik tu jang! Pehtu, maso nak masuk rumah tu pastikan syiling rumah tu tak merekah/melerai. Kang kono himpap. Kasut kono pakai. Takut yo kok terpijak bondo tajamkan. Kok ado ular ko main ba chak ba chak. Kok ado lipan ko kan. Pastikan dapur gas tu tertutup pili eh. Jangan pulak dah lamo tak pulun meggi punyo pasal, ekau terus bukak gas tu tanpa usul perikso ado kebocoran ko kan. Bahayo tu. Apabilo semuo line clear, barulah segera laku an kojo pembersihan.

Pesan atok : Bersabarlah atas dugaan tu. Ado hikmah disebaliknyo. Cumo atok nak posan, jagolah diri semaso musim banjir ni


"Ha ello Pak cik bomba...aku tertinggal bot. Tadi ado 'urusan bank' daaaa"

15 ulasan:

Novelgurl berkata...

Assalamualaikum

hahha..kencing baB* ?
NYWY TQ TOK Bg info..
cite korea jgn lupe angkut kali...hehhe

nelly berkata...

Atok boleh jadi wartawan .
boleh nasihatkan dorang kat sana.
hehehe

paish berkata...

timo kasih bg tips. nk balik batu kikir esok. donga eh banjir jgk.

zazaw berkata...

teruk ke n9 banjir
ishh

KUREKURE COMEL berkata...

tok....sblm mina bace pesanan tok...
mina gelak besar dulu...cmno roman muke atok tu...hahaha...


tq tok bg tip banjir...kg mina kat johor kemain banjir tu...huhuhu

Salfiza berkata...

mokasih bg tips ni tok...
dlu sy pun penah jd mangsabanjir juga jd sy fhm prasaan mangsa2 itu...hoho

Suhami Ahmad berkata...

NovelGurl : Hihi...cito korea pun nak sekalik?

Suhami Ahmad berkata...

nelly : Haish, soganlah atok

Suhami Ahmad berkata...

paish : Alhamdulillah, dah surut dah

Suhami Ahmad berkata...

zazaw : Esok atok buat liputan ek (tadi atok koba sogan nak jadi wartawan..hihi)

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Salah cucuk botox tu. Kan, daerah selatan teruk kono banjir

Suhami Ahmad berkata...

Salfiza : Itulah, mokasih Sal

Novelgurl berkata...

"ku porlu kamu.." kato cito korea tuh..hahha.

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : Dio koba "chaiyok2x!"

faiz berkata...

nasib kat bahau ni tak ponah banjir tok...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih