Assalammualaikum sumo cu atok. Ramai yang tertanyo-tanyo keadaan banjir di kawasan Nismilan. Ramai kerr?...Ado yang risau pasal keadaan atok. Jangan risau, atok selamat setakat ni. Cumo lambek sikitlah nak balas blogwalking, komen dan update entry tu. Errkk!
Untuk makluman sumo, setahu atok terdapat 4 negori yang di landa banjir teruk kali ini. Iaitu Johor, Pahang, Nismilan dan Melako. Memandang an kampuang atok tu terlotak di tongah-tongah Johor-Pahang-Nismilan, mako kampuang atok tak terlopeh dari bencano tu.
Syukur alhamdulillahlah, rumah atok tak dinaiki air. Cumo kebanyakan jalan kat kampuang atok tu dah tak bulih lalu. Dah acup. Mano yang paip bosar pocah tu, pocah. Mano yang jambatan mondap tu, mondap. Mano yang jalan terhakis tu, terhakis. Di Nismilan ni, daerah yang teruk dilando banjir kat Tampin, Gemas, Kuala Pilah, Jolai....er..Jolai tu namo kampuang bukan daerah. Kat Jempol pun banjir such as Rompin, Serting, Palong dan lain-lain.
Bas yang bosar gedabak tu pun dihilir kek air. Ketoapi pun terpakso dihenti an perkhidmatan. Apotah laie Bobot atok tu? Baru di sentuh air sket dah terbalik gak eh. Sobab tu atok terperangkap 2 hari 3 malam kat rumah. Seb bek ado Babunben den ni ha. Hilang tensen. Kalau tak asyik mengunyah ubi gobuih yolah!
Ini bencano banjir paling buruk sekali sepanjang atok menapas kat muko bumi ni. Itu baru hujan 48 jam tanpa honti. Bolun laie seminggu hujan tanpa honti. Kalau seminggu tanpa honti, ado yang kes panjek pokok gotah ni. Kek Somban pun teruk jugak. Angin ribut kaw-kaw. Tapi nesib bek tak banjir.
Atok raso la an, bumi kito ni dah mulo memprotes pasal kelakuan kito sebagai khalifah di muka bumi ni. Banyak bonar maksiat. Banyak bonar kerosakan yang kito dah buek. Gondol sano, gondol sini. Buang sampah sano, buang sampah sini. Pembangunan sano, pembangunan sini. Bumi kito ni dah tenat dah. Dah sakit sangat. Kalaulah kito masih teruskan dengan perangai kito macam ni, alamat eh anak cucu kito kolak hidup atas kapal laut yolah sambil pakai topeng oksigen. Nak ko kito camtu?
Ni atok selit an sikit fenomena banjir sekitar kampuang atok maso on the way nak balik Somban semalam.
Masjid pun banjir sobab terlotak kat sebolah sungai bosar |
Ini pekan Rompin. Kalau kat Gemas, bangunan tingkat bawah tu dah 90% acup dah. |
Jambatan mondap |
Air dah surut sikit. Hanya lintasan air sajok |
Landasan ketoapi dah tak acup dah. Dalam air tu ado piranha tak gak eh?? |
Pesan atok : Jagolah bumi kito sebaiknyo. Jangan buat maksiat. Jaga kerbersihan. Amalkan kitar semula.
6 ulasan:
nasib baik smlm xhujan lebat sgt,huhu
sebaik ghombau x banjir..ghibot yo..byk pokok tumbang..
sekali atok bagi info ..
kalah wartawan .
hehhe
amir aizat : Itulah. Alhamdulillah =)
::astonishing az:: : Bencano kali ni memang teruk kan
nelly : Atok bekas wartawan Niyang siang pau...kih kih
Catat Ulasan