Khamis, 17 Februari 2011

Ragam orang bekerja

1. Masa rehat sebentar

DULU
Temah : Ndut kau tahu tak, boss kita dulu tu kaki ehem ehem tau!
Endut : Eh ye ke! Kau ni tak habis-habis suruh aku dengar segmen mengumpat kau. Kan dah termelambak dosa aku dah.
SEKARANG
Laila : Pstttt!. Online yahoo mesengger kejap. Aku nak sharing is caring something nih.
Isabella : Apa barang yahoo mesengger nyah. Layan fb r!



2.Penyampaian maklumat

DULU
Romli : Kau dah dapat surat yang aku post tahun lepas? Surat berhenti kerja 24 jam aku?
Sodin : Bila kala kau hantar surat? Aku rasa masa posmen hantar surat resign kau tu, dia pun dah terresign kot.

SEKARANG
Jeff : Kau dah dapat surat yang aku email petang tadi? Email aku nak berhenti kerja notis 24 jam?
Joe : Mestilah sudah. Semalam lagik aku dah dapat email ngko.



3.Perkakasan pejabat

DULU
Asiah : Boss kita tu takdo alternatif lain ke? Penat aku menaip surat cinta pakai mesin taip zaman jepun ni ha.
Jusimah : Sabor jelah Siah....aku ni ha nak kira-kira pun pakai sempoa lak. Takde pun merungut.
SEKARANG
Mariah : Boss kita tu takdo alternatif lain ke? Penat aku menaip facebook pakai komputer ni ha.
Annas : Banyak cekadak ko. Kau suruh bapak kau cipta pintu doremon. Tak payah bermuka buku dah.






4. Agen jualan separuh jalan


DULU
Semah : Ha, minyak wangi ni paling popular. Haritu Kak Solomah borong satu bundle. Amiklah satu Jai. Banyak pilihan kat katalog ni
Jai : Eh ye ke Semah. 1bundle dia borong kat kau?Tapi.....1bundle pun badan dia still bau kari je aku hidu.
SEKARANG
Gaiya : Ha, minyak wangi ni paling popular nok. Kau tak ambik, kau memang rugi.
Miza : Apa barang amik kat kau. Mark up lebey. Baik aku direct online kat pembekal. Haishh!




5.Naik pangkat


DULU
Zul : Teha, kalau nak naik pangkat jadi timbalan pengarah, kau kono selalu bodek big boss
Rateha : Agak-agaklah perli tu bro. Aku ni cleaner je.
SEKARANG
Saodah : Kalau nak naik pangkat cepat, kau mesti kena belanja boss percutian ke Disneyland 4 hari 7 malam.
Fatin : [diam membatu 10 saat] -pastu terus termeninggal-


9 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha....terus meninggal ye tok..

betul la...
dulu kepoh dari meja ke meja..
skrg kepoh kt fb lak...


nsib baik la mina xterer fb...kihkihkih

Hafiza Hafinas berkata...

tp kat kampong2 still on lg rasenye... hehe.. kat kg jah still on lagi ma...

blog-tips-kurus berkata...

dunia semakin maju. gunakan kemudahan IT dengan sebaik mungkin. kije! kije!!

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : ye ke ni tak minat fb? lalala....

Unknown berkata...

TheChekJah : kampung atok pun samo. tapi tak serancak dolu-dolu sobab memasing dah tuo. hihi

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Bekojolah kito, sekueknyo...bekojo bekojo..poie potang balik sonjo...

Cik Rimau berkata...

Laila : Pstttt!. Online yahoo mesengger kejap. Aku nak sharing is caring something nih.


Hehe.. Setuju yg nie.. Sbb kat ofis kitorang, kalau ade tak puas ati sume ckp kat ym je.. FB kne blocked lor kat ofis nie.. huhu

Unknown berkata...

Cik Rimau : Atok pun setuju. Tapi skg ni sumo dah kene blocked

Cik Rimau berkata...

Tmpt tok dah kne blocked sume eh?? Tmpt cik rimau facebook, youtube, laman sosial yg lain and laman web download lagu je kne blocked. Ym, Twitter, blog semua tu tak pulak blocked. Dulu facebook bole ag bukak. Kan ade surat ape ntah diedarkan psl boleh bukak facebook n twitter kat ofis. Tp xlame pastu kemntrian yg arahkan xbole bukak.. Huhu. Tapi xpe.. Kat rumah boleh bukak kan?? Haha

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih