Ahad, 20 Februari 2011

Juara Pentas Pilih Kasih 2


Finalis Pentas Pilih Kasih 2 bersama Rosyam Nor
Dari kiri belakang; Lia Natalia 19, Livonia 20, Rosyam Nor, Mira Amnas 20, Nur Jannah 24
Dari kiri depan; Yuzwan Yunus 24, Ku Hariz 26 dan Jay Izwazir 29


Setelah 10 minggu mencari bakat-bakat baru dalam lakonan, akhirnya Pentas Pilih Kasih musim kedua (PK2)  sampai ke kemuncaknya.  Tujuh artis PK2 akan bersaing untuk merebut gelaran juara pada malam ini di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad,Seremban, Negeri Sembilan.
Menariknya, juara PK2 bakal membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mestika Ratu berjumlah RM7,000. Hadiah lain untuk juara termasuklah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium dan trofi.
Pentas Pilih Kasih menyaksikan tujuh finalis menyampaikan monolog secara bersendirian berkonsepkan kabaret 50-an, drama debaran bertajuk Tulus  serta teater bertemakan kehidupan remaja di kolej; Inspirasi kasih.
Masih mengekalkan konsep yang sama seperti musim lalu, pemarkahan dibahagikan 50 peratus daripada juri iaitu Rosyam Nor, Fauziah Nawi dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah manakala 50 peratus lagi daripada undian penonton menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS).
Sedikit kekecohan  telah dilakukan oleh Rosyam Nor di mana beliau tidak berpuas hati dengan komen pengkritik.  Beliau bependapat anak-anak buahnya melakukan persembahan terbaik pada malam ini. Rosyam Nor telah mencabar Dr Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi iaitu pengkritik tetap PK2 untuk bermonolog di atas pentas!

Fauziah Nawi membawakan menolog bertajuk "pukul" manakala Dr Abu Hassan membawa monolog bertajuk "pawang". Dan menariknya, Rosyam Nor pula yang menjadi pengkritik mereka! Aksi di luar jangkaan itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad. Keseluruhan persembahan pada malam ini benar-benar sungguh hebat.
Dengan ini, JUARA PENTAS PILIH KASIH 2 dinobatkan kepada...

Juara Pentas Pilih Kasih 2; Livonia


Livonia
dengan peratus undian 26.6%
Pelakon Terbaik : Jay Izwazir pilihan juri
Tempat kedua : Yuzwan Yunus 24.8%
Tempat ketiga : Ku Hariz 16%

24 ulasan:

Cik Rimau berkata...

Alamak atok.. Cik Rimau x tengok la.. Rugi2.. Sapo eh monang?? Hehe.. Cik Rimau suke Ku Hariz n Jay Izwazir.. Huhu.. Dorang berlakon best ah..

starsyeea berkata...

lohh...Livonia ke menang...

btw, Starsyeea folo sini! :)

CahayaCintaIlahi berkata...

alamak cucu tak mengikuti lak program ni atok ngeee

nelly berkata...

haha .
Nelly tak tahu langsung sal ni .

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rimau : Ha..Cik Rimau konolah baco habis dulu...hik hik

Suhami Ahmad berkata...

starsyeea : Kan, memang keputusan luar jangkaan

Suhami Ahmad berkata...

CahayaCintallahi : Ha, rugilah CCI...atok layan cito ni sejak PK1 laie..memulo tak layan, lelamo terlayan lak...hehe

ijam ismail berkata...

wah...btol ke?
huhu..klkr la rosyam nor...
=D

Suhami Ahmad berkata...

nelly : Huhu...cite ni tak segah AF

Suhami Ahmad berkata...

ijam ismail : Betul....memang gimik terlampau jap malam tu. Enjoy atok termenontonnya

teacher bonda berkata...

adoyai atok..TB x layan la citer nih. slalu tido awal.
pas maghrib je dh berpelukan dgn anak, tido..huhuuuhu

next season kna try tgk r cmni..:)

APi berkata...

jay tu memang berbakat..

Encik MamaT berkata...

lamat ak tgk tv tok oiii

Cik Rimau berkata...

uik.. pg td Cik Rimau tengok, xde pon gmbar bwh tu.. xabis loading kot.. tgok sampai kat ayat nie je..


Dengan ini, JUARA PENTAS PILIH KASIH 2 dinobatkan kepada...


gmbar n keputusan xkua.. hik hik hik.. betul tok.. xtipu.. pc ofis cik rimau nie mereng kot.. hehe.. tp xpe.. jnji ku hariz ade menang... kih3

Suhami Ahmad berkata...

nelly : Ha, pasni nelly kono amik tahu. Best, tak rugi tengok

Suhami Ahmad berkata...

APi : Perasan tak, Jay tu ponak masuk bang bang boom

Suhami Ahmad berkata...

Encik MamaT : Huhu, takpo2...

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rimau : Mungkin lambek loading kot Cik Rimau. Kan ado sambungan eh tu, Cik Rimau dah tokan link tu?

Cik Rimau berkata...

eh eh.. ade link eh?? hehe.. xnampak pun link.. ingtkan atok saje nak wat surprise result die tu.. hahaa.. adeh.. Atok, Cik Rimau pun ponah la msuk Bang2 Boom.. Hak3.. Dah tau dah tu krew2 Bang2 Boom. tp terkena jugak.. Hangin sungguh..

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rimau : "Baco sambungan kat sini"....ha, Cik Rimau klik je link tu...atok sajo yo buat sepress tu

Cik Rimau berkata...

ish3... awat la cik rimau bole xprsan nie.. hurmm..


p/s : cute singa atok tu.. curik bole?? hak3

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rimau : Noah tu ke? Ha curiklah...huhu...Cik Rimau klik kat link tu. nanti macam2 haiwan boleh adopt

Cik Rimau berkata...

Yup.. Cik Rimau suka main2 dgn noah atok tu.. haha.. sian die terkejar2 Cik Rimau.. Hik3.. Cik Rimau dah tgok.. Mmg byk.. Tapi xbuat blog jd berat ke tok?

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rimau : Entahlah, atok tak pasti. Cik Rimau open blog atok terasa berat tak?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih