BEBERAPA buah kereta diliputi salji di Chicago kelmarin. |
Dalam imej itu, salji menyelubungi sejumlah besar kawasan dari pantai barat Kanada hingga ke timur China.
Imej itu disiarkan ketika bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al-Gore mempertahankan dakwaan bahawa salji tebal yang melanda AS disebabkan oleh pemanasan global.
Al-Gore dalam blognya, Al's Journal pada Selasa lalu menyatakan bahawa pemanasan global bukan sahaja penyebab kemarau tetapi juga ia boleh mencetuskan ribut salji.
Sementara itu, salji masih melanda di 30 buah negeri di AS kelmarin dengan ketebalan salji kurang 60 sentimeter di kawasan pertengahan barat AS.
Puluhan juta orang terpaksa berkurung di dalam rumah manakala di Chicago, salji setebal 51 sentimeter mencipta rekod sebagai yang ketiga paling tebal dalam sejarah.
Di Taman Central New York, kawasan-kawasan lorong kecil umpama gelanggang luncur akibat cuaca terlalu sejuk.
Sumber : Kosmo!
PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji di Tabuk, utara Arab Saudi. |
Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga sudah mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang jarang sekali ditimpa salji tebal.
Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius).
Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun.
Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius.
Sementara itu, di Riyadh, Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan penutupan sekolah di ibu kota itu kelmarin berikutan hujan lebat sejak Selasa.
Penduduk terus terkurung di dalam rumah masing-masing di ibu negara Riyadh, terutama di wilayah Timur, Tabuk, Assir dan Baha.
Keadaan cuaca turut menjejaskan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Syarikat elektrik terpaksa menutup bekalan kuasa untuk mengelakkan kemalangan maut.
Pengarah kawalan di Jabatan Lalu lintas Riyadh, Mejar Hassan Al Hassan, berkata jabatan terbabit mencatatkan sejumlah 402 laporan kemalangan berikutan hujan lebat dan keadaan jarak pandangan yang rendah.
Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Al Hassan berkata, bilik operasi jabatan terbabit menerima sejumlah 1,373 laporan meminta bantuan lalu lintas dan 613 panggilan untuk perkhidmatan umum.
Beliau berkata, pengawal lalu lintas mendapati banjir di 60 lokasi sambil menambah bahawa pihak berkuasa perbandaran dimaklumkan untuk mengepam air keluar.
Sumber : Berita Harian
Pesan Atok : Apakah tandanya itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan