Jumaat, 25 Februari 2011

Cucu pilihan atok ke - 2

Inilah banner cucu pilihan atok ke- 1. Moh terjah www.makcikrehan.blogspot.com
Setelah berjaya menerbitkan entry khas cucu pilihan atok ke - 1 minggu lepas, kini tibolah maso eh atok nak review blog keduo merangkap "cucu pilihan atok ke -2". Banyak jugak maklum balas yang atok terimo dari penerbitan cucu pilihan yang pertamo dulu. Napo tak pilih dio. Napo tak sayang dio ko?. Napo? Napo?

Macam ni. Ingin atok perjelaskan. Atok main pilih yo cucu pilihan ni. Tak ado istilah belanjo aku minam ais kacang kat kodai Pak Mamat, then kau dapat jadi cucu pilihan atok. Takdo! Itu sumo rasuah. So, dengan hati yang luhur dan suci murninya atok memilih cucu pilihan ni berdasarkan naluri atok. Lagi satu tips, sapo yang atok konal tu atok dahulukan dio dulu.


Alololo,turn dia belum lagi ek...ngajuk yo. Meh sini atok pujuk meh. Dushhh! dushhh!. Hamek sebijik. Ok, cukuplah sesi mencarut itu. Kali ni , tanpa membuangkan maso atok nak memperkenalkan kat kalian cucu pilihan atok ke-2. Bukan calang-calang cucu yang dapat anugerah ni. Seminggu hanya sorang yo yang dapek. Khas dari atok. Baiklah, penerima anugerah khas Cucu Pilihan Atok ke-2 jatuh kepado......................drummmmmmm dicchhhhhhhh!

Pena Jiwa Marhean
Mempunyai latar belakang blog bewarna gelap berkontrakan tulisan merah, putih dan kuning. Ya ampun! Marhean, kamu benar-benar tahu warna kesukaan atok ya. Aduh dong! Psssttt....sebelum templete atok yang warna coklat taik kobau ni, atok guna templete macam si Marhaen lah. Dulu atok ahli gothik tapi sekarang dah insaf. (T_T)

Atok cukup tertarik menarik kau memang da boom kababoom pabila melihat isi kandungan utama blog Marhaen. Cukup lain dari yang lain. Trademark beliau "suara-suara kecil dibait menjadi kata-kata lalu dicoret menjadi ceritera". Sungguh puitis. Kau ado?

Beliau bijak bermain kata-kata. Apa sajo yang berlaku di dopan bijik mato eh, dio cubo garapkan dalam bentuk sajak. Sungguh ada hati dalam taman. Atok memang kagum dengan penyampaian sajaknya. Bukan sebarangan sajak tapi sajak ni atok dapat rasakan jujur dari lubuk hatinya. Tak ado putar belit punya ayat. Semuanya ayat direct tapi dititip dengan penuh puitis. Tahniah atok ucapkan pada Marhaen. Kamu biola idola atok!

So, disebabkan kekurangan bajet nak beli crown raja mesir bagi diletakkan di kepala Marhean, atok terpaksalah melakar replika ini untuk kenangan Marhaen. Solitlah colah mano yang Marhaen nak solit. Yang ni kompem takdo iframe. Marhaen jangan risau. Atok berblog bukan untuk kayo. Sekian jumpa lagi minggu dopan untuk ketahui cucu pilihan atok ke -3. Cau cin cau. Ehem.....Assalamualikum cu...



Kau monung apo laie? Moh lah berkenalan dengan Pena Jiwa Marhean kat pautan [SINI]

6 ulasan:

nazuha berkata...

bilah saya nak jadi cucu pilihan atok ye...

Marhaenonymous berkata...

wah..!!tak sangko atok pilih blog ese...terharu raso eh!! timo kasih tok!!

cayang atok..

KUREKURE COMEL berkata...

tok ayat yg last tu mcm keperlian sedikit ye...hehehe...


ok..ok...nnti mina terjah ye...hehehe

Unknown berkata...

nazuha : InsyaAllah, ada jalannya (errk!maher zain bersi melayu)

Unknown berkata...

Pena Marhaen : Sesamo Marhaen, teruskan berkarya! ^_^

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Shhhh! Nanti pecah lobang! huhu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih