Rabu, 23 Februari 2011

5 Negara Paling Bersih di Dunia

Atok
Salam semuo waghih atok sekalian. Sekarang ni makin heboh diperkatakan tentang isu alam sekitarkan. Barulah sekarang pihak berwajib ado kesedaran sendiri untuk memelihara bumi kito ni kononnya untuk diwariskan pada generasi akan datang. Sebagai contoh program "Earth Hour", "No Plastic surgery every Saturday", "Bumi Hijau", "Kempen Kongsi Kenderaan" dan sebagai eh. Bumi ni dah nak terbelah duo barulah kau sibuk nak berkempen yo!


Makanya mengambil pendekatan ini, atok dengan sukarelanya nak kongsikan dengan kalian pasal "Top 5 the Most Cleanest Contries in the World". Atoks dapats infos nis dari penyelidik di Universiti Yale berdasarkans EPI sesebuahs negaros. EPI di sini stand for Environment Performance Index. EPI diukur berdasarkan kesihatan, masyarakat, persekitaran, kepadatan penduduk, pendapatan, kemudahan, ekosistem, saliran dan sebagainya. Acececeh...macam student Yale tak aku present? (tiber teringat lagu M. Shariff~ Yale Yale)  T_T
So, tunggu apo laie, moh lah cikidout............


Negara yang berada di tempat ke-5 paling bersih di dunia jatuh kepada...
Norway
EPI score: 81.1
Norway  salah sebuah negara di eropah yang mempunyai keluasan 385,252 km persegi dengan kepadatan penduduk berjumlah sekitar 4.9 juta orang. Ibu negara Norway adalah Oslo.  Norway mempunyai pendapatan  perkapita kedua tinggi si dunia. Ha, jangan main-main. Walaupun kayo, diorang masih mengekalkan kebersihan negara diorang. Ini yang kito ndak.

Negara yang berada di tangga ke-4 terbersih di dunia ialah.....

Sweden
EPI score: 86
Sweden juga terletak di benua Eropah. Bersempadan dengan Norway dan Finland. Mempunyai keluasan 450,295 km persegi dengan kepadatan penduduk seramai 9.4 juta orang. Sweden adolah negara ketiga terbesar di eropah. Hampir 85% penduduknya tinggal di bandar. Patutlah bersih. Penduduk diorang tak ramai sangat. 




Negara yang berada di tangga ke-3 terbersih di dunia ialah...
Costa Rica
EPI score: 86.4

Costa Rica terletak di Amerika Tengah, bersempadan dengan negara Nicaragua dan Panama. Negara ini berada dalam senarai terbersih di benua Amerika dan ke-3 negara terbersih di dunia. Walaupun pendapatan perkapitanya rendah, namun kini Costa Rica sedang membangun melalui produk pelancongannya. Alam semulajadi anugerah Allah.



Negara yang berada di tangga ke-2 paling bersih di dunia ialah...
Switzerland

EPI score: 89.1

Switzerland terletak di benua eropah. Keluasan negara tersebut adalah 41,285 km persegi. Penduduk di negara Switzerland adalah seramai 7.8 juta orang. Switzerland merupakan negara terkaya di dunia dalam KDNK dengan nominal per capita KDNK  $69,838. Pada tahun 2010, Switzerland mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi di dunia. Samo macam Norway, tapi negara ni lebih kayo dan bersih sikit.





Dan akhir sekali, negara paling terbersih di dunia dan mempunyai indeks kualiti persekitaran tertinggi jatuh kepada...
Iceland
EPI score: 93.5
Negara yang terletak di utara eropah ini mempunyai populasi penduduk hanya seramai 320,000 orang. Luas Iceland adalah sekitar 103,000 km persegi.  Hanya 1,300 spesis serangga sahaja dikenalpasti di negara ini iaitu yang terendah sekali di dunia berbanding satu juta spesis serangga setiap negara di dunia. 

18 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Wow, iceland ek?
Mesti rakyat kat situ pembersih..

Entry Terbaru: Sah Dira Abu zahar dan Zizan Raja Lawak Jadi Hos Baru Melodi

Tanpa Nama berkata...

aik, salah baca ke apa, x nampak pun Malaysia kat list tu.. XD

teacher bonda berkata...

chantiksnye...bl la msia nk ada dlm list eh?

kindergartenlibrary berkata...

wow .memang bersih !

Park Min Rin berkata...

awat Malaysia tak dak?? haha

KUREKURE COMEL berkata...

perhhh...negara kita?
adoooiii...



negara idaman mian switzerland..
hehehehe...

Tanpa Nama berkata...

>> teringin nak ke Iceland tgk sendiri..
>> mesia di tahap mana?

Tanpa Nama berkata...

>> teringin nak ke Iceland tgk sendiri..
>> mesia di tahap mana?

Tanpa Nama berkata...

>> teringin nak ke Iceland tgk sendiri..
>> mesia di tahap mana?

Pia berkata...

tu la..asyik negara orang jer..mesia tangga kebrapa lak..
Baru smlm balik dr amik ank dr skolah..ada satu keta tu potang..pastu kedepang...ank org tu baling tin kosong keluar tingkap,seb baik tak kena muka ...dah la ikut betul2 belakang keta dia...sikit lg ja..salah sapa nih..budak yg kurang ajar,atau mak pak yg tak beri tunjuk ajar?

Unknown berkata...

d_tieah : Bersih. tapi atok tak pasti ado ice blended kat sana

Unknown berkata...

Eel : Malaysia tak tersenarai top 5

Unknown berkata...

teacher bonda : Wallahualam cikgu. Atok tak pasti bilo

Unknown berkata...

nelly : Lagipun tak banyak orang duk sana kan

Unknown berkata...

MY SouL My HeArt : Sobab Malaysia kurang bersih..huhu

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Switzerland cantikkan. Atok wish dapek ke sana 1 ari nnt

Unknown berkata...

myazuluv : Malaysia masih berada di tahap biasa2

Unknown berkata...

Piasara : Malaysia tanggo ke 54 didunia...Itulah, kebanyakan rakyat malaysia tak didedahkan dengan kebersihan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih