Rabu, 12 Januari 2011

Tolong ingatkan aku

Atak speechless. Tak tahu nak kata apa dah. Plisss...TOLONG INGATKAN AKU. Atok tak tahu nak lotak entry ni dalam kategori apo. Korang nilailah sendirik.

Macam ni, pagi tadi dalam pukul 10 pagi atok terima email melalui intranet email kat opis atok ni. Macam hari kebiasaan, atok bacolah satu-persatu email tu. Pastu mato atok terberhenti kat satu tajuk ni. TAKZIAH! Ha?? Sapo yang telah kembali ke rahmatullah? Sapo? So, tanpa membuang masa atok terus double click tajuk TAKZIAH tu. Pehtu, nak cakap tahap terkojut tu, memang tak terluahlah gak eh dek kato-kato. Mato atok tertumpu pada bait-bait perkataan email tu sambil otak laju memproses.

Innalillahiwainnalillahiroji'un.....Pengarah Jabatan yang samo ngan tempat atok kojo ni dah kembali ke rahmatullah. Tapi pengarah tu cawangan lain. Cawangan ********. Atok memang tekojut gilalah time tu. Masalahnya pengarah tu mudo lagi. Fresh graduate. Meninggal sobab apo? Atok pun lantas mendail nombor kawan atok cawangan negeri bersebelahan dengan cawangan tu untuk mendapatkan kepastian.


"Assalammualaikum. Ada dengar khabar sodih tak?,"tanya atok kat kawan atok tu.
"Khabar apa?"
"Pengarah cawangan ******** dah meninggal dunia! Awak tahu ke dia meninggal sobab apo?"
"Innalillah. Saya tak tahu apo ni! Ini pun sibuk berkemas tak sempat bukak email lagi nih,"kata dia sedih gak.

Pastu atok terus letak talipon. Cubo double confirm dengan kawan atok cawangan selatan pulak.

"Ha!!!?? Biar betul ni. Tak mungkinlah. Meninggal sobab apo???,"kawan atok tu tergigil-gigil menjawab. Yelah, pengarah tu bekas pengarah cawangan tempat kawan atok ni kojo dulu.
"Yelah. Saya baru dapat email ni. Tu yang nak double confirm,"kata atok lagi.
"Eh, cuba baca email tu. Saya tak sempat baca ni,"kata dia. Atok pun terus buka email tadi dan baca melalui talipon.
"Takziah. Dimaklumkan bahawa......,"atok terberhenti kat perkataan tu. Atok terdiam. Kawan atok kat hujung talian sana pun terdiam kojap.
"Dimaklumkan bahawa apa???,"kawan atok ternanti-nanti kat hujung talian sana.
"Errr......dimaklumkan bahawa DATUK kepada Pengarah.........,"atok dah speechless masa tu. Nak gelak tak bulih sebab ni hal kematian. Last2, atok bagitahu dia tersilap info. Atok salah baca. Mari kito sedekahkan Al-Fatihah k.

p/s : Pukul 10.30 pagi tadi dapat email kali kedua dari orang yang sama. Email berbunyi cenggini.
"Pembetulan. Maaf bukan DATUK tapi NENEK kepada pengarah......."
Atok apa lagi. Terus kaku kat atas kerusi.

29 ulasan:

Unknown berkata...

sadis seh atok ni..wat org lain kena heart attack..

**takziah utk yg telah pergi..

MakNana berkata...

Adooihh..atok2..:D
Laen kali bace tenang2 atok..
Panjang umo ag En Pengarah tuu...:D

-Innalillahiwainnailaihiraji'un-

Encik MamaT berkata...

jangan gelojoh2.. haha

Abu berkata...

buek saspen jo atok neh.. apo2 pon takziah la kepada kawe atok tu..Al-Fatihah

Unknown berkata...

apo la atok ni!!! kelam kabut!!! panjang umo pengarah tu tok!!!

rafina mimi abdullah berkata...

salam ucapan takziah kepada keluarga beliau....

n4dh!3r4 berkata...

adeh atok.. bikin saspender betoi la.. atok da tahap wajib pakai spek mato da nih! hehe :D

nUmara... berkata...

huhuhu...

innalillahiwainnailaihiraji'un...

KUREKURE COMEL berkata...

nak gelak....tp....innalillah....

ShaLLeyShaLina berkata...

lama tak skodeng atok.....atok...check it out kalau berminat http://shalleyshalina.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

cikpuanhady berkata...

perghh.hampir2 nak luruh jantung den ni..

Jom skodeng : Apa itu Matterhorn?

ShaLLeyShaLina berkata...

atok,member tadi pun jadi mcm atok..sy yg heart attck tau...pastu dia baca lg sekali baru perasan...hehe....

Al-Fatihah...

Tuan Penasihat berkata...

aei ape daaaaa....

Unknown berkata...

paish : Atok memang mati-mati ingat pengarah tu paish. Sobab bait-bait perkataan tu macam mengelirukan atok

Unknown berkata...

NuNu BeBeH : Itulah, atok review duo kali tu. Pun masih ingat Pengarah tu meninggal.

Unknown berkata...

Encik MaMat : Haish, iyo gak eh time tu atok nebes. Tu yang tergelojoh tu kot

Unknown berkata...

Abu : Itulah. Al-Fatihah

Unknown berkata...

iris : Atok mintak mahap atas kekhilafan
:P

Unknown berkata...

Rafina Mimi Zairul Murni : Takziah

Unknown berkata...

Rafina Mimi Zairul Murni : Takziah

Unknown berkata...

n4dh!3r4 : Ha, atok dah start pakai spekspender dah...eh spek mate dah...

Unknown berkata...

nUmara : Innalillah...

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Hepp! Tak leh gelak...

Unknown berkata...

ShaLLeyShaLina : Tikiu tikiu....atok wajib joint nih kalo cu atok ajak
:)

Unknown berkata...

cikpuanhady : Jangan luruh dulu cikpuanhady. Kang atok dah tkdo finalis ANTI kang
=P

Unknown berkata...

ShaLLeyShaLina : Kan, atok raso bukan atok yo yang kompius....ramai lagi kompius sobab cara persembahan ayat tu

Unknown berkata...

Tuan Penasihat : Kwuang kwuang kwuang...hihi

faiz berkata...

nasib den ni takdo lomah jantung..al-fatihah

Unknown berkata...

faiz : Nasib baik faiz...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih